| 1.        Anggota PAS terdiri dari ahli serta pemimpin dan ianya mempunyai peringkat        atau marhalah yang berbeza dan pelbagai .
 2. Sesuai sebagai anggota        kepada sebuah Gerakan Islam , ahli dan pemimpinnya wajar memiliki        :
 
 * aqidah perjuangan yang mantap,
 * fikrah Islamiyyah yang        jelas
 * syakhsiyyah [ akhlak ] yang soleh .
 
 Inilah tahap kualiti        yang paling minima mesti dimiliki oleh seluruh anggota PAS .
 
 3.        Mencapai tahap dan nilai Kualiti anggota PAS yang diperlukan tidak semudah        mencari kuantiti . Melalui projek Jom Sertai PAS , PAS For All dan Orang        Muda Geng Kita , saya dapati kuantiti cukup mudah untuk dicapai . Setiap        bulan pasti ada anggota baru yang akan diluluskan keanggotaan mereka        sebagai ahli PAS , malah kini keanggotaan PAS telah mula mencecah sejuta        .
 
 4. Apa yang merisaukan saya mutaakhir ini ialah berkait tahap        kualiti anggota berdepan dengan kuantiti yang semakin meningkat . Tentu        sahaja kemasukan anggota baru adalah dari pelbagai latar belakang dan        tidak juga dapat dinafikan betapa kita juga berdepan dengan kemasukan        anggota yang mempunyai pelbagai tujuan [ objektif ] yang ingin mereka        capai melalui penyertaan mereka dengan PAS .
 
 5. Justeru itu Gerakan        Islam membahaskan persoalan intima' [ penggabungan atau penglibatan dan        penyertaan ] sebagaimana yang telah dikupas panjang lebar oleh al marhum        Ustaz Said Hawwa di dalam kitabnya Jundullah . Intima' yang diterima dan        layak untuk sebuah Gerakan Islam seperti PAS ialah intima' al Aqidi iaitu        penyertaan berasaskan aqidah perjuangan.
 
 6. Pun begitu sebagaimana        yang telah saya katakan tadi bahawa PAS sebagai sebuah pertubuhan yang        terbuka kini menerima pelbagai latar belakang penyertaan anggota sekalipun        tidaklah berasaskan aqidah . Kemungkinan ..............
 
 Ada yang        menyertai PAS kerana terlalu marah dan bencikan UMNO dan BN .
 Ada yang        menyertai PAS kerana melihat PAS sudah mulai kuat dan menang .
 Ada yang        menyertai PAS kerana mahu menonjolkan diri sebagai pejuang yang        hebat.
 Ada yang menyertai PAS kerana nak jadi calon pilihanraya        .
 Ada yang menyertai PAS kerana kecenderungan hatinya yang minat kepada        PAS
 Ada yang menyertai PAS tanpa mengetahui apakah sebab dan kerananya        .....
 
 7. Maka kualiti yang kita harapkan bahkan kualiti yang        Rasulullah saw tuntut ialah anggota yang menyertai Gerakan Perjuangan        Islam ini hanya untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi        ideologi yang dicipta oleh manusia . Samaada menang untuk mendaulatkan        syariat dan syiar agama Allah swt ataupun mati sebagai syuhada' yang telah        mempertaruhkan segala kepentingan diri , darah dan nyawanya untuk Islam        .
 
 8. Kita menerima dan mendekati semua orang sesuai dengan slogan        kita PAS For All , namun setelah mereka menyertai PAS , kita        bertanggungjawab untuk memastikan setiap anggota PAS [ baru atau lama ]        menjadi anggota yang berkualiti menepati piawaian sebuah Gerakan Islam        dimana anggotanya ialah bertaraf Ansoorullah [ pejuang agama Allah ] .        Justeru itu , proses memberi kefahaman , pentarbiyyahan dan pengkaderan        menjadi tugas asas dan paling utama bagi PAS di sepanjang perjuangannya        .
 
 9. Lajnah Tarbiyyah , Lajnah Pemerkasaan Parti , Akademi        Kepimpinan Pemuda dan seluruh lajnah serta jabatan yang wujud dalam PAS        sewajarnya sibuk mengatur aktiviti masing - masing guna menepati objektif        perjuangan suci ini serta melahirkan anggota yang berkualiti . Melahirkan        anggota yang berkualiti tinggi adalah keutamaan kita berbanding        meningkatkan rating kuantiti tanpa menafikan bahawa kita juga perlukan        keanggotaan yang ramai .
 
 10. Satu mekanisme yang boleh saya        cadangkan di sini untuk memastikan usaha melahirkan anggota yang        berkualiti dalam sistem keahlian terbuka ini bermula dengan mengemaskini        sistem penyerahan sijil keanggotaan setelah ianya diluluskan oleh parti        .
 
 11. Sijil itu hendaklah dihantar kepada PAS kawasan dimana ia        berdaftar dan pihak PAS kawasan pula hendaklah menganjurkan satu kursus        induksi untuk menyerahkan sijil keanggotaan tersebut kepada yang berkenaan        bersama stater kit yang mengandungi perlembagaan parti dan kertas - kertas        dasar yang menjelaskan prisip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS        .
 
 12. Kursus induksi tersebut pula bertujuan memahamkan anggota        baru mengenai PAS dan risalah perjuangannya . Kursus seperti ini perlu ada        lanjutan dan kesinambungannya walaupun anggota itu telah bergelar ahli        lama mahupun pimpinan . Nokhtah inilah sewajarnya menjadi titik bermula        tugas besar lajnah Tarbiyyah dan lainnya .
 
 13. Kebimbangan saya        berasaskan realiti masakini dan belum terlambat untuk kita semua lakukan        sesuatu yang positif dan berkesan di semua peringkat di mana kita berada .        Kita semua pastinya tidak mahu anggota PAS [ ahli dan pimpinannya ] rendah        wibawa , hilang thiqah [ kepercayaan ] korupsi dan tidak ada beza        akhlaknya dengan musuh - musuh Allah swt.
 
 14. Sebagaimana kita        tidak mahu ada ......
 
 * anggota bergelar pimpinan mendedahkan        rahsia parti ,
 * ahli yang hilang taat serta thiqahnya pada jamaah dan        pimpinan ,
 * wartawan lidah rasmi parti menghina pimpinan jamaah        sendiri ,
 * ruang untuk musuh akses maklumat parti dari dalam ,
 *        persaudaraan [ ukhuwwah ] antara kita retak dan belah ,
 * pimpinan yang        mengabaikan tanggungjawab / amanah parti dan ummah,
 
 lantaran itu        semua tidak melambangkan kualiti Ansoorullah yang diinginkan .
 
 15.        Perlu dilihat juga kepada kesediaan anggota parti [ ahli atau pimpinan ]        untuk merelakan diri mereka ditarbiyyah oleh PAS ke arah membina prestasi        anggota yang baik dan berkualiti . Selayaknya keadaan diri mereka selepas        menganggotai PAS menjadi jauh lebih baik dari sebelumnya        .
 
 
 Nasrudin        Hassan at Tantawi,
 Ketua        Dewan Pemuda PAS.
 |