Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Tragedi di Kuala Kangsar ibarat Gaza?

Johari Jaafar
Sat | Feb 07, 09 | 10:42:14 pm MYT

Saban hari rakyat Malaysia disajikan dengan trajedi di Semenanjung Gaza, penderitaan rakyat Palestin dipaparkan di kaca televisyen.

Namun apa yang berlaku di Kuala Kangsar semalam digelapkan daripada kaca televisyen kerana BN malu mengaku kezaliman mereka.

Seorang penulis blog, Azizul NIzam Zulkifli memberitahu beliau melihat Dr. Lo' Lo' menitiskan airmata apabila merawat kanak-kanak sekolah yang berusia 10 tahun pengsan akibat asap tebal gas pemedih mata.

Rakyat dan juga dunia menyaksikan gas pemedih mata dibedil anggota FRU ke dalam masjid Ubudiyah.

Tidak kira yang muda mahupun yang tua, disepak terajang oleh anggota FRU tanpa belas kasihan. Ada yang cedera ditembak dengan peluru getah.

Ramai yang sesak nafas dan pedih mata akibat gas tersebut. Masjid bukan lagi tempat yang selamat daripada serangan polis.

Anggota pasukan keselamatan digunakan sebagai perisai untuk memisahkan rakyat daripada pandangan mata pihak pemerintah dan raja.

Rakyat kini bagaikan pengemis yang menunggu rezeki di tepi jalan dan tidak perlu dihiraukan mungkin 'mereka' melihat rakyat pun umpama satu dosa agaknya.

Rakyat mahu keadilan, kembalikan kuasa kepada rakyat untuk menentukan siapa berkuasa di negeri ini, BN atau Pakatan Rakyat.

Bubarkan DUN Perak, itulah pinta rakyat._

Kerajaan baru Perak 'haram' - Nik Aziz


Lanjusoh
Fri | Feb 06, 09 | 3:48:00 pm MYT

KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

ImagePetang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.

Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.

"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.

"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.

Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.

Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram. - mj _

Bubar Dun Perak, beri peluang rakyat memilih

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Fri | Feb 06, 09 | 4:17:21 pm MYT

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan.

Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak.

Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu./wann _

BERJUANG BIARLAH BERPRINSIP



Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .

Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat ...

Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .

Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .

Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .

Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .

Sekali - kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .

Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .

Ahli Politik sekelian !

Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .

Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .

Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt .

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Empat wakil PAS ke Gaza semula, naiki kapal diatur Fathi Yakan

Harakahdaily
Tue | Feb 03, 09 | 9:02:24 am MYT

LEBANON, 3 Feb (Hrkh) - SMS Bendahari PAS kepada Penolong Pengarang Harakahdaily Azamin Amin memaklumkan empat wakil PAS menyertai rombongan misi kemanusiaan ke Gaza sekali lagi dengan menaiki kapal daripada pelabuhan Tripoli dekat sini.

Kata Dr. Hatta Ramli rombongan kemanusiaan itu diketuai oleh Ahli Parlimen PAS Padang Terap Nasir Zakaria dan misi itu diaturkan sendiri ulama terkenal Lebanon Dr Fathi Yakan.

Misi itu turut disertai oleh 80 orang sukarelawan pelbagai negara dan ramai wartawan antarabangsa.

"Setakat ini kapal tersebut telah belayar menuju Larnaca, cyprus sebelum mengarah ke Gaza," sms Dr Hatta jam 7.00 pagi tadi.

Katanya Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang masih di Lebanon berharap penyertaan PAS dalam rombongan itu akan memberi manfaat kepada rakyat Palestin dari segi moral dan material.

Ahlirombongan PAS terdiri daripada Wan Sharafi (Kelantan),Zulkifli Lazim (Penang) dan Zulkifli Ashaari(Pahang) dan penyertaan PAS adalah atas undangan Sheikh Bilal dari Persatuan Harakah Tauhid, Lebanon yang juga penganjur bersama ketika bertemu rombongan Presiden PAS Ahad lalu.

"Ini adalah pengalaman pertama PAS dalam rombongan antarabangsa menggunakan kapal.

"Tidak dapat diramalkan sama ada kapal ini akan berjaya memasuki perairan Gaza dikawal tentera laut rejim zionis Israel.Rakyat diminta mendoakan keselamatan mereka," akhiri sms Ahli Parlimen Kuala Krai itu kepada Azamin._

PERLAWANAN BOLASEPAK 9'SEBELAH

02-02-09
Tikam Batu





PERTANDINGAN BOLASEPAK 9 SEBELAH ANTARA KHARIAH KAWASAN SUNGAI PETANI.
PIALA EXCO PENDIDIKAN & ICT NEGERI KEDAH DARULAMAN

YB. TUAN HAJI ABDULLAH BIN JUSOH
YDP PAS KAWASAN SUNGAI PETANI/ADUN PANTAI MERDEKA

HARI : AHAD
TARIKH : 15-03-2009
MASA : 8.45 PAGI
TEMPAT : PADANG HICOM HONDA. SUNGAI PETANI

HADIAH-HADIAH

JOHAN : RM1000 + PIALA MATI + MEDAL
NAIB JOHAN : RM700 + PIALA MATI + MEDAL
KE 3 : RM300 + MEDAL
KE 4 : RM300 + MEDAL

Tarikh tutup penyertaan pada 01-03-2009 ( AHAD ), borang penyertaan boleh didapati di Pusat Khidmat Dun Pantai Merdeka.
Untuk keterangan, sila hubungi :-

Tuan Haji Kadir : 04-4380595
[ Pejabat PKWR Pantai Merdeka ]
Sdr Saifulazli : 014-2596194

ANJURAN : PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT DUN PANTAI MERDEKA
 

blogger templates | Make Money Online