Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG
Memaparkan catatan dengan label PRK Hulu Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Hulu Selangor. Papar semua catatan

Terima Kasih Kepada Pengundi Di Parlimen Hulu Selangor [ P094 ]

Tikam Batu
Admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Besar Kita Nabi Muhmammad S.A.W

Selesai sudah proses pengundian dan kita telah mengetahui siapa pemenangnya.

Terima Kasih kepada pengundi yang telah mengundi calon keAdilan iaitu Dato' Zaid Ibrahim wakil Pakatan Rakyat pada PRK kali ini.

Tahniah kepada Dato' Zaid Ibrahim kerana telah berjaya menambah undi, semoga kita terus berusaha bagi mencapai sasaran pada PRU 13.

Perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru

http://demokrasi93.blogspot.com


Dulu saya kalah juga semasa pilihanraya kecil di Ijok, tapi sekarang saya Menteri Besar Selangor - Tan Sri Khalid Ibrahim


Dato Zaid Ibrahim sedang berucap - Najib belanja RM 64 juta di dlm p/raya ini. beli undi adalah sesuatu yg halal. Mana SPRM ?

Sumber : Cina ISLAM

EKSLUSIF : PRK Berdarah, 2 AMK di pukul, 1 cedera parah

Sekretariat Parlimen Kota Raja





Sungguh menyayat hati, peristiwa ini berlaku kira-kita 10 meter dari penglihatan saya dan 2 rakan ketika kami berada didalam kereta untuk meninggalkan Pusat Pengundian Sekolah Menengah Bukit Sentosa kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Mangsa yang tidak saya kenali bersama seorang adik perempuan kecilnya dan seorang lagi yang memakai t-shirt AMK (mungkin adik beradik) telah dipukul dengan kayu hingga berdarah dan lebam seluruh belakang badan. Manakala temannya terbongkok-bongkok kesakitan dibahagian perut akibat dipukul oleh puluhan penyokong Barisan Nasional.

Saya berjaya menangkap dan memeluk adik perempuan yang berlari dan menangis ketakutan dan menjerit memberitahu abangnya kena pukul.

Saya sempat bersama mangsa yang memberitahu bahawa mereka melalui kawasan penyokong Umno untuk pulang tetapi telah dipukul oleh penyokong Umno tersebut.

Anehnya tiada tindakan oleh pihak polis walau pun berlaku dihadapan mereka. Meraka cuma menghalang kemaraan Penyokong PR dari Subang yang meluru kearah penyokong Umno ketika peristiwa tersebut berlaku.

Sepatutnya Polis berkawal menghadap penyokong kedua-dua parti tetapi amat dikesali kerana tiada tangkapan dibuat. Saya tidak pasti adakah mereka nampak peristiwa 2 AMK tersebut dipukul dan jika tidak pun saya tidakk pasti mengapa tindakan terlalu lambat hingga sempat kedua-duanya dipukul hingga berdarah baru Polis bertindak mengawal keadaan.

Saya menasihatkan kedua-duanya membuat lapuran Polis dan seterusnya menghubungi sahabat Peguam dari Kota Raja yang bertugas supaya menghantar peguam ke Bukit Sentosa bagi membantu mangsa.

Bersambung : gambar-gambar bagaimana kejadian berlaku.

Sumber : Parlimen Kota Raja

Hulu Selangor : BN Menang Majoriti 1725 Undi

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi.

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Banyak pihak melihat sasaran Muhyiddin itu adalah harapannya setelah mengeluarkan perbelanjaan begitu banyak bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat.

Beberapa orang pengundi Hulu Selangoir pula tidak terkejut dengan keputusan pilihanraya kecil hari ini kerana propaganda dan fitnah yang dimainkan oleh UMNO BN terutama di dalam menyerang peribadi calon PKR adalah merupakan taktik yang tidak bertika.

Ini ditambah pula dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya yang memindahkan pengundi-pengundi ke pusat pembuangan undi yang lain tanpa makluman semata-mata untuk mengelirukan para pengundi.

Sekalipun tindakan mereka adalah sah di sisi undang-undang, namun ramai pemerhati politik mempersoalkan tindakan SPR tersebut tentang mengapa ia dilakukan hanya di Parlimen Hulu Selangor sementelah lagi Hulu Selangor berdepan pula dengan pilihanraya kecil. Apa motif yang sebenar SPR melakukan demikian?

Ramai juga pengundi-pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana mendapati nama-nama mereka dikatakan "telah mengundi" apabila mereka tiba di pusat pembuangan undi.

Sumber : Kelab Greenboc [ GB ]

PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi April 25, 2010

PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi April 25, 2010

Posted by nikmj in General, Malaysian Mirror, National, New Strait Times, P94 Hulu Selangor, Politics, bernama, buletinonline, harakahdaily, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, mstar, news.
Tags: PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi
trackback



11.28 am: EC officials begin to allow polling agents entry into polling stations.

11:25 am: Police prevent pro-BN IPF members from fighting with PKR supporters at SK Bukit Beruntung.

11:20 am: PKR’s @zaidibrahim arrives at SK Bandar Utama Batang Kali, drives by without stopping but waves at supporters.

11:18 am: Police break up a scuffle between rival supporters in Ulu Bernam town.

11:15 am: Large group of voters now arriving at SK Bukit Beruntung after lower turnout earlier.

10:50 am: Traffic crawls in Ulu Bernam with police presence to contain rival supporters in shouting match neart main polling station.

1045 am : EC says 16,932 voters cast ballots between 9am & 10am or 26.25pc turnout.

10.40 am : PDRM mengawal keadaan. Mengesyorkan agar Zuraida Kamaruddin tidak melayan karenah para penyokong BN. Zuraida bertenang dan kembali ke SRK Bandar Utama Batang Kali

1038 am : Berlaku sedikit kekecohan antara Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dengan penyokong BN. Orang PKR telah diserang dan pergaduhan telah dileraikan oleh PDRM

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan ‘Yahudi’, ‘Israel’, ‘Umno Israel’ dan ‘rasuah’ oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:20 Pagi: Ramai orang mengundi diestet Changkat Asa, kubu kuat MIC. Penyokong yang ramai dari kedua belah parti menyebabkan kesesakan lalulintas.

10:15 : 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10:00 Pagi:Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Men. Keb Kuala Kubu Bharu jam 10.00 pagi ini.

9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi ‘wheely’ sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

9:30 Pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan sr Muhyiddin Yassin melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Sg Buaya.

Suasana di peti undian berkenaan meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan ‘tutup aurat’ dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9:15 Pagi: Jumlah orang ramai yang keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi – 7,891 atau 12.23 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rasa.

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.


8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.

7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

Bagaiamanpun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.

Setakat ini keadaan trafik masih lagi terkawal.

Sumber : The Blog Of My Life

Berkaitan : Perkembangan Dari Hulu Selangor hari ini… 10:40AM - [ Pinkturtle - Sumber Berita Terkini ]

Altantuya Sentiasa Menghantui Najib, Rosmah

Oleh Faizal Ezzany

KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus terjejas walaupun beliau bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Beliau berkata Najhib akan sentiasa dihantui dengan kes pembunuhan Altantuya yang sehingga kini belum mendapat pembelaan yang seadilannya.

Ini menyebabkan orang lain terpaksa menjadi mangsa atas kesalahan yang Najib lakukan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Najib begitu takut untuk menghadapi kes Altantuya sehingga beliau terpaksa sentiasa menafikan pembabitannya.

"Apabila nama Altantuya disebut, Najib terpaksa menyorok kerana terlalu takut. Kes Altantuya ini terlalu kejam kerana dia telah dibunuh dengan mengguna bahan letupan C4 yang hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia sahaja.

"Najib walaupun dia telah bertemu dengan Obama imejnya tetap terjejas kerana semua orang tahu penglibatan Najib dalam kes tersebut susah untuk dia sembunyikan," kata Karpal pada ceramah perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu malam tadi.

Karpal juga memberitahu bukan sahaj Najib yang takut malah isteri beliau, datin Seri Rosmah Mansor juga takut kepada bayang Altantuya selain amat takut kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib dan Rosmah ini mereka bukan sahaja takut kepada kes Altantuya malah mereka amat takut dengan Anwar kerana mereka bimbang dengan karisma kepimpinan yang Anwar miliki dan disenangi oleh semua kaum.

"Saya nak jelaskan disini walaupun Anwar sentiasa diserangi dengan pelbagai kes dan fitnah kita akan terus berjuang untuk memastikan kemenangan kepada kes Anwar di mahkamah.

"Bagi untuk kita menjadikan sistem perundangan kita dibuat secara adil kita kena pastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim," jelas beliau.

Karpal mahukan pengundi Hulu Selangor memilih Zaid agar hak rakyat dibela dan pastikan majoriti yang besar diperolehi kerana ini adalah isyarat penting kepada Umno dengan kebangkitan rakyat yang mahukan keadilan dan demokrasi dalam negara ini.

Sumber : Suara KeAdilan

Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?

Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian.

Walaupun begitu, bas-bas berkenaan akhirnya bergerak keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 6.00 pagi dengan diiringi pihak polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Harakahdaily difahamkan, selain bas, berbelas buah kereta juga digunakan untuk membawa ‘pengundi hantu’ dari IKBN.

Dipercayai, mereka dihantar ke beberapa daerah mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang sudah mulai dibuka sejak jam 8.00 pagi tadi.

Sementara itu, Suara Keadilan online melaporkan, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, sebanyak lima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara lima hingga enam orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi membawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah dibawa keluar," kata Fariz.

Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan : IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu? - Kelab Greenboc

Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor

Hazayani Zakaria, Dzulfikar Mashoor, Syukri Mohamad

9:00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.


8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.


8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Perkembangan Dari Hulu Selangor hari ini… - Pinkturtle2.Wordpress

Penyokong BN buat kecoh di Felda Sungai Tengi

Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 24 April: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sungai Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.

Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu majlis himpunan yang diadakan.

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.

Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.

Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.

Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.

Insiden lebih kurang lima minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.

Kejadian itu berlaku pada kali keenam kumpulan motosikal tersebut yang berulang alik melalui jalan yang sama.

Sumber : Harakahdaily.Net

Sinopsis Pencapaian Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat

Posted by Zaid Ibrahim on Thursday, April 22, 2010 ·

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dilancarkan dengan falsafah bahawa kekayaan negeri harus dinikmati oleh rakyat negeri.

*Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu – 1.5 juta meter individu pengguna mendapat manfaat daripada bantuan ini. RM 166.7 juta dibelanjakan.

*Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti. 
RM1,000 untuk 7339 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1,500 ke bawah) kelahiran Selangor terpilih masuk ke universiti.

*Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) – Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun. Mula dengan masukkan RM100. Terima RM1500 apabila berusia 18 tahun. 15,802 telah dilulus daftar dengan peruntukan RM1.34 juta.

* Skim mesra warga usia emas – RM2,500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya. (Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin). 122 ribu dari lebih 300 ribu telah daftar dan 13,342 telah mendapat manfaat skim ini.

*Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang -Biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang. 
Bantuan kewangan membina dan menyelenggara hostel untuk mereka. 130 orang mendapat manfaat dan berpeluang sambung belajar di INPENS.

*
Bantuan lain seperti pemberian geran tanah, rumah, insurans, cuti bersalin dan bantuan keusahawananjuga diberi.

Diumumkan pada Mac 2009 dengan kombinasi rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menarik masuk pelaburan, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor membuka peluang pekerjaan serta mendorong pergerakan ekonomi.



*Meningkatkan hasil padi – Meningkatkan pendapatan petani dan bergerak ke arah pertanian berteknologi tinggi. 
Rancangan 5 tahun meningkatkan padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Hasil usaha semasa: Peningkatan 19.4% di Pancang Bedena. 23.9% di Pasir Panjang. Dan 7.3% peningkatan Sawah Sempadan. Rancangan perluasan kawasan padi 16% (2009), 37% (2010), 62% (2011), 87% (2012), dan 100% (2013).

KEWANGAN NEGERI – Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan bagi tahun 2008 dan 2009.

HAL EHWAL ISLAM & ADAT MELAYU – RM140 juta setahun diperuntukkan untuk JAIS. Gaji guru KAFA seramai 6,236 orang dinaikkan menjadi RM1000 daripada RM738.30 melalui sumbangan JAIS dan MAIS.

HAL EHWAL BUKAN ISLAM – Kini ia disertai oleh 7 badan agama. Majlis Bukan Islam Selangor dirundingi lebih kerap (6 kali berbanding 2 kali sebelum 2008). 
Mempercepat proses semakan permohonan keperluan tanah dan tempat ibadat. 90 tanah untuk tempat ibadat diluluskan. Peruntukan yang sesuai berjumlah kira-kira RM4.8 juta bagi penganut Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh di 43 tempat.

ORANG ASLI DAN OKU – Menyelesaikan isu tanah orang asli melalui pembentukan Jawatankuasa Bertindak Tanah Orang Asli pada tahun 2009. Membatalkan semakan isu tanah di mahkamah dalam kes Bukit Tampoi, Dengkil untuk tidak menyusahkan orang Temuan di sana. OKU dilibatkan dalam Kerajaan Tempatan, bantuan dan kemudahan diberikan termasuk peluang kerja yang mampu.

MEMBASMI KEMISKINAN – Falsafah tindakan ialah untuk menjadikan mereka yang perlukan bantuan akan berdikari kemudian. 30% penduduk miskin dengan garis kemiskinan RM1500 ke bawah. Pelarasan dibuat untuk bantuan. Sejak 2008: 265 rumah dibina semula dan 300 rumah dibaik pulih. Bantuan lain: kesihatan, latihan sumber manusia, bantuan sekolah.

ALAM SEKITAR DAN PENGGUNA – Pelbagai undang-undang dan kempen dibuat untuk mengajak rakyat mendokong prinsip pembangunan mapan. Ini meliputi penggazetan hutan, kempen hari tanpa beg plastik, jimat elektrik dan larangan pembakaran terbuka serta usaha meningkatkan litupan hutan kepada 32% berbanding kini sekitar 30.5%. 
Pendidikan pengguna bijak diluaskan untuk mendidik hak mereka serta keperluan belanja berhemat.

TANAH, PERUMAHAN, KAMPUNG BARU/BAGAN/TERSUSUN DAN KILANG TANPA KEBENARAN – RM4.2 juta untuk 101 projek di 53 kampung. Pengenalan borang 5A untuk jaminan hak tanah dipercepat tanpa mengira agama, bangsa dan politik. Sasaran 100 ribu tanah TOL diluluskan bagi 2010. 
Lebih 2000 kilang haram yang sedia ada didaftarkan melalui Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran untuk menjamin hak pekerja dan mengutip cukai yang sah.

WANITA DAN BELIA – Kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 ke atas) dalam kerajaan negeri Selangor ialah 35.45%. 10 Pusat Komuniti Wanita DUN telah ditubuhkan. Program belia dalam bidang kepimpinan, seni, sukan, pendidikan dan keusahawanan. Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) menyelaras dan menggerakkan program belia negeri melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap Kerajaan Tempatan dengan peruntukan khas.

SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI), PEMODENAN PERTANIAN DAN PEKERJA LADANG – RM2.2 juta untuk 101 petani, peladang, penternak dan nelayan dalam bentuk kemudahan dan maksimum RM25 ribu bagi pemohon yang layak. Pekerja ladang dibantu dalam bentuk skim perumahan dan hal ehwal pendidikan.

PEMBANGUNAN MENYELURUH, PENDIDIKAN, BUDAYA DAN KESIHATAN -Program SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emotional dan Sosial) – dibentuk juga merumus masalah sosial. Tuisyen Rakyat di 115 pusat. Peruntukan RM3.45 juta. Bantuan untuk 146 sekolah agama, 80 sekolah Cina dan 97 sekolah Tamil berjumlah RM15.4 juta. Tanah juga diluluskan untuk keperluan sekolah yang tidak cukup. Pelbagai program budaya juga bicara tokoh. Usaha mewujudkan persekitaran bersih, selamat dan sihat termasuk membantu keperluan rawatan dan perubatan.

Sumber : Zaid Untuk Rakyat.Com

Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pro-Israel berdasarkan tindakan mereka menghentikan bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran.

Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran.

"Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada Israel," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tindakan itu sekaligus membuktikan bahawa perjanjian kontrak Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran Malaysia turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran.

"Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya.

Ujar Kamarudin, akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari sokongan menekan Iran.

"Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika, dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara yang menyokong Israel.

"Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam dan menyertai OIC," ujarnya.

Najib mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasolin ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatannya ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran, sebagai tidak tepat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasolin ke Iran untuk menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nuklearnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan Good Morning America (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasolin - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nuklear.

Bagaimanapun Iran menjelaskan, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kegunaan awam di negara itu.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Beginikah cerita pecacai Yahudi Zionis? - Penarik Beca
Najib Sanggup Buang Iran Sebagai Kawan Untuk Puaskan Hati AS - Zaid Ibrahim

Bertahun-tahun sokong BN, bertahun-tahun diabaikan

Posted by Zaid Ibrahim on Tuesday, April 20, 2010 ·

Dengan tangan kanannya, S Letchumi memegang slip gaji untuk bulan lepas; dengan tangan kirinya, dia memegang sebilah pisau sambil menceritakan kesusahan kehidupannya di estet, di mana dia telah tinggal untuk 25 tahun yang lepas.

Letchumi menunjukkan RM 217 yang dicetak atas slip gajinya. Tugasnya menjaga tiga anak dalam sekolah menengah dan dua pasang ibu bapa yang tua dan sakit, lagipun memastikan setiap ahli keluarga cukup makan, amat menyeksakan.

“Kami dah lama menyokong Parti BN. Setiap kali mereka datang sini suruh kami undi untuk mereka, katakan mereka akan bantu kami. Tapi selepas kemenangan, kami tak jumpa muka orang BN hingga mereka perlukan undi kami sekali lagi,” kata Letchumi.

Pada petang itu, Letchumi, 42, dan sekumpulan wanita di Ladang Kerling sedang membuat persediaan untuk memasak makanan yang dibawa oleh ahli-ahli Puteri Umno untuk sebuah pertemuan di kuil mereka pada hari Isnin.

Mariamah Subramaniam, 39, seorang ibu tunggal dengan empat anak, mengatakan bahawa walaupun mereka tidak membantah kepada “hadiah” yang dibawa oleh parti politik semasa kempen berlangsung, namun mereka lebih memerlukan penyelesaian yang kukuh kepada masalah kemiskinan mereka.

“Ada kebaikannya juga. PKR bagi kami bantuan dengan beras dan wang untuk bas sekolah, tetapi mereka tak boleh hanya datang tahun ini dan lepas itu henti. Tentunya, beri sedikit lebih baik daripada tidak beri langsung…bila BN datang, kita tak dapat apa-apa,” katanya sambil menyokong anak perempuannya yang berumur sembilan bulan atas pinggangnya.

Bergantung kepada cuaca, pekerja estet menjelaskan bahawa mereka boleh mendapat sebanyak RM890 apabila cuaca bagus dan serendah RM100 apabila musim hujan datang.

Pesara estet generasi-kedua Ragaraman Kolican, 58, masih hidup dalam kemiskinan selepas kerja 29 tahun sebagai penyoreh getah, walaupun dia telah mencuba bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaannya.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Saya terus bekerja atas tanah estet selepas kematian ayahku, tetapi dengan gaji yang rendah ini, saya tidak mampu membeli apa-apapun; rumah atau tanah.

“Seluruh kawasan ini telah lama sokong BN 100 peratus. Sebelum ini, jika kamu mengancam kehidupan kamipun, kami tetap undi BN. Tapi ahli BN tak pernah menetapkan janji mereka.

“Palanivel memegang kerusi untuk masa yang lama dan dalam setiap pilihan raya, dia berjanji bahawa dia akan mendengar masalah kami selepas dia menang, tetapi dia tidak pernah datang,” kata Kolican, merujuk kepada bekas ahli parlimen Hulu Selangor G Palanivel, yang memegang kerusi itu untuk 4 penggal dan kalah kepada PKR dalam pilihan raya 2008.

Thirumurthy Appalanaidu, 48, mengakui bahawa walaupun pekerja-pekerja estet tidak tahu banyak tentang calon BN P Kamalanathan, mereka telah mencapai keputusan sendiri.

“Kami bukan marah dengan PM Najib (Abdul Razak), tetapi kami memang tahu bahawa MIC tidak ada buat apa-apa untuk kami.

“Kami ada baca berita, kami tahu Najib mengumumkan peruntukan berjuta-juta ringgit untuk golongan miskin tetapi bila wang itu diberi kepada MIC ia tidak sampai kepada rakyat.”

Thirumurthy mengatakan bahawa PKR telah buat lebih untuk penduduk Hulu Selangor dalam dua tahun yang lepas daripada BN dalam beberapa dekad sebelum itu.

“Kalau BN ada bantu kami, kami boleh undi untuk mereka. Tapi tanpa menerima bantuan langsung, macam mana kami boleh sokong BN?”, dia menyoal.

Meskipun pandangan ini hanya dipegang oleh sebahagian daripada pengundi bangsa India, ia berpadanan dengan suasana optimis PKR terhadap pilihan raya, keyakinan mereka bahawa PKR boleh menang kebanyakan undi di pilihanraya pada Ahad ini.

Orang India adalah 12,453 (19.3 peratus) daripada 64,500 pengundi berdaftar di Hulu Selangor.

PKR Kapar MP S Manikavasagam mengatakan bahawa PKR telah mendapat sambutan yang lebih kuat daripada golongan India di aktiviti-aktiviti kempen harian berbanding dengan pilihan-pilihan raya yang lepas.

“Kami rasa kami akan dapat sokongan baik. Kami berharap untuk mendapat 55-60 peratus daripada jumlah undi India, mungkin lebih lagi,” kata Manikavasagam, dan menyebutkan bahawa kemiskinan dan isu tanah adalah aduan utama masyarakat Hulu Selangor.

Sumber : Zaid Untuk Rakyat.Com

Scorpene: Tubuh Suruhanjaya Khas, Najib diminta cuti

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 22 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa Suruhanjaya Khas ditubuhkan segera bagi menyiasat pembelian dua kapal selam Scorpene dari Perancis.

Ianya berikutan pendedahn terbaru media antarabangsa Asia Senttinel yang mendakwa Pejabat Pendakwaan Paris sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu yang melibatkan syarikat Malaysia.

Dua orang pendakwa iaitu Hakim Francoise Besset dan Jean-Christophe Hullin dilaporkan sedang menjalankan penyiasatan kemungkinan terdapat elemen rasuah dalam kes pembelian tersebut.


(Gambar: Mahfuz dan Firdaus Jaafar melihat replika kapal selam Scorpene)

Siasatan itu dibuat setelah peguam yang dilantik Suaram memfailkan kes tersebut pada 4 Disember 2009 dan 23 Februari 2010 ke Pejabat Pendakwaan Paris.

Bercakap kepada pemberita pada pameran Defence Services Asia 2110 di PWTC siang tadi Mahfuz berkata, suruhanjaya itu penting bagi memulihkan kembali kredibiliti Malaysia di mata antarabangsa.

Selain itu, beliau turut menggesa Najib bercuti sepanjang siasatan dijalankan.

"Saya minta satu suruhanjaya penyiasatan khas ditubuhkan, dan saya minta perdana menteri mengambil cuti sepanjang penyiasatan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Malaysia membeli kapal tersebut daripada Syarikat Amaris iaitu anak syarikat kepada DCN France melalui syarikat Perimekar Sdn. Bhd pada tahun 2002, iaitu semasa Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Perimekar dikatakan mendapat komisyen sebanyak Euro 114 juta kononnya untuk kerja-kerja koordinasi dan khidmat bantuan.

Jumlah tersebut adalah 11 peratus daripada harga belian kapal-kapal selam tersebut.

Menurut Mahfuz, Perimekar pada asalnya dipunyai oleh KS Ombak Laut Sdn. Bhd yang dipunyai oleh Abdul Razak Baginda yang dikenalpasti rakan karib kepada Najib.

PAS mempersoal tindakan kerajaan Malaysia membeli pesawat Aermacchi MB339C dari Itali dengan harga jauh lebih tinggi berbanding dibeli oleh negara Eritrea.

Beliau juga memberitahu, Malaysia membeli lapan pesawat itu tanpa enjin dengan harga Euro 88.8 juta iaitu kira-kira Euro 11 juta sebuah bersamaan RM45 juta.

Sedangkan negara Eritrea, katanya membeli pesawat sama hanya dengan harga US8.8 juta iaitu kira-kira RM20 juta sebuah yang baru dan lengkap dengan enjin.

"Eritrean Air Force membeli pesawat sama dengan harga USD8.8 juta dengan enjin, kita beli tanpa enjin dengan harga RM45 juta," katanya kepada pemberita sewaktu melawat pameran Defence Services Asia 2110 di PWTC siang tadi.

tambahnya, Malaysia sebelum ini menggunakan satu lagi pesawat iaitu Aermacchi MB339AM untuk kegunaan latihan bagi pemandu jet pejuang.

Pesawat tersebut menggunakan teknologi 50-an buatan United Kingdom dan telah diguna sejak 30 tahun lalu.

Bagaimanapun ianya sudah tidak boleh digunakan lagi untuk tujuan tersebut, namun enjinya akan digunakan untuk pesawat Aermacchi MB339C yang dibeli tanpa enjin.

"Saya minta pihak berkuasa menyiasat dan satu suruhanjaya khas perlu ditubuhkan," katanya.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan : Malaysiakini.Com

PR Cabar BN Susun Syarikat Air, Tol, Elektrik, Broadband




Oleh Norasikin Samsi

KUALA LUMPUR 20 April - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mencabar kerajaan Umno-Barisan Nasional menyusun semula syarikat utiliti utama seperti air, tol, elektrik dan 'broadband' bagi menjamin kepentingan rakyat.

Langkah ini menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus dapat menyumbang kepada dasar ekonomi yang lebih mapan dalam pelaksanaan agenda Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, Pakatan Rakyat yang didokongi oleh KEADILAN, PAS dan DAP telah membuat penelitian secara terperinci berhubung MEB dan mendapati ia tidak memberi kelebihan sepenuhnya kepada rakyat dan juga negara selagi empat perkara asas tersebut tidak dilaksanakan.

"Penyusunan ini akan mengurangkan beban kewangan kerana dasar monopoli ini memberikan faedah kepada syarikat terpilih dan beban kepada rakyat terlalu parah. Umpamanya setelah melihat pengakuan yang dibuat oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad) sendiri bahawa 'margin reserved' yang digunakan oleh IPP ini telah meningkat 66 peratus.

"Semasa kita bantah di Parlimen dahulu kita bicara sekitar 40, 48 peratus dengan subsidi RM10 bilion oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat kroni yang kaya," katanya dalam sidang media di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen tengahari tadi.

Pakatan Rakyat juga menuntut garis pendapatan dan gaji minima ditetapkan bagi mengurangkan penggunaan tenaga kerja di kalangan warga asing.

"Tentang keperluan menetapkan garis pendapatan dan gaji minima untuk pekerja dengan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan dengan cara ini akan memaksa syarikat-syarikat kita meningkat keupayaan pelaksanaan industri di peringkat nilai tambah dan tidak bergantung kepada pekerja upah yang murah," ujar beliau lagi.

Anwar juga berkata, kaedah yang perlu diguna pakai bagi mengurangkan beban kewangan di kalangan golongan muda turut diberi penekanan serius.

"Dengan mempastikan bahawa beban kewangan di kalangan muda dengan upah yang ada sekarang itu terlalu berat dan membebankan. Oleh demikian kita (Pakatan Rakyat) telah mencadangkan kaedah percukaian yang progresif dengan lebih teliti dan terperinci," jelas Anwar.

Tambah beliau lagi, perkara terakhir yang harus dilaksanakan dalam MEB adalah membentuk perubahan.

"Perkara keempat yang sangat utama yang tidak disentuh dalam cadangan PM dalam Model Ekonomi Baru adalah perubahan. Tanpa perubahan dari segi keadilan, keyakinan persaingan, keselamatan maka ia akan menjejaskam kedudukan ekonomi negara.

"Perubahan ini termasuklah Jabatan Peguam Negara, badan kehakiman, polis, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan aspek-aspek yang melibatkan isu ketelusan dan pertanggungjawaban," jelas Ketua Umum KEADILAN itu lagi.

Bagaimanapun menurut Anwar, dasar, angka serta tindakan yang diambil hendaklah dijelaskan secara terperinci kerana berlaku percanggahan oleh pemimpin bawahan Najib.

"Pendirian Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ialah pertamanya pendirian PM mengenai model ini perlu dijelaskan kerana ia bercanggah dengan apa yang ditekan oleh Tan Sri Mohamad Nor Yaakob (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang menyatakan ini sekadar pandangan yang dikemukakan dan belum merupakan dasar kerajaan yang jelas.

"Tetapi yang lebih penting pengumuman yang dibuat PM ini mengandungi beberapa perkataan yang lunak seperti kerajaan tidak mampu menerima pendirian atau dasar ekonomi yang memberikan perlindungan kepada kelompok kecil dan ini juga mengulangi kenyataan yang dibuat oleh Tun Abdullah Badawi dulu bahawa cara kita bergantung kepada sikap mengharapkan projek-projek kerajaan oleh kalangan kecil tetapi tidak ada tindakan susulan, tegas Anwar.

Pakatan Rakyat mahu pendirian yang tegas berhubung MEB seperti isu kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion yang sehingga tidak dijelaskan.

"Selagi ia tidak dijelaskan ia tidak membantu merangka satu dasar ekonomi yang lebih mapan," kata Anwar lagi.

Menurut beliau, isu kronisma untuk mengkayakan segelintir syarikat di sekeliling pimpinan Umno juga masih diteruskan.

"Umpamanya PM menyebut soal ketelusan dasar ekonomi yang lebih bertanggungjawab di mana kita ada kemukakan beberapa contoh cadangan penubuhan Institut Barah Nasional yang diumumkan berulang kali sehingga 2007 yang harganya RM340 juta tetapi bila diserahkan kepada IJN dan disubkontrak kepada syarikat Kiara Teratai ia melonjak hingga RM700 juta pada 2009. Maknanya cara dan kaedah gelojoh memberi manfaat kepada satu, dua syarikat pilihan masih diteruskan," jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Pakatan Rakyat juga melihat keputusan mengurangkan atau menghapuskan subsidi harus dilaksanakan secara berterusan.

"Jangan difikirkan subsidi yang hanya menyentuh kepada golongan bawahan tetapi juga kepada golongan korporat seperti subsidi air, tol dan harus lebih diambil kira kerana itu lebih membebankan negara dan bercanggah dengan liberalisasi ekonomi dan keupayaan daya saing di negara kita.

"Kita juga kemukakan lagi contoh apabila PM mengumumkan untuk membangunkan 3,000 ekar tanah bersama KWSP tetapi ia tidak mengikut peraturan ketelusan yang ada dan yang lebih penting ialah kerana masih meneruskan cara pengagihan kontrak kronisma dengan memberikan kepada MRCB tanpa tender dan kontrak cara yang telus dan ini bercanggah dengan pengumuman yang dibuat," kata beliau lagi.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sumber : Suara-Keadilan.Com

Najib Jadi Budak Suruhan Amerika



KUALA LUMPUR 20 Apr - Parti Sosialis Malaysia menyifatkan pertemuan dua hala antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama tidak mendatangkan sebarang kebaikan sebaliknya hanya menunjukkan Malaysia tunduk serta tidak ubah sebagai askar upahan baru AS dalam kempen perang terhadap keganasan di Asia Tenggara.

PSM dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam menyifatkan Sidang Kemuncak Nuklear di Washington yang dihadiri Najib gagal mencapai sebarang kemajuan dalam menggalakkan peluucutan senjata nuklear dan sebaliknya melahirkan pelbagai syarat demi meningkatkan lagi tekanan untuk mewujudkan lagi sekatan terhadap Iran, negara yang enggan tunduk kepada kuasa AS.

Ko-ordinator Antarabangsa PSM, Choo Chon Kai yang mewakili AJK pusat parti berkenaan dalam kenyataan medianya berkata Sidang Kemuncak Neuklear langsung tidak menunjukan minat untuk melindungi kepentingan sejagat dan sebaliknya hanya mahu melindungi kepentingan kuasa-kuasa besar yang menguasai senjata nuklear.

"Sidang berkenaan adalah rancangan jahat yang bersistematik untuk mengugut melalui ketenteraan atau melancarkan sekatan ekonomi terhadap Iran dalam usaha AS untuk mengukuhkan serta melindungi kepetingannya di Timur Tengah.

Sehubungan itu Malaysia di bawah pemerintahan Najib sepatutnya berasa malu kerana bersubahat dengan kuasa-kuasa besar berkenaan mahu menjatuhkan Iran," tambah beliau lagi dalam kenyataan media berkenaan.

Beliau menambah,pentadbiran Najib yang mengumumkan menghentikan membekalkan minyak gasolin kepada Iran dalam masa tiga hari selepas bertemu dengan Obama menunjukkan beliau begitu bersemangat dan tidak sabar untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai sekutu rapat dalam kempen perang terhadapan keganasan yang ditaja oleh imperialisme AS.

Menurutnya, PSM menyeru agar kerajaan BN menghentikan kerjasama dengan AS yang berusaha untuk mengenakan sekatan terhadap Iran di samping menghentikan dasar meliberisasikan ekonomi kepada kuasa neo-liberal imperialisme di atas perjanjian perdagangan bebas (FTA).

PSM juga, tambah beliau lagi mahu kerajaan AS dan sekutunya menghentikan ugutan yang dibuat terhadap Iran serta mengeluarkan semua tenteranya dari bumi Afghanistan.

Sumber : Suara-Keadilan.Com

Srikandi tekad turunkan billboard pagi esok

Dzulfikar Mashoor

HULU SELANGOR, 20 April: Briged Srikandi PKR Malaysia memberi kata dua kepada pihak berkuasa supaya menurunkan billboard provokasi Umno di sekitar Parlimen Hulu Selangor.

Menurut ketuanya, Siti Aishah Sheikh Ismail, 25, sekiranya pihak berkuasa tidak bertindak, pasukan Srikandi dengan bantuan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menurunkan semua billboard provokasi tersebut.

"Semalam lagi, saya sudah memberi kata dua, sehingga 10 pagi esok, kita (Srikandi) dan kawan-kawan Chegu Bard akan turunkan sendiri kesemua billboard," kata beliau pagi tadi selepas membuat laporan susulan di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah, Kuala Kubu Baru.

Menurut beliau, sepatutnya pihak berkuasa telahpun menurunkan kesemua 16 billboard tersebut pada hari ini kerana Srikandi telah membuat laporan kelmarin lagi.

Seketika kemudian, Cif Inspektor Jagjeet Singh bersama seorang pegawai penyiasat menyertai Siti Aishah untuk meninjau di kawasan-kawasan terbabit. (Gambar)

Turut menyertai Siti Aishah, empat pemimpin Srikandi yang lain, iaitu Nurul Hafizah Ghazali, Nurul Hashimah Ghazali dan Nurul Hidayah Ghazali.


Siti Aishah bersama pasukan CheguBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin meminta polis campur tangan dalam kempen berunsur provokasi menggunakan billboard yang dilakukan oleh jentera Umno.

Selepas mendapati SPR mengambil tindakan sambil lewa, Siti Aishah dan Chegu Bard mengambil keputusan membuat laporan polis.

Sumber : Harakahdaily.Net

Kafir Quraisy juga serang peribadi sahabat bila peluk Islam

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 20 April: Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib (gambar) menyelar tindakan pemimpin Umno/Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim dengan mengungkit segala perkara yang dilakukan sewaktu menjadi menteri kabinet dahulu.

Menyoroti sirah, Taib berkata, serangan yang dibuat Umno/BN terhadap Zaid tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap sahabat Rasulullah s.a.w., Khalid Ibnu Walid.

Menurutnya, setelah Khalid memeluk Islam dan menjadi sahabat Rasululullah s.a.w., kafir Quraisy menyerang peribadi Khalid sebelum memeluk Islam dan menghasut para pengikut Rasulullah s.a.w. agar tidak memberikan kepaercayaan kepada Khalid.

"Dari sudut Islam, apabila khalid Ibnu Walid memeluk Islam dan beriman kepada Allah S.W.T., perkara ini yang dimainkan oleh kafir Quraisy dengan mencungkil balik sejarah buruk Khalid.

"Kita tahu Khalid merupakan orang yang bersungguh-sungguh ingin membunuh nabi sehingga masa peperangan Uhud, yang memimpin perang di kalangan kafir Quraisy ialah Khalid dan beliau bersiap sedia dengan pedang untuk membunuh Nabi.

"Tapi setelah beriman dia menjadi sahabat kanan Rasulullah s.a.w. dan orang yang dijamin syurga. Kedudukan ini yang diperoleh oleh Khalid dengan taubat dia dan sebagainya, maka kafir Quraisy bertindak menyerang peribadi beliau," katanya.

Taib mempersoalkan sikap pemimpin Umno/BN yang seolah-olah bersetuju dengan tindakan kafir Quraisy dan melakukan perkara yang sama dalam kempen mereka untuk memenangkan calon BN di Hulu Selangor.

"Bagi saya apa yang dimainkan oleh Umno dengan menyerang Zaid secara peribad, ini adalah rentak tari lama yang dimainkan oleh musyrikin. Oleh itu, para pengundi boleh bertanya, apakah Umno dan Barisan Nasional hari ini sama juga perangai dengan musyrikin dulu?”

"Apakah mainan Umno semacam ini, orang Melayu dan orang Islam boleh berpegang kepada perbuatan ini dan adakah orang Umno seronok sangat dengan rentak tari yang dimainkan oleh musyrikin dahulu?" soalnya.

Beliau juga berkata, Zaid sendiri telah mengaku kesalahan dan sewajarnya sebagai orang Islam berbaik sangka dan menerima pengakuannya dengan hati yang terbuka.

"Sekarang ini Zaid sendiri mengaku dan dia pun dah insaf jadi dalam konteks itu secara baik sangkanya. Kita sebagai muslim bahawa kita yakin bahawa beliau telah bertaubat kepada Alah dan jika Allah membuka pintu taubat kepada semua orang, kenapa kita tidak boleh terima secara rasional," katanya lagi.

Beliau turut mempersoal Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mewar-warkan membela nasib Melayu tetapi menyokong calon MIC di Hulu Selangor.

"Mana letak duduk Perkasa yang menyokong orang Melayu. Dalam hal ini dia menyokong MIC.

"Apa yang ada pada kredibilti Perkasa. Untuk mendapatkan sokongan Melayu, mereka mendendangkan lagu Melayu tapi dalam meraih politik BN mereka menyokong MIC," katanya.

Sumber : Harakahdaily.Net

Zaid: Saya rela dikutuk untuk membela rakyat

popwire.popfolio.my

KUALA KUBU BARU, 20 April: “Pasal apa saya rela dikutuk? Sebab saya mau jaga rakyat,” kata Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat untuk calon kerusi parlimen Hulu Selangor untuk pilihanraya kecil yang akan berlangsung 25hb April ini.

Zaid berkata demikian apabila bertemu dengan lebih kurang 50 pekerja estet di Pekan Kerling, semalam, di mana beliau berkongsi harapannya untuk membela pengundi-pengundi Hulu Selangor. Katanya, walaupun Hulu Selangor diwakili oleh MIC untuk tiga penggal, nasib peladang di estat, terutamanya orang India, tidak berubah.

“Sudah berapa tahun MIC kata jaga orang India? Di Hulu Selangor sudah berapa tahun di Parlimen? Di estet ini gaji berapa?” beliau bertanya.

“Apa yang boleh MIC jaga? Mereka tidak boleh jaga orang India sebab dia takut Umno punya orang. Umno besar lagi (daripada MIC),” katanya apabila dijawab para hadirin yang pekerja estet itu hanya bergaji RM500 sebulan.

“Yang RM300, RM600 sebulan itu ada ramai, beribu-ribu mereka di Malaysia. Kalau kita mahu jaga orang India di Malaysia ini, tidak boleh harapkan MIC,” beliau menyambung.

“Saya orang Melayu, tapi saya boleh jaga (orang keturunan India yang miskin), sebab saya dulu pun RM300 sebulan pun susah,” kata Zaid, yang mengaku dirinya membesar di kampung yang miskin. Katanya, walaupun tidak mengenal Hulu Selangor dengan terperinci, beliau kenal dengan nasib orang miskin dan berjanji membela nasib orang miskin di Hulu Selangor.

“Itu sebab Umno takut sama saya. Ooooohhhh… banyak takut! Hari-hari dia ‘pukul’ saya. Dia takut kerana dia sudah samun harta. Dia takut sama saya sebab kami mau harta kerajaan bagi rakyat.”

Walaupun miskin, undi orang miskin juga kira, Zaid bertekan. “Undi itu satu saja. Kita jangan takut. Kalau (BN) datang bagi duit, ambil sahajalah – minta lebih, itu rakyat punya wang. Tapi jangan sia-sia, jangan buang undi ini.”

Beliau mengingatkan hadirin sekalian yang mereka boleh menolaknya selepas satu penggal jika tidak berpuas dengan perwakilan beliau di Parlimen. “Saya percaya, kalau orang keturunan India di Hulu Selangor memilih saya, saya akan jaga dia. Sekurang-kurangnya kerana saya berani bersuara. Saya tak takut MIC, Umno. Calon MIC, dia takut Umno. Dia mahu jadi menteri. Saya mau jaga rakyat.”

“Saya dulu menteri,” kata Zaid. “Sekarang tiada, saya tak mahu lagi. Saya lebih suka jaga rakyat. Tapi pasal apa saya susah-susah? Pasal apa saya boleh terima segala kecaman, tiap-tiap hari, saya rela dikutuk? Sebab saya mahu jaga rakyat.”

Zaid terus mencabar para hadirin dengan mengacukan jari kepada semua yang hadir dengan bertanya: “Kalau saya takut… dan ini, ini, kamu, kamu, kalau kamu takut, siapa mahu jaga rakyat?”

“Ahad ini, jangan takut. Undi saya, nombor empat,” Zaid berseru. “Pada hari Ahad ini, keluarlah beramai-ramai. Tolong beritahu semua di kawasan ini yang kita boleh ubah politik Malaysia ini, kita boleh ubah negara ini.

Sesi beliau dengan pekerja estet diakhiri dengan laungan “Reformasi” dan “Jatuhkan BN!” Beliau kemudian mengunjungi rumah-rumah di sekeliling estet tersebut, termasuk Kampung Baru Air Panas yang berdekatan.



---http://popwire.popfolio.my/2010/04/zaid-saya-rela-dikutuk-untuk-membela-rakyat/

Sumber : Harakahdaily.Net

Kenaikan kompaun akan meningkatkan gejala rasuah

Herman Samsudeen

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat langkah Kementerian Pengangkutan menaikan kadar kompaun kesalahan jalan raya daripada RM300 kepada RM1,000 berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bakal meningkatkan gejala rasuah di jalan raya.

Pada masa ini kita masih menerima aduan dari orang ramai bahawa gejala rasuah jalanan masih berlaku kalangan penguatkuasa. Kadar kompaun RM 300 pada masa ini pun sudah dianggap tinggi dan sesetengah penguatkuasa yang tidak bertanggungjawab menawarkan pilihan kepada pesalah jalan raya sama ada mahu menerima saman bernilai RM 300 atau bayar duit kopi kepada mereka sekitar RM 50-RM 100 sahaja.

Perkara ini sukar dibuktikan kerana hanya melibatkan dua pihak sahaja iaitu pesalah dan penguatkuasa. Pesalah juga didapati tidak berminat membuat laporan kepada SPRM kerana menganggap perkara itu kecil dan takut mereka juga akan disabitkan kesalahan sebagai memberikan rasuah. Mereka juga sedar kalau mereka lapor, saman trafik yang baru juga mungkin dikenakan pada mereka.

Ini adalah realiti yang berlaku dijalanan setiap hari. Rakyat dirompak secara tidak adil dan mereka tersepit antara undang – undang dan penguatkuasa.

DPPWP melihat sekiranya nilai kompaun dinaikan, kadar rasuah juga boleh naik kerana penguatkuasa yang bertugas boleh menaikan nilai duit kopi mereka sehingga RM 500 atau lebih kerana mereka tahu pesalah jalanraya lebih suka membayar kadar yang lebih rendah berbanding RM 1,000 yang mana melibatkan banyak birokrasi dan mereka sendiri kena hadir di Balai untuk membuat bayaran.

Sebelum ini kerajaan cuba hapuskan amalan membuat rayuan untuk pengurangan kompaun. Jadi para pesalah trafik enggan membayar pada waktu ditetapkan dan menunggu musim perayaan kerana pada waktu itu diskaun kompaun akan dikeluarkan oleh penguatkuasa. Itu pun tidak semua mahu membayarnya.

Dengan kadar sedia ada, setiap tahun Kerajaan melaporkan jutaan kompaun yang masih gagal dikutip akibat keengganan pesalah membuat bayaran.

Dalam hal ini, jelas masalah sebenar bukanlah tentang nilai kompaun itu sahaja tetapi kelemahan penguatkuasaan sendiri. Bayangkanlah kalau jumlah kompaun RM 1,000 dikuatkuasakan, maka akan lebih ramailah pesalah trafik yang enggan membuat bayaran khususnya kalangan mereka yang berpendapatan rendah. Bayangkan pemandu motosikal yang dikenakan saman setinggi itu, memang tidak logik kerana nilai kompaun mungkin sama dengan nilai 1/3 motosikal mereka kalau dijual dikedai mot.

DPPWP melihat memang ada keperluan untuk menilai semula kadar kompaun berikutan peningkatan kadar kesalahan jalanraya. Tetapi menaikannya bukanlah idea yang bijak selagi penguatkuasaannya masih lagi ditahap yang tidak memuaskan.

Oleh itu, DPPWP mencadangkan agar pihak Kerajaan menurunkan nilai kompaun kepada RM50-RM100 dimana pesalah yang disaman dikehendaki membuat bayaran kepada penguatkuasa bertugas dan resit bayaran hendaklah diberikan kepada mereka sebagai bukti.

Saman dikeluarkan dan dibayar ditempat kejadian kepada pegawai bertugas jika tidak kenderaan mereka boleh disita atau mereka ditahan terus sehinggalah bayaran dibuat. Dengan cara ini, pesalah jalanraya akan lebih berhati-hati dan penguatkuasa juga tiada ruang untuk meminta duit kopi kerana ada rekod resit yang dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.

Untuk kesalahan kali kedua, nilai kompaun boleh ditambah kepada RM 100-150 dan seterusnya. Dan kaedah yang sama iaitu sita atau tahan mereka jika gagal membayarnya. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan pesalah mengambil ringan setiap saman yang dikenakan kepada mereka.

DPPWP melihat dengan cara ini pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah rasuah kalangan penguatkuasa, mengurangkan jumlah kompaun yang tidak dikutip, mempercepatkan proses tindakan undang-undang dan paling penting sekali, mengajar rakyat untuk mematuhi undang-undang secara lebih serius.

DPPWP yakin, banyak lagi kaedah terbaik bagi mengurangkan masalah peningkatan kesalah jalanraya ini, tetapi kaedah menaikan kompaun sehingga RM1,000 jelas menunjukan kerajaan terdesak mencari duit lebih untuk membayar kenaikan gaji dan elaun penguatkuasa yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Timbalan Ketua,
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Sumber : Harakahdaily.Net

Tanpa gasoline Iran akan lumpuh - Benjamin Netanyahu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 April 20: Selepas beberapa hari Malaysia mengumumkan langkahnya menghentikan eksport gasoline - petroleum bertapis - kepada Iran, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasoline ke Iran untuk menghentikan negara itu dari meneruskan projek nuklearnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan “Good Morning America” (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasoline - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita hari ini.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nukleur.

Bagaimanapun Iran mendakwa, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nukleur untuk menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan awam di negara itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasoline ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.


"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatan beliau ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasoline ke Iran, sebagai tidak tepat.

"Ia tidak betul dan keputusan itu bukan diambil bersendirian oleh Petronas. Ia membabitkan jualan setempat dan ia tidak lagi diperlukan, oleh itu mereka tidak lagi melakukannya (menjual)," katanya kepada wartawan Malaysia pada Jumaat.

Najib berkata ia merupakan transaksi komersil semata-mata dan jika ada permintaan untuk jualan setempat, terpulang kepada pihak-pihak terbabit memutuskannya.

Namun begitu, agensi berita antarabangsa itu mempertahankan laporannya.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melantik firma perhubungan awam yang berpusat di Washington, APCO Worldwide menjadi penasihat kerajaan Malaysia dan seterusnya menghasilkan slogan 1 Malaysia.

Anwar menunjukan bukti di Parlimen bahawa APCO juga adalah syarikat yang terlibat dalam membina imej Ehud Barack melalui projek One Israel.

Beliau juga menunjukkan bukti bahawa APCO adalah syarikat yang dikuasai oleh orang Yahudi termasuk para bekas perisik kanan Isreal.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Ujian keimanan, patriotisme ditenggelamkan pesta baling botol arak - Penarik Beca
Jika Umno terlalu suci, saman jika tidak betul - Parlimen Kota Raja
 

blogger templates | Make Money Online