Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Teringatkan Sesuatu....

Tikam Batu
Admin

PPSMI ? Ingat lagi ? Apa Sasterawan Negara sebut ?

PAS ada bukti kerajaan promosikan Israel dalam negara



http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel.

Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Antara yang boleh ditemui diperputakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.

PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.

Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.

Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Dan Mukhriz pula diletakkan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.

Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.

PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Palestin - Naib Presiden PAS
Sebelum undi BN, ingat darah dan air mata rakyat Palestin! - Penarik Beca
Bongkar-Perpustakaan Mini Israel Dalam Bangunan Kerajaan Malaysia! - Sdr. Herman Samsudeen

Selamat Mengundi Buat Warga Hulu Selangor [ P094 ]

Tikam Batu
Admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Buat pengundi kawasan Parlimen Hulu Selangor [ P094 ], Selamat mengundi diucapkan dan menunaikan tanggungjawab sebagai hak dalam sebuah sistem demokrasi yang diguna pakai didalam negara Malaysia yang kita cintai ini.

Setiap undi anda bukan saja menentukan bakal pemimpin yang dipilih, bahkan menjadi penentu masa depan generasi yang akan datang.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda.

Berkaitan :
Esok tentukan corak negara selepas PRU 13 - Zulkifli Sulong

Penyokong BN buat kecoh di Felda Sungai Tengi

Nazri Abdullah

HULU SELANGOR, 24 April: Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sungai Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.

Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu majlis himpunan yang diadakan.

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.

Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.

Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.

Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.

Insiden lebih kurang lima minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.

Kejadian itu berlaku pada kali keenam kumpulan motosikal tersebut yang berulang alik melalui jalan yang sama.

Sumber : Harakahdaily.Net

Sinopsis Pencapaian Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat

Posted by Zaid Ibrahim on Thursday, April 22, 2010 ·

MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) dilancarkan dengan falsafah bahawa kekayaan negeri harus dinikmati oleh rakyat negeri.

*Bantuan air percuma sebanyak 20 meter padu – 1.5 juta meter individu pengguna mendapat manfaat daripada bantuan ini. RM 166.7 juta dibelanjakan.

*Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) – Anugerah kepada pelajar yang berjaya masuk ke universiti. 
RM1,000 untuk 7339 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (RM1,500 ke bawah) kelahiran Selangor terpilih masuk ke universiti.

*Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) – Insuran kepada bayi kelahiran Selangor sehingga umur 18 tahun. Mula dengan masukkan RM100. Terima RM1500 apabila berusia 18 tahun. 15,802 telah dilulus daftar dengan peruntukan RM1.34 juta.

* Skim mesra warga usia emas – RM2,500 diberikan kepada warga tua dan golongan kurang upaya. (Tertakluk kepada tempat kelahiran dan status mastautin). 122 ribu dari lebih 300 ribu telah daftar dan 13,342 telah mendapat manfaat skim ini.

*Dana Pendidikan untuk anak Pekerja Ladang -Biasiswa kepada anak-anak pekerja ladang. 
Bantuan kewangan membina dan menyelenggara hostel untuk mereka. 130 orang mendapat manfaat dan berpeluang sambung belajar di INPENS.

*
Bantuan lain seperti pemberian geran tanah, rumah, insurans, cuti bersalin dan bantuan keusahawananjuga diberi.

Diumumkan pada Mac 2009 dengan kombinasi rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk menarik masuk pelaburan, Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor membuka peluang pekerjaan serta mendorong pergerakan ekonomi.



*Meningkatkan hasil padi – Meningkatkan pendapatan petani dan bergerak ke arah pertanian berteknologi tinggi. 
Rancangan 5 tahun meningkatkan padi di Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Hasil usaha semasa: Peningkatan 19.4% di Pancang Bedena. 23.9% di Pasir Panjang. Dan 7.3% peningkatan Sawah Sempadan. Rancangan perluasan kawasan padi 16% (2009), 37% (2010), 62% (2011), 87% (2012), dan 100% (2013).

KEWANGAN NEGERI – Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan bagi tahun 2008 dan 2009.

HAL EHWAL ISLAM & ADAT MELAYU – RM140 juta setahun diperuntukkan untuk JAIS. Gaji guru KAFA seramai 6,236 orang dinaikkan menjadi RM1000 daripada RM738.30 melalui sumbangan JAIS dan MAIS.

HAL EHWAL BUKAN ISLAM – Kini ia disertai oleh 7 badan agama. Majlis Bukan Islam Selangor dirundingi lebih kerap (6 kali berbanding 2 kali sebelum 2008). 
Mempercepat proses semakan permohonan keperluan tanah dan tempat ibadat. 90 tanah untuk tempat ibadat diluluskan. Peruntukan yang sesuai berjumlah kira-kira RM4.8 juta bagi penganut Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh di 43 tempat.

ORANG ASLI DAN OKU – Menyelesaikan isu tanah orang asli melalui pembentukan Jawatankuasa Bertindak Tanah Orang Asli pada tahun 2009. Membatalkan semakan isu tanah di mahkamah dalam kes Bukit Tampoi, Dengkil untuk tidak menyusahkan orang Temuan di sana. OKU dilibatkan dalam Kerajaan Tempatan, bantuan dan kemudahan diberikan termasuk peluang kerja yang mampu.

MEMBASMI KEMISKINAN – Falsafah tindakan ialah untuk menjadikan mereka yang perlukan bantuan akan berdikari kemudian. 30% penduduk miskin dengan garis kemiskinan RM1500 ke bawah. Pelarasan dibuat untuk bantuan. Sejak 2008: 265 rumah dibina semula dan 300 rumah dibaik pulih. Bantuan lain: kesihatan, latihan sumber manusia, bantuan sekolah.

ALAM SEKITAR DAN PENGGUNA – Pelbagai undang-undang dan kempen dibuat untuk mengajak rakyat mendokong prinsip pembangunan mapan. Ini meliputi penggazetan hutan, kempen hari tanpa beg plastik, jimat elektrik dan larangan pembakaran terbuka serta usaha meningkatkan litupan hutan kepada 32% berbanding kini sekitar 30.5%. 
Pendidikan pengguna bijak diluaskan untuk mendidik hak mereka serta keperluan belanja berhemat.

TANAH, PERUMAHAN, KAMPUNG BARU/BAGAN/TERSUSUN DAN KILANG TANPA KEBENARAN – RM4.2 juta untuk 101 projek di 53 kampung. Pengenalan borang 5A untuk jaminan hak tanah dipercepat tanpa mengira agama, bangsa dan politik. Sasaran 100 ribu tanah TOL diluluskan bagi 2010. 
Lebih 2000 kilang haram yang sedia ada didaftarkan melalui Garis Panduan Penyeragaman Pelaksanaan Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran untuk menjamin hak pekerja dan mengutip cukai yang sah.

WANITA DAN BELIA – Kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 ke atas) dalam kerajaan negeri Selangor ialah 35.45%. 10 Pusat Komuniti Wanita DUN telah ditubuhkan. Program belia dalam bidang kepimpinan, seni, sukan, pendidikan dan keusahawanan. Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) menyelaras dan menggerakkan program belia negeri melalui Penggerak Belia Tempatan (PeBT) di setiap Kerajaan Tempatan dengan peruntukan khas.

SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI), PEMODENAN PERTANIAN DAN PEKERJA LADANG – RM2.2 juta untuk 101 petani, peladang, penternak dan nelayan dalam bentuk kemudahan dan maksimum RM25 ribu bagi pemohon yang layak. Pekerja ladang dibantu dalam bentuk skim perumahan dan hal ehwal pendidikan.

PEMBANGUNAN MENYELURUH, PENDIDIKAN, BUDAYA DAN KESIHATAN -Program SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emotional dan Sosial) – dibentuk juga merumus masalah sosial. Tuisyen Rakyat di 115 pusat. Peruntukan RM3.45 juta. Bantuan untuk 146 sekolah agama, 80 sekolah Cina dan 97 sekolah Tamil berjumlah RM15.4 juta. Tanah juga diluluskan untuk keperluan sekolah yang tidak cukup. Pelbagai program budaya juga bicara tokoh. Usaha mewujudkan persekitaran bersih, selamat dan sihat termasuk membantu keperluan rawatan dan perubatan.

Sumber : Zaid Untuk Rakyat.Com

Gasolin: Kerajaan Najib pro-Israel

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 April: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai pro-Israel berdasarkan tindakan mereka menghentikan bekalan gasolin petroleum bertapis ke Iran.

Kamarudin berkata, tindakan Malaysia itu seolah-olah menyokong Israel yang telah lama memusuhi Iran.

"Ini membayangkan pentadbiran negara hari ini seolah-olah sudah duduk dalam blok negara-negara yang menyokong Israel kerana Israel sebenarnya memusuhi Iran, dan hanya Iran sahaja yang menjadi ancaman kepada Israel," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, tindakan itu sekaligus membuktikan bahawa perjanjian kontrak Malaysia dengan APCO Worldwide berjaya menjadikan pentadbiran Malaysia turut serta dalam perang tekanan sekutu Israel ke atas Iran.

"Kita kecewa dengan tindakan ini kerana seolah-olah mahu membawa negara ini kepada menyokong negara yang kejam (Israel) yang diketahui akan kerakusan mereka membunuh rakyat Palestin," katanya.

Ujar Kamarudin, akibat rasa terancam dengan pembangunan tenaga nuklear Iran, Israel menggunakan Amerika Syarikat untuk mengumpulkan kekuatan mencari sokongan menekan Iran.

"Akhirnya hari ini dengan kerjasama yang kononnya erat bersama Amerika, dan hasil lobi yang dibuat APCO, Malaysia berada bersama-sama negara yang menyokong Israel.

"Ini satu yang memalukan kepada kita sedangkan kita sebagai sebuah negara Islam dan menyertai OIC," ujarnya.

Najib mengumumkan tindakan menghentikan eksport gasolin ke Iran selepas tiga hari berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama baru-baru ini.

"Sekatan tambahan tidak boleh dielakkan di masa terdekat kecuali satu tindakan yang betul diambil oleh Iran," kata Najib kepada wartawan di Washington, lapor agensi berita antarabangsa.

"Ia terletak kepada Iran sekarang untuk bertindak bagi mengelakkan lebih sekatan dikenakan," tambahnya.

Bagaimanapun, laporan itu dinafikan oleh Najib. Penafian itu dibuat kepada wartawan Malaysia yang menyertai lawatannya ke Amerika itu.

Najib menyatakan bahawa laporan media asing yang memetik beliau sebagai berkata Malaysia sudah menghentikan bekalan gasolin ke Iran, sebagai tidak tepat.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini mendesak dunia agar menghentikan eksport gasolin ke Iran untuk menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nuklearnya.

Gesaan itu dibuat Netanyahu melalui rancangan Good Morning America (Selamat Pagi Amerika) di saluran tv ABC yang dipancar di Amerika.

"Jika anda menghentikan Iran dari mengimport petroleum bertapis (refined petroleum) - nama fency untuk gasolin - regim ini akan lumpuh kerana Iran tidak mempunyai kepakaran penapisan," kata Netanyahu dalam rancangan itu sebagaimana yang dipetik oleh agensi berita.

Amerika sedang menjalankan kempen besar-besaran untuk menekan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mengenakan sekatan ke atas Iran yang disifatkan oleh negara barat sebagai sedang membina senjata nuklear.

Bagaimanapun Iran menjelaskan, apa yang dibuat oleh negara itu adalah menggunakan tenaga nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik bagi kegunaan awam di negara itu.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Beginikah cerita pecacai Yahudi Zionis? - Penarik Beca
Najib Sanggup Buang Iran Sebagai Kawan Untuk Puaskan Hati AS - Zaid Ibrahim
 

blogger templates | Make Money Online