| PILIHANRAYA   SUDAH LAMA: SPR MASIH KABUR ISTILAH RASUAH  27/5/2010         Parti   Islam Semalaysia (PAS) merasa pelik SPR baru hendak merujuk dan hendak   belajar istilah kesalahan dalam pilihanraya berhubung dengan perbezaan janji   piliharaya dan rasuah dalam pilihanraya kepada Jabatan Peguam Negara. .    Menurut Datuk Wan Ahmad Timbalan pengerusi SPR, pihaknya banyak menerima   pelbagai maklum balas berhubung perkara ini selepas pilihanraya kecil   Parlimen Hulu Selangor dan Sibu. Ia mempunyai kaitan langsung dengan seksyen   10 kesalahan Akta Kesalahan pilihanraya  1954  Pas yakin,   SPR begitu resah  dengan laporan kesalahan yang dilakukan oleh “bapa    SPR” iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan Presiden Umno/BN  telah membuat janji sewaktu    saat-saat akhir sebelum kempen berakhir di kubu kuat DAP bahawa akan   menyediakan peruntukan RM5 juta bagi projek mitigasi banjir di Rejang Park   jika calon Barisan Nasional (BN) Robert Lau diundi. Beliau menyatakan, 'kalau   Robert Lau dipilih pada hari Ahad 16 hb Mei 2010, pada hari Isnin saya akan   meminta supaya cek disediakan.' Ini merupakan satu kempen yang   berupa rasuah dan ugutan. Nampakanya senjata  makan tuan berkenaan   dengan akta ini.  Pas   mengharapkan bahawa SPRM kena menyiasat Presiden Umno berkenaan laporan   kesalahan  yang melampau. Manakala pihak SPR cubalah bebaskan diri   supaya menampakkan mereka boleh berjalan sendiri tanpa bergantung kepada   tongkat sakti Umno/BN yang semakin reput. Pengawai SPR perlu ingat supaya   mereka bekerja untuk rakyat dan menegakkan demokrasi untuk rakyat di negara   ini.  Mereka   akan pencen dan akan berhadapan dengan masyarakat apabila mereka tidak ada   kuasa. Biarlah ada keberanian bukan menjadi singa tua yang tidak ada gusi   ketika berhadapan dengan parti pemerintah. Jika sekiranya SPR tidak boleh   bebas, maka janganlah SPR diletakkan di bawah suruhanjaya, eloklah ditukar   kepada Jawatankuasa Pilihanraya  Barisan Nasional sahaja.          Ustaz   Idris Haji Ahmad  Ketua   Penerangan Pas Pusat | 
Catatan Dhuha april 2019
6 tahun yang lalu
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

