Melibatkan diri dengan parti dan terjun ke medan politik bukan suatu tindakan yang main - main . Rasa nak masuk kita masuk dan rasa nak keluar kita keluar . Rasa nak terjun kita terjun dan rasa nak lompat kita lompat .
Sepertilah dunia politik ini tiada tuhan yang memandang dan malaikat yang mencatat ...
Apatah lagi seorang muslim yang mempunyai aqidah , akhlak dan fikrah . Penglibatannya di medan siasah atau politik adalah sebuah perjuangan dan ia memerlukan prinsip yang jelas dan tegas .
Seorang muslim sewajarnya memiliki harga diri dan maruah yang tidak mungkin boleh ditukar dagang dengan nilai mata wang dunia . Biar berapa taruhannya , perkiraan seorang muslim tidak terhenti di muka dunia bahkan masa depannya di akhirat terlebih aula diambil kira .
Seorang politikus yang beragama Islam tidak boleh membebaskan diri dari hukum taklifi yang membabitkan dosa dan pahala atau syurga dan neraka . Biarpun dimercu kuasa dan pengaruh , taqwa dan wara' mestilah senantiasa tersemat dijiwanya .
Justeru seorang muslim yang taat menjadikan politik sebagai landasan untuk mendaulatkan syariat dan meninggikan syiar agama Allah swt ini .
Sekali - kali mereka tidak membenarkan diri mereka menjadi kuda tunggangan para banjingan politik yang tidak bermoral dan beretika . Apalagi nilai diri dan harga maruah mereka hanya dijual semurah pil kuda dipasaran gelap .
Inilah kekotoran sebuah politik kotor yang tidak berpaksi kepada akhlak dan etika dan bertunjangkan prinsip perjuangan .
Ahli Politik sekelian !
Kalau kita berpolitik biarlah politik itu membina perjuangan dan apabila kita berjuang biarlah berprinsip tanpa syarat .
Tentu sahaja penglibatan kita bersama perjuangan ini untuk meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia lebih tinggi mengatasi ideologi ciptaan manusia , justeru itu tanggungjawab kita sebagai seorang hamba Allah swt . Lantaran itu kita mesti sabar mendepani pelbagai cabaran dan mesti pula tabah menyerap tekanan .
Kalau kita tidak berani dan tidak pula bersedia maka usahlah kita berjuang . Sebaiknya tunggu sahaja keputusan dari Allah swt .
http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/