PILIHANRAYA SUDAH LAMA: SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH 27/5/2010 Parti Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik SPR baru hendak merujuk dan hendak belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara. . Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen 10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya 1954 Pas yakin, SPR begitu resah dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh “bapa SPR” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN telah membuat janji sewaktu saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi. Beliau menyatakan, 'kalau Robert Lau dipilih pada hari Ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan.' Ini merupakan satu kempen yang berupa rasuah dan ugutan. Nampakanya senjata makan tuan berkenaan dengan akta ini. Pas mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden Umno berkenaan laporan kesalahan yang melampau. Manakala pihak SPR cubalah bebaskan diri supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput. Pengawai SPR perlu ingat supaya mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara ini. Mereka akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada kuasa. Biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi ketika berhadapan dengan parti pemerintah. Jika sekiranya SPR tidak boleh bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar kepada Jawatankuasa Pilihanraya Barisan Nasional sahaja. Ustaz Idris Haji Ahmad Ketua Penerangan Pas Pusat |
Mksd Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mrk yg tidak memikirkan masalah umatku BUKAN drpd kalangan umatku"
JOM UBAH!!!
UBAH SEKARANG
PILIHANRAYA SUDAH LAMA: SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH
Kerajaan Pakatan Tidak Lulus Premis Judi Baru
Posted: 24 May 2010 07:26 PM PDT
Oleh: Abdul Rahim Sabri & Puteri Aida Haryani (Malaysiakini)
Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.
Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.
Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.
Dr Khir yang juga ketua pembangkang DUN Selangor berkata, cubaan PAS dan PKR mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan, menunjukkan sikap 'double standard' mereka.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, premis judi yang banyak di negeri Pakatan Rakyat, termasuk di Selangor, adalah 'najis' peninggalan Umno sewaktu mentadbir negeri-negeri berkenaan.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menegaskan terdapat gambaran kononnya terdapat pertambahan premis perjudian atau arak di Selangor.
Katanya, dakwaan tersebut adalah satu "pembohongan" dan "tiada pertambahan premis baru yang diluluskan" oleh kerajaan negeri.
"Kita sedang berusaha untuk membersihkan dan mendidik masyarakat agar meninggalkan budaya buruk yang ditanam oleh Umno," katanya yang juga ahli jawatankuasa biro politik PAS.
Berkaitan: PAS pohon Raja Melayu campurtangan
-Pejabat YB Khalid Samad-
www.khalidsamad.com
Kristian tolak PAS: Sinar Harian minta maaf kepada PAS
Harakahdaily |
Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.“Sinar Harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah,” katanya. Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei lalu yang menimbulkan kekeliruan banyak pihak."Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dialog Pimpinan PAS Perak dengan paderi dari seluruh gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak paderi," jelasnya. Tegasnya lagi, tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar Harian.“Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir. Tajuk Sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera," ujarnya. Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malik yang menjadi moderator dalam dialog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian."Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh Datuk Seri Nizar semasa sesi dialog dan sidang media selepas itu," tegasnya. Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS. Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka. |
DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam
Hazayani Zakaria |
KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam. |
Kemenangan di Sibu dan Halatuju PR
Posted: 17 May 2010 07:03 PM PDT
Kemenangan di Sibu merupakan bukti kukuh bahawa pendekatan melalui PR mampu menghasilkan kemenangan bagi ketiga-tiga parti. Melalui kerjasama yang utuh, sokongan dari semua kaum dan peringkat masyarakat dapat diperolehi untuk kemenangan calon PR. Segala usaha untuk menafikan kemenangan PR yang dilakukan oleh BN dapat dipatahkan bersama.
Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang di atas kemenagan yang telah diperolehi, tetapi dalam soal komitmen bertugas semasa PrK Sibu, di sini saya harus ucapkan tahniah kepada Dr Mariah yang semasa saya meninggalkan Sibu, beliau memaklumkan bahawa beliau akan berada di sana sehingga selesai pengundian pada 16 Mei. Kegigihan beliau perlu dihargai dan di sini saya ingin menyebut nama beliau, mungkin sebagai salah seorang ‘unsung heroes’ atau heroine PrK Sibu. Semasa semua balik untuk digantikan dengan yang lain, bertugas secara shif atau ‘gelombang’, beliau memainkan watak utama bagi menentukan adanya kesinambungan dalam gerak kerja yang berterusan. Saya pasti PAS serta parti komponen PR menghargai kegigihan yang beliau tunjukkan.
Selain dari mengucapkan tahniah kepada PR dan semua yang telah turun bertugas, saya sekali lagi ingin menegaskan mesej ‘Perkukuhkan PR’ yang telah disebut berulang kali sebelum ini. Namun ianya perlu terus disebut berulang kali lagi supaya semua ahli parti komponen, para penyokong dan rakyat jelata memahami inilah masa depan politik negara kita. Ini supaya tiada yang akan teragak-agak dan tidak memberikan komitmen yang sepertimana sepatutnya.
Di antara tindakan utama yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan lagi PR ialah dengan mengamalkan kerjasama bersepadu dan perkongian maklumat di antara parti komponen dalam soal memilih calon untuk PRU ke 13. Sekiranya ini dilakukan semasa PRU ke 12, berkemungkinan besar calon PKR untuk salah satu kerusi parlimen di utara tanah air akan digantikan dengan orang lain, kerana kesangsian PAS terhadap penyandang kerusi sekarang sudah pasti akan dimaklumkan kepada PKR untuk diteliti bersama. Kesangsian yang menyebabkan beliau tidak dipilih sebagai calon PAS walaupun telah menyatakan hasrat beliau beberapa kali. Hari ini kesangsian tersebut terbukti berasas. Berkemungkinan juga calon Wangsa Maju yang mempunyai agenda sendiri terhadap DAP akan turut ditolak awal-awal lagi. Agenda yang akhirnya membawa beliau bertindak seperti hari ini.
Apa yang penting, calon-calon perlu memahami dan menyokong pendekatan perjuangan melalui PR supaya tidak akan berlaku keadaan di mana seseorang calon dari sebuah parti dalam PR menyerang parti rakan yang lain. Keadaan sebegitu akan hanya akan melemahkan PR dan menggugat keyakinan rakyat terhadap kesatuan PR. Keyakinan inilah yang sedang kita usahakan selama ini. Mungkin ada yang masih tidak faham mengapa usaha sebegini amat diperlukan.
Kalau pada Mac 2008 kita boleh memberi alasan bahawa kita “tidak sangka boleh menang” maka calon-calon dipilih secara mudah; asalkan ada calon dan ada yang pertandingan. Tetapi, PR tidak boleh lagi menggunakan alasan yang sama PRU yang akan datang. Kali ini kita bertanding dengan sangkaan dan harapan bahawa kita akan menang dan semua calon mesti merupakan calon yang mampu mempertahankan dasar PR dan tidak mudah dibeli dengan wang ringgit mahupun jawatan.
Kaedah kedua semestinya, sepertimana yang dilakukan di Sibu, PAS dibela oleh DAP di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam; dan pada masa yang sama DAP dibela oleh PAS di kalangan orang Islam. PKR membela kesemua di kalangan seluruh ahli masyarakat. Namun, pembelaan sebegini menjadi tidak bermakna sekiranya amalan pihak yang dibela tidak konsisten dengan apa yang disebut oleh pihak yang membela. Oleh yang demikian PAS harus membebaskan dirinya dari mana-mana pendirian yang boleh memberikan persepsi bahawa ianya sebuah parti assobiyyah (perkauman) Melayu Muslim dan begitu juga DAP juga perlu lakukan yang sama terhadap persepsi chauvanis Cina yang ingin diletakkan oleh (tidak lain dan tidak bukan) UMNO.
Ketiga, dan ini pada saya yang mungkin paling mencabar, iaitu satu suasana kerjasama dan kesatuan yang utuh mesti dizahirkan dan dibuktikan, bukan hanya melalui kata-kata sepertimana di dalam BN, tetapi yang lebih penting, melalui amalan dan tindakan. Hentikan apa-apa sengketa secara terbuka dan tentukan semua dasar dicapai dan dipersetujui secara sepakat. Apabila dipersetujui di dalam rundingan tertutup, jangan pula diluahkan rasa tidak puas hati melalui media terbuka. Jujur dalam persahabatan dan amalkan konsep kepimpinan melalui syura di kalangan parti PR dan juga di dalam parti sendiri.
Kita hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk bersiap sedia berhadapan dengan PRU ke-13 dan Allah telah memberi kita satu kemenangan besar yang cemerlang sebagai titik tolak untuk menghadapinya. Janganlah pula berasa selesa dengan apa yang ada, bekerja keraslah demi masa depan yang lebih baik kita bersama.
Akhir kata, perlu juga disedari bahawa kesatuan PR akan bakal diuji kembali. Yang terkini, hakikat bahawa DAP sekarang memperolehi 28 kerusi Parlimen dan PKR pula hanya tinggal dengan 25 (dari 31 pada asalnya) akan dijadikan isu. Kerusi PKR berkurangan disebabkan 5 pengkhianat dan kekalahan di Hulu Selangor. Dengan jumlah kerusi DAP yang melebihi PKR, isu Ketua Pembangkang akan ditimbulkan kembali oleh juara persoalan ini iaitu Khairi Jamaluddin. Pimpinan PR harus berbincang akan persoalan ini dengan baik dan menyelesaikannya dengan penuh bijaksana.
Sekiranya ini ditangani dengan baik, maka akan timbul pula persoalan Ketua Pembangkang sekali lagi sekiranya DSAI ditahan akibat dari sandiwara yang sedang berlangsung sekarang ini. Perkara ini juga perlu difikirkan bersama dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Walaupun UMNO/BN sebenarnya yang merupakan masalah utama untuk rakyat di negara ini, mereka ini tidak akan berhenti dari mengusahakan dan merekacipta masalah bagi PR dan seluruh rakyat jelata. Lebih lebih lagi dengan kemenangan terbaru di Sibu. Namun dengan kebijaksanaan dan melalui kaedah Siyaasah Syariyyah, saya yakin, insyaAllah ianya mampu diatasi bersama - asalkan kita sentiasa ingat siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
www.khalidsamad.com
Sibu: Sokongan Melayu untuk Pakatan meningkat
Harakahdaily |
ANALISIS KUALA LUMPUR, 17 Mei: Menjelang pilihan raya kecil Sibu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin dengan bongkaknya berkata, PKR bermakna Parti Kian Runtuh. Namun, belum sempat keputusan pilihan raya Sibu diumumkan secara rasmi, Muhyidin sudah terbang pulang ke Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihan raya PAS, Dr Mariah Mahmud kekal berada di Sibu sejak sebelum hari penamaan calon hinggalah ke hari mengundi. Peranan beliau bersama Muslimat PAS menganjurkan pelbagai jenis program diakui oleh jentera DAP sendiri. Kesemua mereka berpusat di sebuah rumah yang dijadikan markas PAS di Kampung Hilir dalam Dun Nangka. Hampir semua pemimpin PAS, PKR da DAP ke rumah itu memandangkan kedudukannya yang sangat strategik di Sibu. |
Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas
Umno Mahu Jadikan Malaysia Serambi Las Vegas
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan pemimpin Umno melalui Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein yang mahu menimbangkan sekali lagi cadangan meluluskan lesen judi Bolapsepak Piala Dunia 2010.
Hal ini sudah jelas mendapat tentangan rakyat sejak cadangan pertamanya tahun lepas. Namun kali ini ia berbangkit lagi dengan alasan bahawa kerajaan gagal membanteras aktiviti sindiket perjudian haram. Alasan ini dengan sendirinya membuktikan kelemahan sistem pentadbiran dan penguatkuasaan kerajaan. Bila sudah gagal mereka keluarkan lesen untuk menghalalkan pula.
Kempen memerangi dadah masih diteruskan walaupun belum berjaya menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah. Dadah diistihar sebagai musuh negara. Kenapa selepas bertahun-tahun gagal membasmi dadah hingga ke akar umbi Kerajaan tidak mengeluarkan lesen pengedaran dadah pula.
Kerajaan kata dadah itu merosakan rakyat dan menjadi ancaman kepada negara kerana menyebabkan ketagihan serta dorongan melakukan jenayah. Apakah judi tidak memainkan peranan yang sama. Berapa ramai rakyat
Rakyat Kelantan khususnya pasti bersyukur dengan kekalahan Umno dan Awang Adek dalam pilihanraya lalu di negeri itu. Jika beliau menang dan Umno rampas kerajaan Kelantan, pastilah beliau yang kononnya mahu diangkat menjadi Menteri Besar akan menjadikan Kelantan sebagai Negeri Serambi Las Vegas bukan lagi Serambi Mekah.
Disebabkan gagal di Kelantan beliau yang mendapat peluang jadi Menteri melalui ehsan Najib mahu jadikan
Mungkin tindakan ini terdorong dek peluang yang dinikmati Singapura yang baru-baru ini mendapat suntikan pelaburan sebanyak USD 5.7 Bilion dari Las Vegas Sand Corp yang mahu membina sebuah Resort Perjudian mewah dinegara itu bagi menyaingi Genting Highland. Projek Marina Bay Sand itu dijangkakan mendatangkan pulangan USD 2 Bilion setahun dan menjadi antara sumber kewangan baru bagi Kerajaan Singapura.
Oleh itu, Awang Adek
Tahun ini usia Umno 64 tahun, bermakna sudah lebih 64 tahun mereka bergelumang dengan perjudian. Di awal penubuhannya berbondong-bondong Ulama' dan Ustaz-Ustazah keluar dari Umno menubuhkan PAS kerana kedegilan pemimpin Umno yang tekad menjadikan loteri kebajikan dan pelbagai jenis judi sebagai aktiviti ekonomi mereka hingga ke hari ini.
Hari ini Umno masih bersandarkan hasil judi untuk terus berdiri megah di PWTC. Lihat sahaja senarai pemegang saham dan ahli Lembaga Pengarah beberapa syarikat judi dalam negara. Malah, bila sebut pasal tokoh pelaburan judi dalam Umno rakyat akan terbayang wajah Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
PAS berharap agar rakyat membuka mata dan bangkit menolak dasar-dasar perjudian yang
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
PAS Mahu Forum Ekonomi Islam Dunia Kuala Lumpur Sokong Iran Boikot APCO-Israel
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18-20 Mei 2010 membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel secara serius.
Forum yang dihadiri oleh ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya Islam harus melihat perkara ini sebagai isu bersama. Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan hubungan kayu tiga Malaysia-Israel melalui promosi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, syarikat perunding APCO worldwide, Satchi & Satchi serta pelbagai pertemuan sulit pemimpin Umno dan Menteri Israel. Di negara lain pula ada yang secara terbuka menjalikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan
Perkara ini harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi
PAS yakin umat Islam seluruh dunia menuntut keikhlasan ketua-ketua negara Islam untuk melihat apa yang dilakukan oleh regim Zionis
PAS mahu pemimpin-pemin Islam secara terbuka menyatakan komitmen mereka dalam Forum ini untuk menekan
PAS juga mahu, negara-negara Islam menyatakan pendirian mereka terhadap isu
PAS menanti reaksi Kerajaan
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Polis diminta siasat ugutan bunuh Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.
Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.
"Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.
Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.
Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.
"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.
"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.
Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.
Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.
Sumber : Harakahdaily.Net
Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan
PAS tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.
PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.
PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.
Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya.
Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.
PAS mencabar kickdefella untuk membuat laporan kepada pihak Polis dan SPRM jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukan pimpinan PAS mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda.
Beliau kini terdesak untuk kembali bersama Umno-BN yang baru-baru ini sanggup membayar RM 77 juta kepada APCO Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat.
Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz.
Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. PAS sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini.
Agen propanganda media seperti Kickdefella hari ini sanggup menjual penulisan mereka untuk mendapat bayaran tertentu dari pihak tertentu untuk mengkhianati rakan dan majikan. Mereka hidup bersendirian, kiri kanan ditikamnya. Bila duduk berhadapan mereka membodek, bila dibelakang mereka bekerjasama dengan musuh.
PAS berharap agar jentera penerangan PAS terus berusaha membongkar kezaliman BN dan menyampaikannya pada rakyat. Setiap fakta dan kebenaran harus dibawa kepada rakyat supaya mereka boleh menilai siapa pembohong, siapa pengkhianat dan siapa pejuang sebenar.
Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.
Sumber : Harakahdaily.Net