Harakahdaily |
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad terkejut dengan pendedahan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk Bumiputera. Tambahnya, tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara di mana kerajaan menurunkan pegangan ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. Seterusnya, kata beliau pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) manakala nilai h "Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus Bumiputera dan bukan Bumiputera akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di PAS, katanya menganggap MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat dan akan menyebabkan rakyat di negara ini akan menjadi 'hamba' yang bekerja keras untuk kepentingan individu dan pelabur asing di masa hadapan. Baginya, pengkhianatan Umno/BN yang menghapuskan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera itu tidak boleh dimaaf. "PAS mencabar ahli Umno dalam Perkasa untuk bangkit menentang dasar ini dan mengembalikan hak Bumiputera dan rakyat bukan Bumiputera di negara ini untuk menguasai kuota 30 peratus dan 25 peratus," ujarnya lagi. Tegasnya, PAS yakin kalau perkara penghapusan kuota Bumiputera itu disuarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat maka akan berlakulah demonstrasi jalanan oleh abdi Umno dari kalangan NGO dan pembodek Umno. "Tetapi apabila yang mengeluarkan idea ini tuan kepada hamba-hamba moden di negara ini, maka suara mufti Umno dan profesor Umno macam cicak makan kapur. "PAS yakin bahawa keputusan ini banyak dipengaruhi oleh beberapa pihak lain yang dilantik sebagai perunding atau penasihat Kerajaan Beliau menambah, tidak mustahil syarikat-syarikat yang dikuasai Yahudi akan masuk ke negara ini melalui proksi mereka dan mengambil alih aset-aset penting negara seperti Pos Malaysia yang sedang dalam proses penjualan sekarang. Katanya lagi, jelas dasar yang tidak dibentang di Parlimen itu juga adalah satu dasar yang dipaksakan kepada rakyat dan membelakangi mandat rakyat. Beliau berkata, seharusnya dasar sepenting itu dibentang di Parlimen kerana rakyat mahu tahu kerangka nasional yang ada dalam dasar itu. "Umno/BN dilihat sedang menjual negara dan hilang semangat patriotisme melalui dasar yang menafikan kepentingan rakyat di negara ini," ujarnya. Menurutnya lagi, Sumber : Harakahdaily.Net |
Mksd Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mrk yg tidak memikirkan masalah umatku BUKAN drpd kalangan umatku"
JOM UBAH!!!
UBAH SEKARANG
MEB: PAS bantah hapus kuota Bumiputera, bukan Bumiputera
Tugu Negara: Akhirnya kerajaan akur
Roslan SMS |
Setelah berpuluh tahun PAS khasnya membantah upcara atau majlis seumpama perayaan Hari Pahlawan diadakan di hadapan Tugu Negara, akhirnya kerajaan Persekutuan mengumumkan tidak lagi akan mengadakan majlis seumpama itu kerana menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan. Bukannya kita tidak menghargai majlis memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita, tetapi bijakkah dibelanjakan wang rakyat untuk membina sebuah dataran sedangkan kita telah sedia ada banyak dataran, stadium dan seumpamanya. |
Keanehan dan pelanggaran peraturan Sidang DUN Perak
http://misabah.blogspot.com/ |
Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai |
Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini. Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel. Sumber : Harakahdaily.Net |