Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Pahangkini.net musnah diceroboh malam tadi

Basiron Wahab   

TEMERLOH, 23 Mac: Website Pahangkini.net yang merupakan laman rasmi PAS Negeri Pahang kelolaan Jabatan Penerangan PAS negeri (Japen) telah diceroboh dan dimusnahkan seluruh kandungan malam tadi menyebabkan seluruh operasinya tergendala.

Setiausaha Japen, Hashim Abdullah berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai mungkin berpunca daripada rasa tidak senang pihak tertentu terhadap kesungguhan Pahangkini.net membongkar dan mendedah berita-berita yang berani, telus, bebas dan berintegriti termasuk mengkritik dasar kerajaan Umno/BN.

Katanya, kejadian malam tadi merupakan pencerobohan kali kedua terhadap laman Pahangkini.net yang memfokuskan isu-isu negeri Pahang dan semakin popular walau pun belum sebulan beroperasi.

Pada dua minggu lepas, laman itu cuba diceroboh menyebabkan operasinya terganggu selama dua hari, penceroboh bagaimanapun gagal menghilangkan datanya tetapi kejadian kali ini penceroboh berjaya memusnahkan segala-galanya.

"Kami percaya laman ini diganggu kerana kejayaannya menarik pengunjung yang ramai dalam masa yang singkat. Kami juga percaya pihak tertentu tidak senang dengan paparan-paparan yang berani, telus, bebas dan berintergriti," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini.

Katanya, krew Pahangkini.net tidak akan lemah semangat dan berputus asa dengan kejadian yang berlaku sebaliknya segera bangkit bertindak membangunkan semula laman tersebut.

"Kami berharap pelayar kami dapat bersabar untuk sementara waktu dengan mengakses semula laman ini. Kami sedang memperbaiki kerosakan dan akan meningkatkan langkah-angkah keselamatan supaya kejadian sama tidak berulang," jelas beliau.

Hashim tidak menolak kemungkinan kejadian itu angkara sabotaj dilakukan tentera upahan Umno.

"Kita tidak menolak kemungkinan ia dilakukan parti lawan atau orang yang diupah Umno," katanya.

 

blogger templates | Make Money Online