Pelik apabila Menteri Bakar Jambatan (MBJ), Rais Yatim menggesa Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Zahrain Katak yang mendakwa Anwar berbohong menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam rancangan 16 September.
Zahrain perlu disiasat kerana dakwaannya itu tidak mempunyai asas yang kukuh dan dilihat cuba mencemar kewibawaan dan kehormatan kebawah Duli Yang diPertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM.
MBJ Rais ini tidak sewajarnya menelan bulat-bulat apa yang dimuntahkan oleh Katak itu.Sebaliknya, beliau sepatutnya mengesyorkan agar Dewan Rakyat menjalankan siasatan keatas dakwaan Zahrain Katak itu supaya fakta sebenarnya dapat diketahui dan bukan Anwar yang perlu disiasat.
Dakwaan Zahrain Katak itu perlu dipandang serius kerana melibatkan dua institusi yang perlu dihormati dari pencemaran pertelingkahan politik oleh mana-mana pihak.
Ini akan menjadi pengajaran kepada semua katak-katak supaya mereka tidak tunduk kepada kehendak tuan mereka untuk berbohong atau pun memutarbelitkan fakta dan dengan sewenang-wenangnya melibatkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang perlu dihormati.
Baru-baru ini, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengemparkan Parlimen apabila mendakwa kononnya Anwar sanggup mengheret nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM bagi menjayakan rancangan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September.
* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |