Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Mungkin ada calon Bebas di Hulu Selangor

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 2 April: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, kemungkinan calon Bebas akan ditaja oleh pihak tertentu dalam BN menyertai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

"Kalau calon Bebas muncul, itu tentunya ditaja oleh proksi tertentu dalam mana-mana parti komponen Barisan Nasional sendiri," katanya.

Beliau yang juga berkata, beberapa maklumat dalaman Umno memberitahu bahawa beberapa pihak di kalangan akar umbi Umno sedang merebut kerusi Parlimen P094 itu, iaitu kerusi tradisi MIC.

Sumber tersebut juga memberitahu, sejak nama Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel disebut-sebut sebagai calon BN di situ, beberapa pihak dalam kalangan pemimpin Umno telahpun menyuarakan rasa tidak berpuas hati.

Tuntas dari itu, beliau berkata, kemunculan calon bebas tersebut kelak mungkin disebabkan beberapa konflik tersebut.

"Sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka boleh sahaja menampilkan seorang atau lebih calon Bebas untuk mewakili kepentingan mereka," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang.

Ujarnya lagi, berdasarkan beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini, beliau mendakwa Umno mendalangi formula menaja calon Bebas.

"Itu benda yang biasa berlaku, kalau ada (calon Bebas), saya rasa itu (mungkin) proksi Umno/BN,” katanya.

Pun begitu, beliau tidak menganggap budaya menampilkan calon Bebas menyerupai peranan wakil Bebas di Dewan Rakyat kebelakangan ini.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi.

Kawasan pilihan raya parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita.

Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3).

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, akibat barah otak pada Khamis lepas.

WAN NIK WAN YUSSOF: PR boleh menang PRK Hulu Selangor

WAN NIK WAN YUSSOF: PR boleh menang PRK Hulu Selangor
Wan Nik Wan Yussof
Desas-desus awal tahun 2010 ialah pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor bakal diadakan berikutan keadaan ahli parlimennya, Dato' Dr Zainal Abidin Ahmad (KeADILan) yang menjalani pembedahan di Hospital Pantai. Perkara itu disahkan menerusi blog Dato Seri Anwar Ibrahim (http://anwaribrahimblog.com/, 18 September 2009). Maka, sejak itu timbul sangkaan kemungkinan kekosongan kerusi bagi parlimen Hulu Selangor.

Selepas itu, pada Januari 2010 timbul lagi propaganda BN yang memainkan isu kononnya berlaku peletakan jawatan ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zainal Abidin Ahmad. Namun perkara itu dibidas oleh pimpinan PKR dalam Majlis Makan Malam anjuran KeADILan Hulu Selangor pada 2 Januari lalu. Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, tiada kekosongan bagi parlimen itu dan Dr. Zainal akan bertugas seperti biasa.

Menurut Pengarah Strategik PKR, Tian Chua Chang berkata, timbul peletakan jawatan MP Hulu Selangor itu ada kaitannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan mengadakan satu program Umno di kawasan itu. Sedangkan sebelum ini, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau tidak pernah datang di Hulu Selangor sejak 10 tahun lalu termasuklah di era Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, takdir Ilahi siapa yang sangka. Pada jam 9.30 malam Jumaat 25 Mac lalu, ahli parlimen Hulu Selangor, Dr. Zanal Abidin telah kembali ke rahmatullah di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Dalam rakaman takziah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Harakahdaily, 26 Mac) menzahirkan bahawa pemergian Zainal itu bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga Allahyarham dan penduduk Hulu Selangor, tetapi juga merupakan satu kehilangan besar kepada seluruh pejuang keadilan ke arah perubahan politik yang lebih baik di Malaysia. Beliau juga berharap semoga seluruh anggota keluarga beliau bersabar dengan ketentuan dan ujian dari Allah SWT ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dalam rakaman takziahnya (http://anwaribrahimblog. com/, 25 Mac) menyatakan pemergian beliau, seorang sahabat dan rakan seperjuangan, pastinya amat dirasai. Persahabatan kami bermula tatkala di Universiti Malaya lagi.

“Kami bersama-sama bergiat dalam PBMUM memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Allahyarham merupakan sosok sederhana dan murah dengan senyuman. Namun ketegasan menentang kezaliman membuatkan beliau memilih wadah Keadilan.

Rakaman takziah parlimen

Sementara pada Isnin lalu (29 Mac), Persidangan Dewan Rakyat menghadiahkan bacaan al-Fatihah dan bertafakur seketika serta mengucapkan takziah atas pemergian Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad itu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata anggota Dewan dan pihak Parlimen seluruhnya merakamkan ucapan takziah dan mendoakan semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan di antara roh orang yang soleh.

Pilihan raya kecil

Ekoran daripada kematian itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah bermesyuarat pada hari ini (2 April) bagi mengadakan pilihan raya kecil. Keptusan mesyuarat itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof iaitu tarikh penamaan calon jatuh pada Sabtu 17 April dan pengundian pada Ahad 25 April. Ini bermakna SPR dan parti-parti politik (BN dan Pakatan Rakyat) mempunyai masa 15 hari lagi ke arah persiapan penamaan calon. Sementara tempoh rasmi berkempen adalah tujuh hari bermula sehari selepas pencalonan dan tamat sehari sebelum pengundian. Ini bermakna pihak SPR telah memperuntukkan tempoh kempen paling singkat seperti mana pilihan raya kecil Bagan Pinang (pencalonan 3 Oktober, pengundian 11 Oktober 2009).

Tempoh kempen yang singkat sudah tentu akan memberi kelebihan kepada BN, kerana keupayaan jentera kempen BN akan menggunakan semua aparatus kerajaan Pusat, termasuk penglibatan langsung semua kementerian dan menteri berkaitan. Pun begitu, tempoh kempen singkat dikatakan sesuai dengan keadaan kemelut ekonomi sekarang, dan ia sudah tentu dapat menjimatkan perbelanjaan parti-parti berkempen.

Pilihan raya umum 2008

Kemenangan Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari KeADILan di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum (PRU) 2008 adalah kemenangan tipis. Allahyarham menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis hanya198 undi. KeADILan memperoleh 23,177 undi, manakala BN mendapat 22,979 undi. Jadual 1 berikutnya adalah butiran keputusan PRU 2008 bagi parlimen Hulu Selangor.

Jadual 1:

PRU 2008:keputusan P.094 Hulu Selangor

Jumlah Pemilih


63,593

Undi BN


22,979

Undi Pakatan Rakyat (PR)


23,177

% PR


50.21

Majoriti BN/PR


198

Undi tak kembali


223

Undi Rosak


1,466

% Mengundi


75.24

Kemenangan KeADILan adalah mewakili Pakatan Rakyat dan kekalahan MIC adalah kekalahan BN. Menurut demokrasi, keputusan pilihan raya umum lalu adalah satu bukti penolakan rakyat kepada BN. Meskipun keputusan itu pada majoriti tipis, ia cukup untuk mengatakan bahawa rakyat Hulu Selangor sudah menolak BN dan calon MIC.

Analisis keputusan PRU 2008

Berpandukan pemerhatian kepada keputusan PRU 2008 di parlimen Hulu Selangor, menunjukkan Pakatan Rakyat lebih popular berbanding BN. Namun, keputusan di dewan undangan negeri (DUN) untuk ketiga-tiga DUN dalam parlimen Hulu Selangor membuktikan Pakatan Rakyat begitu tercorot berbanding BN. Pakatan Rakyat telah kalah kesemua tiga DUN (N.05 Hulu Bernam, N.06 Kuala Kubu Baharu, dan N.07 Batang Kali). Calon Pakatan Rakyat yang bertanding di DUN adalah diwakili parti PAS di Hulu Bernam, DAP di Kuala Kubu Baharu dan KeADILan di Batang Kali.

Namun, keputusan PRU 2008 itu (seperti dalam Jadual 1) boleh dikatakan sebagai kemenangan terpilih ekoran daripada pengaruh peribadi Allahyarham Dr Zainal Abidin mengatasi Palanivel. Sudut pandangan ini dilihat logik apabila membandingkan keputusan PRU 2008 dengan PRU 2004.

Pada PRU 2004, jelas didapati pengaruh Pakatan Rakyat jauh tercorot berbanding BN, apabila mencapai kemenangan dengan majoriti besar sebanyak 14,483 undi sedangkan PRU 2008 BN tewas hanya 198 undi.

Bandingan populariti pengaruh Pakatan Rakyat dengan BN bagi dua pilihan raya umum tersebut digambarkan dalam Jadual 2 berikut.

Jadual 2:

Bandingan PRU 2004-2008: P.094 Hulu Selangor




PRU2004


PRU2008


BEZA

Jumlah Pemilih


58,533


63,593


5,060

Undi BN


27,807


22,979


-4,828

Undi PR


13,324


23,177


9,853

% PR


32.39


50.21


17.82

Majoriti BN/PR


14,483


198


-14,285

Undi tak kembali


55


223


168

Undi Rosak


1,406


1,466


60

% Mengundi


72.77


75.24


2.47

Secara jelas, undi Pakatan Rakyat dari PRU 2004 ke PRU 2008 melonjak besar sebanyak 9,853 undi dan BN pula merosot 4,828 undi. Sokongan pengundi kepada Dr. Zainal Abidin amat kuat, mungkin kerana Allahyarham adalah bekas Timbalan Menteri Besar ketika Anwar Ibrahim masih dalam Umno. Pencalonan beliau di Hulu Selangor telah mengubah sokongan pengundi yang menolak BN di kubu BN yang diwakili MIC.

Hakikat tersebut dianggap benar apabila membandingkan undi-undi diperoleh calon-calon DUN dalam parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat dalam PRU 2008. Pakatan Rakyat didapati telah kalah di semua DUN dengan purata 2,118 undi. Jadual 3 berikut menjelaskan analisis ini di setiap DUN.

Jadual 3:

PRU 2008:keputusan setiap DUN di Hulu Selangor

Keputusan PRU 2008


Pemilih


Keluar


% Keluar


Undi

PR


Undi

BN


Majoriti

PR


Undi

Rosak


Undi Tak Dikembali

N.05 HULU BERNAM


17549


12,932


73.69


4,456


7,985


-3,529


318


193

N.06 K KUBU BAHARU


18212


13,332


73.20


6,107


6,555


-448


549


121

N.07 BATANG KALI


27832


21,673


77.87


9,545


11,724


-2,179


404


0

Jumlah tiga DUN


63,593


47,937


75.38


20,108


26,264


-6,156


1,271


314

Daripada Jadual 3, menunjukkan kekalahan terbesar Pakatan Rakyat berlaku di DUN Hulu Bernam, diikuti Batang Kali dan Kuala Kubu Baharu. PAS bertanding Hulu Bernam mungkin kalah teruk kerana kira-kira 1,000 pengundi Orang Asli dan Melayu luar bandar tidak bersedia melakukan perubahan. Sementara DAP kalah tipis di Kuala Kubu Baharu, dikaitkan dengan sokongan agak baik kalangan pengundi Cina dan India kerana di situ komposisi pengundi melebihi 50 peratus bukan Melayu. Di DUN Batang Kali pula adalah DUN campuran kaum yang ditandingi calon KeADILan, namun pengaruh BN khususnya Umno agak kuat di kalangan orang Melayu. Mungkin kerana DUN ini adalah tapak politik asal bagi bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib.

Justeru itu, kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 2008 lalu adalah kuat dipengaruhi oleh faktor peribadi Allahyarham Dr Zainal Abidin yang merupakan tokoh politik lama berkecimpung dalam Umno (sebelum menyertai KeADILan) dan banyak berjasa kepada rakyat.

Peluang Pakatan rakyat di Hulu Selangor

Secara bandingan undi Pakatan Rakyat yang diperoleh di DUN dengan parlimen didapati perbezaannya agak besar, kira-kira 3,069 undi lebih besar di parlimen. Jadual 4 berikut menerangkan fakta ini.

Jadual 4:

PRU 2008: bandingan undi DUN-DUN dengan parlimen Huku Selangor

Keputusan

PRU 2008


Pemilih


Keluar


% Keluar


Undi PR


Undi BN


Majoriti

PR


Undi Rosak


Undi Tak Dikembali

Di Parlimen


63,593


47,845


75.24


23,177


22,979


198


1,466


223

Di DUN-DUN


63,593


47,937


75.38


20,108


26,264


-6,156


1,271


314

Beza


NA


92


0.14


-3,069


3,285


-6,354


-195


91

Tanggapan umum, sudah pasti rahsia besar Pakatan Rakyat boleh menang di parlimen pada PRU 2008 lalu adalah kombinasi isu-isu politik ketika itu dan disokong kuat oleh pengaruh peribadi calon Pakatan Rakyat, Dr. Zainal Abidin. Sebenarnya pengaruh isu politik hanya berupaya melonjak sokongan kira-kira 9,000 undi sahaja. Namun, sokongan peribadi kepada Allahyarham Dr. Zainal Abidin mampu menarik kira-kira 800 undi lagi. Atas jumlah undi inilah, Pakatan Rakyat menang di parlimen Hulu Selangor.

Sehubungan itu, peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil nanti amat kuat bergantung pada siapa calon yang boleh mengatasi pengaruh peribadi calon BN. Atas hujah ini, rasanya Pakatan Rakyat tidak ketandusan tokoh untuk diberi mandat bertanding. Mungkin ia terletak kepada keputusan parti KeADILan yang memiliki status-quo bertanding di kerusi Hulu Selangor untuk menentukan calon nanti.

Apa yang penting Pakatan Rakyat sewajarnya rasional dan membuat pertimbangan tepat bagi memenangi hati pengundi. Keutamaannya hendaklah kepada calon yang terbaik pada perkiraan pengundi tempatan yang bersifat campuran kaum. Masa yang ada kurang lebih 15 hari lagi adalah masa yang sesuai untuk meninjau pandangan pelbagai pihak bagi memilih seorang calon yang terbaik.

Di samping, faktor pelengkap ke arah kemenangan pilihan raya kecil nanti adalah bergantung pada sejauh mana Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerjasama politik yang menyaingi BN mampu mengolah gaya persembahan di pentas politik baru ini.

Bagi memenuhi nilai-nilai politik baru tersebut, medan pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah peluang bagi Pakatan Rakyat membina keutuhan dan perpaduan dalaman, mempamerkan keupayaan jentera parti dan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah cepat menangani isu-isu rakyat. Sekali gus berlakunya kebersamaan pemimpin dengan rakyat bagi memenangi pilihan raya kecil ke-10 ini. Selamat berjuang memenangi hati nurani rakyat. Semoga kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

MEB: PAS bantah hapus kuota Bumiputera, bukan Bumiputera

 

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 2 April: PAS menolak sebarang usaha untuk menafikan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera yang jelas menghina kedaulatan negara dan seluruh warga negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad terkejut dengan pendedahan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz yang mengakui bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin akan menghapuskan kuota pemilikan termasuk Bumiputera.

Tambahnya, tahun lepas Perdana Menteri mengumumkan Dasar Liberalisasi Ekonomi negara di mana kerajaan menurunkan pegangan ekuiti Bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan Bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus. 

Seterusnya, kata beliau pegangan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) manakala nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000.

"Dengan pendedahan Pengerusi MPEN itu, bermakna kuota 12.5 peratus Bumiputera dan bukan Bumiputera akan terhapus sama sekali. Secara ekonominya, saham-saham syarikat di Malaysia sudah boleh dimiliki oleh pelabur asing 100 peratus," ujarnya.

PAS, katanya menganggap MEB adalah dasar yang jelas menindas rakyat dan akan menyebabkan rakyat di negara ini akan menjadi 'hamba' yang bekerja keras untuk kepentingan individu dan pelabur asing di masa hadapan.

Baginya, pengkhianatan Umno/BN yang menghapuskan kuota Bumiputera dan bukan Bumiputera itu tidak boleh dimaaf. 

"PAS mencabar ahli Umno dalam Perkasa untuk bangkit menentang dasar ini dan mengembalikan hak Bumiputera dan rakyat bukan Bumiputera di negara ini untuk menguasai kuota 30 peratus dan 25 peratus," ujarnya lagi.

Tegasnya, PAS yakin kalau perkara penghapusan kuota Bumiputera itu disuarakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat maka akan berlakulah demonstrasi jalanan oleh abdi Umno dari kalangan NGO dan pembodek Umno. 

"Tetapi apabila yang mengeluarkan idea ini tuan kepada hamba-hamba moden di negara ini, maka suara mufti Umno dan profesor Umno macam cicak makan kapur.

"PAS yakin bahawa keputusan ini banyak dipengaruhi oleh  beberapa pihak lain yang dilantik sebagai perunding atau penasihat Kerajaan Malaysia," katanya.

Beliau menambah, tidak mustahil syarikat-syarikat yang dikuasai Yahudi akan masuk ke negara ini melalui proksi mereka dan mengambil alih aset-aset penting negara seperti Pos Malaysia yang sedang dalam proses penjualan sekarang.

Katanya lagi, jelas dasar yang tidak dibentang di Parlimen itu juga adalah satu dasar yang dipaksakan kepada rakyat dan membelakangi mandat rakyat. 

Beliau berkata, seharusnya dasar sepenting itu dibentang di Parlimen kerana rakyat mahu tahu kerangka nasional yang ada dalam dasar itu.

"Umno/BN dilihat sedang menjual negara dan hilang semangat patriotisme melalui dasar yang menafikan kepentingan rakyat di negara ini," ujarnya.

Menurutnya lagi, Malaysia tidak kekurangan pelabur dan pemodal tempatan, seharusnya kuota itu dikekalkan bagi memberikan peluang kepada mereka agar tidak melabur di luar negara.

Sumber : Harakahdaily.Net

Tugu Negara: Akhirnya kerajaan akur

 

Roslan SMS   

Setelah berpuluh tahun PAS khasnya membantah upcara atau majlis seumpama perayaan Hari Pahlawan diadakan di hadapan Tugu Negara, akhirnya kerajaan Persekutuan mengumumkan tidak lagi akan mengadakan majlis seumpama itu kerana menghormati pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan.


Majlis Fatwa ada memutuskan amalan seperti tiupan 'Last Post', bertafakur dengan menundukkan kepala, meletakkan kalungan bunga, bacaan sajak, nyanyian dan tiupan 'Rouse' yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.

Semoga segala amalan syirik dan haram lain dapat ditiadakan dan masyarakat dapat dibersihkan dari unsur-unsur yang mengundang murka Allah swt.

Walau bagaimanapun pengumuman Menteri Pertahanan bahawa sebuah dataran akan dibina di Putrajaya bagi diadakan majlis berkenaan (tanpa tugu) bagi saya adalah satu pembaziran.

Bukannya kita tidak menghargai majlis memperingati jasa pahlawan-pahlawan kita, tetapi bijakkah dibelanjakan wang rakyat untuk membina sebuah dataran sedangkan kita telah sedia ada banyak dataran, stadium dan seumpamanya.

Di Putrajaya pun telah sedia ada dataran yang digunakan untuk perayaan Hari Kemerdekaan. Gunakanlah sahaja apa yang ada. Islam bukan sekadar mengajar kita menjauhi amalan syirik tetapi juga mengesyorkan kita agar mengelakkan pembaziran tambah-tambah yang melibatkan wang rakyat.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

 

Keanehan dan pelanggaran peraturan Sidang DUN Perak

http://misabah.blogspot.com/   

Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai cuba mengguna kuasa mengendalikan perjalanan sidang. Ternyata Ganesan gagal mengendali dengan bijak dan baik.

Sejak awal lagi Ganesan melakukan kesilapan besar. Ia bermula dengan penolakan 216 soalan lisan dan bertulis atas alasan soalan-soalan tersebut tidak diemailkan. Sedangkan tidak ada peraturan dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak bahawa soalan-soalan mesti dihantar melalui email.

Dalam Perintah-perintah Tetap 22 (2) jelas menyebut bahawa setiap soalan yang ingin dikemukakan oleh ahli dewan hendklah diserahkan soalan tersebut dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh sidang dengan menyerahkan kepada pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat.

Semua soalan-soalan tersebut dihantar mengikut peraturan. Di sinilah bermulanya pelanggaran peraturan yang memberangkan semua Adun PR.

Ganesan juga mengeluarkan surat arahan kepada para Adun supaya memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan yang berbeza waktu antara Adun PR dan BN. Adun BN dibenarkan memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan lebih awal sedikit berbanding Adun PR.

Penggunaan lift dan pintu masuk dewan juga diasingkan antara PR dan BN. Pintu masuk BN tidak diperiksa dengan ketat dan tidak di scan, pintu masuk PR dikawal dengan ketat dan discan.

Ganesan juga membenarkan pasukan polis yang begitu ramai berkawal di luar bangunan SUK, dalam bangunan dan juga dalam dewan persidangan. Ganesan sendiri di kanan kirinya sejumlah anggota polis yang ramai berpakaian preman mengawalnya dengan ketat. Suasana ini cukup tidak mententeramkan dan menyelesakan Adun PR.

Ganesan tidak menghormati "Standing Order" (Perintah Tetap). Dalam amalan mana-mana persidangan di Dewan Rakyat atau DUN, mana-mana Adun yang merujuk Standing Order dengan menyebut "point of order", Dewan hendaklah memberi peluang kepada Adun tersebut untuk membacakan mana-mana fasal berkaitan dengan isu yang mahu dibangkitkan. Ganesan melakukan pelanggaran besar apabila tidak mengindahkan YB Pantai Remis yang menyebut "point of order" dalam perkara yang berkaitan dengan perlantikan Speaker. Ganesan sepatutnya memberi peluang YB Pantai Remis berhujjah, dan beliau boleh menjawab hujjah tersebut.

Pelanggaran yang paling besar sekali yang dilakukan oleh Ganesan ialah memendekkan tempoh soal jawab lisan untuk berpindah ke agenda pembentangan Rang Undang-undang mendahului perbahasan Titah Tuanku. Inilah isu besar yang mengundang kemarahan Adun PR. Beberapa Adun PR cuba membetulkan supaya agenda perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan selepas selesai soal jawab lisan. Adun PR merujuk Perintah Tetap 13 (1), Ganesan dengan nada sombong dan angkuh tetap tidak mahu menerima teguran Adun PR, dan terus mahu Pembentangan Rang Undang-undang dibentangkan. Kesombongan dan keangkuhan hanya mempamerkan kebodohannya sebagai seorang Speaker.

Inilah isu yang menyebabkan semua Adun PR mengambil tindakan keluar dewan sebagai protes di atas kesombongan dan keangkuhan Speaker haram Ganesan. Tindakan ini dilihat oleh PR sebagai satu penghinaan dan biadab terhadap Tuanku yang bertitah semalam. Adun PR bimbang sekiranya Rang Undang-undang telah dibentang, dewan akan ditangguhkan oleh Speaker tanpa ada perbahasan Titan Tuanku. Sidang 7 Mei 2009 yang lalu telah berlaku, sidang ditangguhkan begitu sahaja tanpa disambung semula bagi membahaskan Titah Tuanku.

Media arus perdana UMNO BN memberi gambaran yang cukup buruk kepada PR, sedangkan hakikatnya merekalah yang melanggar peraturan dan tidak menghormati hak adun untuk berbahas di dewan.
Pembesar suara juga ditutup setiap kali Adun PR mahu mulakan ucapan.

Strategi menghalang orang ramai mengikuti sidang dan menghalang para wartawan membuat liputan melainkan media yang dikuasai oleh UMNO BN ternyata berjaya menutup isu yang sebenar yang berlaku dalam dewan.
Media mereka sahaja yang membuat liputan, sudah tentulah laporannya berat sebelah.

Rakyat tidak tertipu dengan propaganda ini, bermula dengan rampasan kuasa dan isu dalam sidang, rakyat Perak semakin benci dengan UMNO BN.


Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Politik YAB Datuk Seri Nizar.



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

 

Sumber : Harakahdaily.Net

Najib perlu jawab siapa APCO, buat apa serang saya - Anwar


Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR, 1 April: "Najib perlu jawab siapakah APCO? Apa kaitan APCO dengan Israel? Apakah itu sudah dijawab atau belum? Buat apa nak serang saya lagi, saya dah diserang banyak," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di parlimen lewat petang ini.

Sehubungan itu, beliau mempertikai tindakan kerajaan BN yang mahu mengheretnya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Baginya, isu sebenar adalah tertumpu kepada kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab pendedahan yang dibuatnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah tidak wajar jika BN terus merujuknya ke jawatankuasa khas tersebut tanpa sebarang penjelasan berhubung isu yang dibangkitkan itu.

Anwar turut mempersoal tindakan kerajaan yang dilihat bermati-matian mempertahan penglibatan APCO dalam kempen 1Malaysia.

"Soalnya Umno dan Perdana Menteri perlu jawab, kenapa pilih APCO dan pertahan APCO mati-matian?" soalnya lagi.

Beliau memberitahu demikian sebagai mengulas pengumuman BN yang dibuat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz siang tadi.

Nazri pada sidang media tengah hari tadi memberitahu BN akan menghadapkan Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana didakwa mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.

Sumber : Harakahdaily.Net

 

blogger templates | Make Money Online