Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

HAJI ZAID KENAL ISLAM, SEBAB KAWAN DENGAN TOK GURU



"Apabila dah berkawan rapat dengan Tok Guru dan mendapat nasihat darinya, rasa faham dalam hal-hal berkaitan agama ini jauh lebih baik.... berbeza ketika saya berada dalam UMNO, yang mana ulama UMNO tidak memberikan pandangan betul dalam pelbagai hal agama..... menyebabkan orang seperti saya yang kurang arif agama tidak mendapat pandangan yang sewajarnya..."
- Haji Zaid Ibrahim

Sumber :Al-Bakistani

Pembelian saham Maika hanya gimik politik

Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 19 April: Isu malar segar Maika Holding Sdn Bhd yang menyelubungi MIC sejak dua setengah dekad yang lalu dilihat kembali menjadi perhatian dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurut salah seorang pemegang saham Maika di sini, S. Nadarajah (gambar), pengumuman oleh Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berhubung pembelian saham Maika bernilai RM106 juta kepada suatu kumpulan sektor swasta India sebenarnya adalah gimik politik semata-mata supaya 1,500 pengundi India mengundi calon BN, Ahad ini.

“Adakah betul dan memberi kepentingan kepada para pemegang saham. Atau ia hanya sekadar gimik?” ujar beliau dalam nada menyindir pada sidang media di Pusat Informasi dan Media PKR pagi tadi.

Ujarnya lagi, para pemegang saham seharusnya diberitahu tentang situasi sebenar yang berlaku di pemilikan Maika.

“Mereka perlu diberitahu tentang keadaan sebenar Maika, sepatutnya pemegang saham dapat kembali pulangan yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan kepemimpinan Samy kerana mengancam beliau dalam suatu program rasmi MIC apabila beliau membangkitkan isu Maika.

Mewakili 1,500 pemegang saham Maika di Hulu Selangor, beliau turut membangkitkan beberapa soalan kontroversi untuk dijawab oleh beberapa pihak berwajib.

Antaranya, Bank Negara Malaysia (BNM) serta pihak pengurusan Maika sendiri dipersoal kerana masing-masing tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung status sebenar Maika.

Lebih meragukan, menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seakan terbabit dalam mengelirukan para pemegang saham Maika.

"Sebelum butiran transaksi diumumkan Samy Vellu, beliau awal lagi sudah mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan dalam menyelesaikan isu tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut mempersoal kredibiliti Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional.

“Kenapa sehingga sekarang tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Perdana Menteri atau kerajaan berhubung hal ini?

"Adakah Najib akan ke hadapan membantu menangani isu ini?" soalnya.

Dilaporkan ramai orang India melabur dalam saham-saham Maika pada 1984, termasuk pekerja ladang yang menggadaikan barang kemas keluarga dan mengeluarkan simpanan sepanjang hayat mereka untuk melabur.

Maika ditubuhkan pada 1982 itu demi membolehkan kaum minoriti India untuk turut serta dalam aktiviti pertumbuhan ekonomi nasional.

Bagaimana pun, pengurusan Maika tidak menyaksikan suatu pulangan yang menguntungkan.

Akibatnya, kira-kira 66,000 pemegang saham Maika dilaporkan mula mempertikai pemimpin tertentu MIC sejak dua dekad lalu.

Sumber : Harakahdaily.Net

Datuk Bandar Jerusalem mahu roboh lagi rumah Palestin.

April 20th, 2010 by admin

Selasa, 20/04/2010 – Datuk Bandar Jerusalem, Nir Barkat, mengeluarkan arahan bagi penguatkuasa tempatan untuk merobohkan lagi rumah-rumah Palestin di dalam beberapa kejiranan di bandar Silwan di Timur Jerusalem.


Penguatkuasa tersebut akan memulakan tindakan meranap rumah-rumah Palestin di Silwan pada hari Rabu dan juga akan meranapkan rumah-rumah di kejiranan arab yang lain. Israel baru-baru ini telah meranapkan beberapa rumah Palestin di Timur Jerusalem tetapi menghentikan tindakan meroboh setelah mendapat tekanan luar.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : aznil

Sumber : Palestinkini.Info

Kini Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional Di Hulu Selangor



KUALA KUBU BAHARU 19 Apr - Pertandingan merebut kerusi Parlimen P094 Hulu Selangor menjadi satu lawan satu antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional apabila calon Bebas, Johan Mohd Diah menarik daripada daripada pilihan raya kecil 25 April depan.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Pada sebelah pagi tadi calon Bebas pertama, VS Chgandran mengumumkan beliau menarik dari daripada PRK Hulu Selangor.

Kini calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim aakn bertembung dengan P Kamalanathan daripada Barisan Nasional menjadikannya satu pertandingan yang bakal menarik perhatian seluruh negara.

Sumber : Suara-Keadilan.Com

Sekat Iran, Najib dicabar saman media antarabangsa

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 April: PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaman media antarabangsa berhubung pendedahan tentang sekatan eksport gas ke Iran oleh Petronas.

Laporan seperti The Wall Street Journal, AFP dan Reuters sebelum ini melaporkan sekatan terhadap Iran itu dibuat sebagai usaha Malaysia untuk menyokong Amerika yang berkempen untuk melakukan sekatan ke atas negara itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, walaupun Najib menafikan bahawa Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran kerana menyokong kempen Amerika, namun itu tidak dapat menafikan kerjasama Malaysia untuk menekan Iran bersama Amerika.

Media AFP jelasnya turut melaporkan bahawa Najib dalam pertemuannya dengan Barack Obama didalam Nuklear Security Summit, Washington baru-baru ini memberikan amaran kepada Iran bahawa negara itu perlu mendapatkan kepercayaan antarabangsa dan satu-satu cara untuk mendapatkan perkara itu adalah dengan bersikap telus dan membenarkan IAEA membuat siasatan keatas program nuklear di negara itu.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Malaysia membayar syarikat perunding yang dikuasai pelobi Israel, APCO dengan bayaran RM 77 juta setahun. Dan APCO yang menjadi sandaran untuk program 1 Malaysia juga merupakan syarikat perunding utama yang banyak mempengaruhi keputusan Amerika dan Britain untuk menyerang Iraq pada 2003.

Syarikat sama juga katanya pernah memainkan peranan memburuk-burukkan negara Islam selepas tragedi 911, dalam usaha mereka melindungi kepentingan kuasa zionis di Timur Tengah.

"Tekanan ke atas Iran juga dipercayai adalah pengaruh dari APCO yang melihat negara itu sebagai ancaman.

"APCO juga telah membawa Najib berjumpa Obama, untuk mengukuhkan pengaruh mereka dinegara ini selepas rakyat mengetahui pembabitan mereka dalam Kerajaan selama ini," katanya dalam satu kenyataan.

Keengganan Najib menyingkirkan APCO dari Putrajaya pula jelasnya membuktikan Kerajaannya dikongkong dan tidak bebas dari pengaruh antarabangsa.

"Malaysia yang selama ini bersuara lantang dalam isu Palestin dan Nuklear menjadi lemah selepas Najib mengambil alih.

"Najib perlu membuktikan identiti Malaysia dalam dirinya dan meneruskan hubungan baik negara ini dengan Iran dan seluruh negara Islam," tegasnya lagi.

Selain itu, Malaysia juga katanya harus mainkan peranan untuk membantu Iraq memerdekakan dirinya dari penjajahan serta menghalang usaha Amerika dan sekutunya yang tekad untuk menyekat ekonomi Iran.

"Rakyat menunggu Najib menyaman media-media barat dan menghalau APCO dari negara ini dengan segera sebagai membuktikan komitmennya dalam membina hubungan baik dengan Iran dan negara Islam lainnya," katanya.

Sumber : Harakahdaily.Net

Tindakan Dr Halili Tak Jejas PRK Hulu Selangor



Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 19 April - Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff ( gambar ) menyifatkan Bendahari KEADILAN Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat yang bertindak keluar parti hari ini sebagai seorang pakar bedah saraf yang bijak pandai tetapi gagal mendokong dasar yang diperjuangkan parti itu demi mempertahankan sistem demokrasi di Malaysia.

"Saya menghormati keputusan Dr Halili tetapi dalam masa yang sama saya ingin mengatakan bahawa apa yang sebenarnya yang nak dicapai kalau beliau selaku seorang yang berpendidikan tinggi mahu melihat Malaysia sebuah negara yang demokratik sifatnya maka keputusan beliau perlu memberi kebaikan kepada pendokong dan pejuang demokrasi dan keadilan dalam negara ini.

"Dalam hal ini bagi saya Dr Halili perlu tahu bahawa keputusan beliau sebenarnya bukannya memperkuatkan amalan demokrasi dinegara ini tetapi sebaliknya mendokong kelompok yang jelasnya tidak menghayati cita-cita demokrasi untuk rakyat Malaysia dan sebab itulah saya mempertikaikan keputusan beliau," katanya di lobi Parlimen tengahari tadi.

Banyak pihak menganggap langkah Dr Halili keluar KEADILAN pada saat parti menghadapi PRK Hulu Selangor sebagai hasil perasaan kecewa kerana tidak dipilih sebagai calon.

Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail menegaskan penyertaan Dr Halili ke dalam Umno ketika kempen pilihanraya berlangsung tidak menjejaskan kekuatan parti untuk terus bekerjan keras bagi menghadapi pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April ini.

"Saya tidak nampak kelemahan ke atas jentera KEADILAN baik mana-mana bahagian dan tidak berlakunya tunggang-langgang pada setiap jentera yang bertugas disebabkan pengumuman beliau keluar parti dan setakat ini keputusan tersebut tidak menjejaskan calon kita," katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula meletakkan harapan tinggi kepada Datuk Zaid Ibrahim dan menyifatkan beliau calon terbaik yang diputuskan KEADILAN.

"Penyertaan Dr Halili ke dalam Umno memang tidak diduga sebab beliau juga antara calon akhir bagi Hulu Selangor, bagaimanapun Zaid Ibrahim adalah calon yang terbaik dan kita mengharapkan kemenangan berpihak kepada kita," ujar beliau.

Mengulas isu yang sama, Ahli Parlimen Batu Tian Chua pula mengucapkan selamat jalan kepada pakar saraf itu tetapi kecewa kerana calon Barisan Nasional sehingga kini masih belum mengumumkan apa perubahan yang akan dilakukan kepada penduduk di Hulu Selangor.

"Pilihan raya kecil adalah satu pertarungan dari segi dasar dan personaliti calon serta agenda perkhidmatan yang akan disumbangkan oleh wakil rakyat.

"Sehingga sekarang saya merasa kecewa sebab kita masih tidak dengar lagi apa yang calon BN nak buat di Hulu Selangor," katanya lagi.

Dr Halili membuat pengumuman keluar parti di Petaling Jaya dalam satu sidang media pagi tadi.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Sumber : Suara-Keadilan.Com
 

blogger templates | Make Money Online