Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Kristian tolak PAS: Sinar Harian minta maaf kepada PAS

 

Harakahdaily   

IPOH, 24 Mei: Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan semuka penuh permohonan maaf kepada PAS Perak ekoran laporan mereka 'Kristian tolak PAS' sebelum ini.
Permohonan maaf itu dibuat selepas mendapat bantahan dan peringatan daripada PAS Perak melalui kenyataan bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Datuk Abd Malik.

Selain permohonan maaf, Sinar Harian juga menyiarkan kenyataan rasmi daripada Dr. Khairuddin di muka surat yang sama.
Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporan akhbarnya edisi Perak telah memutar belit kenyataan paderi, konon Kristian menolak PAS.Padahal kenyataan itu bukannya dari paderi tetapi telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.
Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan paderi dari seluruh gereja di Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak baru-baru ini.

Sebelum ini,  Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin menafikan apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan merasa sangat kesal dengan laporan yang mempunyai unsur fitnah, pembohongan dan perlu diperbetulkan segera oleh pihak yang terbabit.“Sinar Harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau diminta mengulas laporan halaman hadapan Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 20 Mei lalu yang menimbulkan kekeliruan banyak pihak."Saya rasa semua pihak yang hadir dalam Dialog Pimpinan PAS Perak dengan paderi dari seluruh gereja di seluruh Daerah Kinta dapat memahami dengan jelas apa yang diucapkan oleh pihak PAS dan pihak paderi," jelasnya.

Tegasnya lagi, tidak ada satu pun ucapan dari mana-mana pihak yang boleh dikaitkan dengan tajuk 'Kristian Tolak PAS' seperti yang disiarkan Sinar Harian.“Cuma apa yang disebutkan kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir. Tajuk Sinar Harian jelas mengelirukan dan fitnah yang perlu diperbetulkan segera," ujarnya.

Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr. Khairuddin Datuk Abd. Malik yang menjadi moderator dalam dialog itu turut melahirkan kekesalan kerana fakta yang tidak tepat dan cara pemberitaan yang tidak profesional oleh Sinar Harian."Laporan oleh Sinar Harian adalah tersasar daripada hakikat sebenar pertemuan yang berlaku dan tidak ada kenyataan seperti itu yang dilafazkan oleh Datuk Seri Nizar semasa sesi dialog dan sidang media selepas itu," tegasnya.

Beliau yang ditugaskan sebagai moderator dialog juga menegaskan bahawa tidak ada pimpinan gereja yang hadir mengucapkan dan menyatakan sokong atau tolak PAS.

Menurut beliau, mereka rasa berbesar hati dan menyanjung keterbukaan PAS untuk bersemuka dengan mereka.

 

 

blogger templates | Make Money Online