Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Kes Anwar: Laksana hukum al-Quran bukan bersumpah dengannya

Azamin Amin Sat
Jul 05, 08 11:24:32 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Dalam tuduhan liwat yang semakin hangat diperkatakan, semua pihak disarankan melaksanakan tuntutan dan hukum al-Quran berbanding meminta mana-mana individu yang dikaitkan dengan pertuduhan itu agar bersumpah dengan kitab suci itu. -->
Peguam PAS Hanipa Maidin turut membidas Pengerusi Putera Umno Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta Dato' Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan al-Quran tapi tidak mahu menuntut hukum al-Quran yang menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar dan menyifatkannya sebagai satu sikap yang dilihat berpura-pura.
"Dari segi sisi Islam mahupun undang-undang negara ini Anwar adalah seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan beliau juga tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa, jauh sekali membuktikan beliau tidak bersalah.
"Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini, bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah 'seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah'. Prinsip ini dikenali sebagai 'presumption of innocence.'," kata Hanipa yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Undang-undang dan AJK PAS Pusat.
Prinsip itu juga kata Hanipa diambil daripada syariat Islam iaitu berasaskan kaedah "al-aslu al-'adam" atau pun kaedah "al-aslu?baraatun zimmah" yang juga bermaksud "seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah".
Apa yang berlaku katanya di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah maka tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah malah jika sekalipun beliau dituduh di mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah, kata Hanipa.
"Jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum al-Quran," katanya.
Dalam isu ini selain meminta Anwar bersumpah dengan al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya pengadu Saiful Bukhari Azlan mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut selaras apa yang dinyatakan dalam al-Quran, kata Hanipa dengan lebih terperinci dalam blognya.
"Kesimpulannya ialah tidak perlu Anwar bersumpah dengan al-Quran. Mubahalah (seperti disaran Mufti Perlis) juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah.
"Maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya," katanya.- az _

Admin : Politik itu seni, sumpah la ni lagi mau berseni ? Tak mau seni lagi senang.

Tuduhan liwat: PAS mahu ia disiasat secara adil tanpa konspirasi

Basiron Abdul Wahab Mon
Jun 30, 08 10:22:24 am MYT

TEMERLOH, 30 Jun (Hrkh) - PAS mahu siasatan yang adil tanpa konsprasi ke atas dakwaan liwat kedua terhadap Ketua Umum Parti KeAdilan Rakyat (KeAdilan), Dato' Seri Anwar Ibarahim. -->
Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, beliau mahu pihak polis bertindak dengan adil dan saksama tanpa dipengaruhi konpsrasi politik.
"Kita mahu siasatan dilakukan dengan adil tanpa dipengaruhi konspirasi politik," ujar Mohamad ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, dekat sini.
Kelmarin, satu laporan polis dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa dia telah diliwat Anwar.
Laporan tersebut kononnya dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan 23, yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri.
Menurut Sumber, polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan selepas itu satu laporan polis dibuat terhadap Anwar.
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia merupakan satu cerita rekaan semata-mata.
Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku, termasuk mereka cipta bukti bagi kes-kes membabitkanya pada 1998-1999.
Sementara itu, kebanyakan ahli PAS di sini tidak terkejut dengan tuduhan liwat terhadap Anwar kali ini. Ini kerana tuduhan demikian sudah sinonim dengan Anwar malah Anwar pernah dihukum kerana tuduhan liwat oleh mahkamah sebelum Mahkamah Persekutuan membebas dan melepaskanya daripada sabitan terhadap kes berkenaan.
Dalam kes liwat yang dihadapi Anwar dahulu ia turut membabitkan individu terdekat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan adik angkatnya bernama Sukma manakala tuduhan kali ini membabitkan individu yang juga rapat dengannya iaitu pembantunya. - mns_

Sheikh Abdullah Fahim: Ketua Dewan Ulama PAS pertama

Mohd Fadli Ghani, Jabatan Arkib PAS
Thu Jun 26, 08 5:08:45 pm MYT

Kepulangan Sheikh Abdullah Fahim, seorang ulamak dan guru di Masjidil Haram ke Tanah Melayu pada 1922 telah mencetuskan pemikiran baru tentang perjuangan kemerdekaan di kalangan rakyat negara ini. -->
Sheikh Abdullah Fahim atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibrahim adalah ulamak berdarah campuran Arab-Pattani yang berasal dari Makkah. Beliau dilahirkan di Kota Suci pada 1869 di mana ayahnya, Sheikh Ibrahim bin Tahir adalah guru di Masjidil Haram semenjak berhijrah dari Pattani ke Kedah, kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Makkah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam pada 1830-an.
Dengan keistimewaan beliau sebagai anak seorang ulamak di Makkah, Haji Abdullah telah mengambil kesempatan untuk mendalami pelbagai ilmu agama di sana. Sepanjang pengajiannya, Haji Abdullah telah berjaya menguasai ilmu-ilmu agama seperti usuluddin, fiqh, tasawuf dan tarekat, tafsir al-Quran, hadis, falak serta ilmu alat seperti arudh dan qawafi dalam rumpun sastera Arab.
Beliau dikata berguru dengan lebih 50 orang ulamak dan mendapat 42 ijazah dalam pelbagai bidang pengajian termasuk politik. Dengan kedudukan ilmu beliau ini, Haji Abdullah telah diterima sebagai salah seorang guru di Masjidil Haram sehingga 1921.
Beliau telah turun ke Tanah Melayu pada 1921 kerana semangatnya untuk memperjuangkan pembebasan tanah air dan bangsanya dari belenggu penjajah. Selepas pulang ke Tanah Melayu, beliau dijemput oleh Sheikhul Islam Kedah, Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidiq untuk mengajar di Pondok Wan Sulaiman atau Madrasah Limbongan Kapal (kini Maahad Mahmud) selama empat tahun.
Pada 1926, beliau kembali ke Kepala Batas dengan tujuan menubuhkan sebuah institusi pendidikan bagi melahirkan anak bangsa yang boleh memperjuangkan kemerdekaan negara. Beliau menamakan pusat pengajiannya sebagai ?Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah?. Perkataan ?al-Wathaniyah? atau Bumiputera itu jelas memperlihatkan semangat kemerdekaannya.
Tuan Guru Haji Abdullah Fahim bukan sahaja mengasas dan mengajar di sini, tetapi turut menjadi mudir sehingga 1930. Antara murid beliau yang paling terkenal ketika ini ialah Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pengasas Hizbul Muslimin. Di sini, Haji Abdullah telah memperkenal pengajian berkelas (nizami) dan juga umum (adami).
Pada 1930, Sheikh Abdullah Fahim dijemput oleh Sultan Perak untuk menjadi Mudir Madrasah Idrisiyah, Bukit Chandan. Beliau berkhidmat sebagai Mudir Madrasah Idrisiyah sehingga 1946. Antara pelajar beliau di sini termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Prof Zulkifli Mohammed.
Setelah meninggalkan Bukit Chandan, Haji Abdullah kembali ke Kepala Batas dan menguruskan Madrasah Daeratul Maarif. Walau bagaimanapun, beliau hanya berkhidmat sebagai penaung, manakala anaknya, Tuan Haji Ahmad Badawi sebagai mudir dan murid kesayangannya, Ustaz Abdul Halim al-Hadi sebagai guru besar. Beliau menolak tawaran untuk dilantik sebagai Sheikhul Islam Kedah kerana menjaga maslahat madrasah ini. Pada 1951, Haji Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Mufti Pulau Pinang yang pertama dan beliau berkhidmat selama lima tahun. Selepas itu, beliau hanya menumpukan kepada kegiatan keilmuan di Kepala Batas dengan menjadi guru agama di sana.
Selepas Perang Dunia Kedua tercetus, Sheikh Abdullah Fahim telah mula terlibat dalam politik kepartian dengan menyertai Persatuan Melayu Seberang Perai. Ketika Umno ditubuhkan pada 1946, beliau adalah ahli Umno pertama dari Pulau Pinang. Beberapa ketika kemudian, kerana kemasyhuran beliau sebagai seorang ulama, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama Umno yang kemudiannya dikenali sebagai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Meskipun menjadi ahli Umno, kemahuan beliau untuk melihat kemerdekaan tidak padam walaupun Umno ketika itu tidak memperjuangkan kemerdekaan.
Ketika murid beliau, Ustaz Abu Bakar al-Bakir menubuhkan Hizbul Muslimin, beliau bukan sahaja memberikan sokongan tetapi telah dilantik mempengerusikan Majlis Penasihat Hizbul Muslimin pada 1948 dan dalam masa yang sama mengetuai Bahagian Agama Umno. Ekoran beberapa krisis dalaman Umno berkaitan sikap Umno terhadap isu-isu agama seperti isu judi loteri, fun-fair, kaberet, isu pemurtadan Natrah dan lain-lain, Haji Abdullah telah berundur sebagai Pengerusi Bahagian Agama pada 1950. Selepas itu, jawatan ini diambil alih oleh muridnya, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan.
Walaupun Haji Abdullah tidak menyertai dua Persidangan Alim Ulamak Malaya pada 1950 dan 1951, tetapi beliau menghantar anaknya, Haji Ahmad Badawi untuk menyertainya. Apabila Persatuan Ulamak Se-Malaya ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951, persatuan tersebut telah merancang mengadakan Persidangan Ulamak di Butterworth pada 24 November 1951 untuk meluluskan undang-undang tubuh dan melantik jawatankuasanya. Haji Abdullah Fahim sebagai Mufti Pulau Pinang telah merasmikan persidangan ini yang akhirnya telah mengambil keputusan menukar nama Persatuan Ulama Se-Malaya kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS). Haji Abdullah Fahim sendiri dicalon sebagai Yang Dipertua Agung PAS tetapi tewas kepada Tuan Haji Ahmad Fuad.
Sebaik sahaja PAS ditubuhkan, Madrasah Daeratul Maarif telah dipilih sebagai Pejabat Agung PAS yang pertama sebelum berpintah ke Bukit Mertajam. Selepas itu ia kembali ke madrasah ini pada 1953 sebelum menumpang beberapa ketika di rumah Setiausaha Agung PAS, Haji Ahmad Maliki iaitu berhampir madrasah ini juga.
Kerana penyertaan Haji Abdullah dalam PAS, hampir seluruh murid dan keluarganya menjadi tenaga penting PAS. Turut menyertai PAS di kalangan jawatankuasa madrasah ini ialah Cikgu Ahmad Awang, Ustaz Abdul Halim al-Hadi, Ustaz Abdul Kadir Kamal dan Ustaz Mohd Saghir. Di kalangan keluarganya pula ialah anaknya, Haji Ahmad Badawi; menantunya, Hajah Kailan Hassan; iparnya, Haji Mansor Hassan JP dan beberapa yang lain.
Pada 3 April 1952, Jawatankuasa Agung PAS telah memutuskan untuk menubuhkan Dewan Ulama PAS bagi menyatukan tenaga ulama dan mengelola urusan hukum-hukum agama, maka Sheikh Abdullah Fahim telah dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS yang pertama. Antara langkah penting dilaksanakan oleh beliau ialah mengadakan perjumpaan sekolah-sekolah agama rakyat pada 22 Mei 1952 bagi merundingkan usaha untuk menyatukan sekolah agama dan membentuk kumpulan wang untuk membangunkan sistem pendidikan tersebut. Beliau juga telah membuka Pejabat Dewan Ulama PAS di Madrasah Khairiyah, Pokok Sena iaitu sekolah milik Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussein.
Pada akhir 1953, telah berlaku krisis kepemimpinan PAS ekoran sokongan PAS terhadap National Convention tajaan Tunku Abdul Rahman. PAS mula membentuk disiplin parti dengan mencegah pimpinan PAS menjadi ahli parti lain. Pada Ogos 1954, bertempat di Madrasah ad-Diiniyah, Bagan Serai, PAS meluluskan usul tersebut. Akibatnya, beberapa pimpinan PAS seperti Haji Zabidi Ali, Tuan Guru Haji Yahya Junid, Haji Maansor JP, Tuan Guru Haji Huseein Che Dol, Haji Ahmad Maliki dan Haji Ahmad Badawi terpaksa memilih untuk kekal dalam PAS atau menjadi ahli Umno. Haji Hussein Che Dol, Haji Ahmad Badawi dan Haji Ahmad Maliki memilih untuk meninggalkan PAS dan kekal bersama Umno. Pendirian ini turut diambil oleh Sheikh Abdullah Fahim.
Walaupun tidak lagi bersama PAS selepas 1954, Haji Abdullah Fahim selaku Mufti bersama Ustaz Abdul Halim al-Hadi (Guru Besar Maarif Wathaniyah) dan Sheikh Salleh Masri (Pengerusi Majlis Penasihat Agama Pulau Pinang) telah mengeluarkan fatwa mewajibkan umat Islam keluar mengundi dan melarang mereka mengundi calon bukan Islam dalam pilihan raya 1955. Isu ini menjadi hangat kerana ia dilihat merugikan Perikatan dan Setiausaha Agung PAS, Cikgu Ahmad Awang pula menyokong fatwa ini. Pada 31 Mei 1955, pendaftaran PAS telah diluluskan dengan beralamat di ?Arabic School, Kepala Batas? iaitu madrasah milik Haji Abdullah Fahim.
Sumbangan penting Haji Abdullah dalam politik negara ialah menetapkan tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Berdasar keilmuan beliau dalam bidang falak, beliau mengatakan itu tarikh terbaik untuk Tanah Melayu merdeka. Tuan Guru Sheikh Abdullah Fahim telah meninggal dunia pada 27 April 1961 dalam usia 92 tahun. Beliau meninggalkan tiga anak termasuk Tuan Haji Ahmad Badawi iaitu bapa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.- tajdid -_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Kes Presiden SAPP buktikan 'siasatan terpilih' BPR

Ahmad Tajdid Sun
Jun 22, 08 12:45:15 pm MYT

Semuanya hanya satu kebetulan, dakwa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. -->
Kenyataan itu terpaksa dibuat apabila khalayak umum melahirkan kehairanan atas 'kepantasan' BPR mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee 24 jam selepas parti komponen BN itu menyatakan hasrat mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Menurut Ahmad, apa yang berlaku hanya 'satu kebetulan' dan tindakan badan itu untuk menyiasat kes tersebut tidak ada kena-mengena dengan situasi politik tanah air masa sekarang.
"Kebetulan pada dua hari lalu, saksi utama kes Tan Sri Kasitah Gadam iaitu Datuk Wasli Mohd Said menimbulkan keterangan baru yang beliau (Wasli) pernah beberapa kali diarah membayar wang yang keseluruhannya berjumlah RM5 juta kepada ejen-ejen Yong.
"Justeru, BPR sebagai badan penguat kuasa undang-undang berhubung pencegahan rasuah mesti mengambil tindakan dan kita telah pun memulakan siasatan.
"Bagaimanapun, kita akan mengkaji nota keterangan mahkamah itu dahulu... apakah butir-butir yang ditimbulkan," kata beliau ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri majlis makan malam sempena sukan tahunan BPR dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura di Putrajaya pada 22 Jun.
Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Yong mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen-ejen pilihannya pada 1996.
Ahmad Said berkata, pihaknya tidak dipengaruhi sesiapa termasuk parti politik.
"Ketika Yong membuat kenyataan pun (berkaitan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri), saya berada di luar negara. Saya sendiri yang mengeluarkan arahan kepada pegawai-pegawai saya supaya siasatan terhadap Yong dimulakan," katanya.
Ketika ditanya berhubung dakwaan Yong yang BPR pernah mengambil kenyataan beliau berhubung kes yang sama beberapa tahun lalu, Ahmad Said berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.
"Saya pada masa itu bukan Ketua Pengarah justeru saya tidak tahu berkaitan hal itu.
"Tapi itu tidak penting. Yang penting adalah keterangan baru di mahkamah dan kita akan mengambil tindakan hasil daripada keterangan itu dan turut akan menyiasat lapan lagi individu lain yang disebutkan," kata Ahmad seperti dilapor mSTAR Online.
Ketika diminta mengulas isu ini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabky Yusof mempersoalkan tindak-tanduk BPR yang tidak membuka kertas siasatan terhadap para pemimpin Umno dan BN yang dilapor terlibat dalam amalan rasuah selama ini.
Bagaimanapun, institusi pembanteras rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri itu cepat melakukan siasatan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang tidak lagi disukai atau diingini.
"Ini membuktikan BPR melaksanakan amalan siasatan terpilih," tegasnya.
Sabky juga mempersoalkan alasan 'keterangan baru' yang diterima BPR bagi membuka kertas siasatan Yong Teck Lee memandangkan bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah disiasat atas dakwaan yang sama tiga tahun lalu.
"Bagi saya, alasan sebenar BPR bertindak adalah kerana Yong dan SAPP secara terbuka menentang Abdullah Ahmad Badawi," ujarnya.
Menurut Sabky lagi, jika BPR benar-benar serius memerangi rasuah, banyak kes membabitkan para pemimpin Umno dan BN disiasat dan didakwa pejabat Peguam Negara.
Beliau yang juga pengamal undang-undang memberi contoh siasatan rasuah membabitkan kerajaan negeri Kelantan, Dato' Seri Anwar Ibrahim malah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bukti siasatan terpilih BPR.
Keadaan ini, jelasnya menghakis kredibiliti dan imej BPR di kalangan rakyat yang menganggap badan itu hanya menjadi alat pemimpin BN yang berkuasa.
"BPR perlu dibebaskan daripada campurtangan politik BN dan menjadi badan yang benar-benar bebas. Siasatan rasuah sewajarnya tidak tertumpu kepada musuh politik BN tetapi juga para pemimpin BN," tegasnya.
Apa juga alasan yang diberi BPR, imejnya di kalangan rakyat semakin merudum. Apatah lagi siasatan 18 kes berprofail tinggi yang didakwa mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Rais Yatim pada 2004 kini terperap di pejabat BPR.
Sebelum dilantik Menteri Luar, Rais ditukarkan ke portfolio Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang antara lainnya menyangkut urusan arkib, muzium dan antikuiti.
Ada yang berpandangan sinis bahawa 18 kes berprofail tinggi itu telah disimpan Rais di Jabatan Arkib dan Antikuiti atas arahan kabinet!- tajdid _

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Admin : Bahaya mau lawan kalau banyak kelemahan diri, kalau nak 'tinggai' jalan nak menuju bilik gelap, cerah.

Kedah tubuh urusetia tangani masalah sosial

Izwan Abdul Halim
Fri Jun 20, 08 4:34:18 pm MYT

ALOR STAR, 20 Jun (Hrkh) - Dalam usaha menangani gejala sosial di negeri ini, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Urusetia Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib. -->
Bagi menggerakkan usaha ke arah tersebut, Program Latihan Aktivis Dakwah Menangani Gejala Sosial atau singkatannya Landas telah dianjurkan urusetia berkenaan.
Dalam majlis perasmian Landas Siri Kelima malam semalam, Dr. Hamdan yang memegang porfolio Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri menyeru para sukarelawan menjadi penggerak utama untuk mengembalikan para remaja di negeri ini ke landasan hidup yang sebenar menurut Islam.

"Kebelakangan ini kita melihat suasana di dalam Negeri Kedah ini khasnya dan negara kita amnya, masyarakat seolah-olah melihat agama ini sebagai satu yang mungkin perlu ada tetapi tidak perlu dipraktikkan," kata beliau.
Ujarnya, melihat perubahan dalam masa terdekat sememangnya sukar tetapi urusetia perlu berkerja melahirkan aktivis yang berani menunaikan tanggung jawab tersebut.
Jelasnya, di beberapa tempat, keadaan gejala sosial berada dalam tahap menakutkan.
Oleh itu kata beliau,apa yang diperlukan kini ialah aktivis yang mampu membina kemahiran diri untuk mendampingi golongan ini.
"Selepas ini, urusetia ini akan mengetuai semua agensi-agensi kerajaan yang akan turun dalam gerak kerja menangani gejala sosial ini," katanya.

Sementara itu, menurut Kordinatoor Urusetia Menangani Gejala Sosial, Ustaz Kamaruddin Kasim, sepanjang program berkenaan, peserta akan mengikuti latihan berbentuk teori melalui bengkel dan latihan kemahiran di lapangan.
Jelasnya, kemahiran yang akan diterapkan kepada peserta ialah kemahiran komunikasi dan interaksi berhadapan dengan remaja yang bermasalah.
Tambahnya lagi, peserta juga akan dilatih untuk melakukan pemetaan dan profil kawasan-kawasan yang dikenal pasti bermasalah.
Seramai 32 orang sukarelawan menyertai program selama tiga hari itu yang diadakan di Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN). Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Pengurus INSPIN Bahagian Integriti, Harun Md. Isa. - mns_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Admin : Tahniah , wujudkan mekanisma supaya semua pihak dapat melibatkan diri.
Salah satu program DPPSP di Pantai Merdeka pada malam 31.08.08 ( Malam Merdeka ) , Macam-macam ada.

Kelab Penyokong PAS perlu diperkasa lagi





Muhammad Yusri Amin

Fri Jun 20, 08 6:07:33 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS yang kini terdapat di seluruh negara hendaklah diperkasakan lagi dengan menggubal peraturan khas mengenainya.
Ia dianggap perlu dilakukan dengan mengambil kira sokongan masyarakat bukan Islam terhadap parti itu semakin meningkat sekarang.

Desakan mengenai perkara itu terkandung dalam usul yang dibahas pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali Ke-41 di sebuah hotel di sini, hari ini.
Usul tersebut dibentang seorang perwakilan yang berpendapat Kelab Penyokong PAS perlu diperkasakan lagi kerana telah mendapat sokongan padu masyarakat bukan Islam pada pilihan raya umum ke-12, baru-baru ini.

?Bahawa menyedari sokongan diberikan kepada PAS di semua peringkat menyebabkan kemenangan besar parti itu dalam pilihan raya umum lalu, maka PAS Pusat didesak memperkasakan Kelab Penyokong PAS,? katanya.
Manakala usul yang dikemukakan Dewan Pemuda Kawasan, Cawangan Jalan Raja Dewa, Cawangan Paya Rambai, Cawangan Lorong Haji Daud dan Tanjong Mas mendesak diwujudkan institusi khas bagi mengawal keselamatan kampung memandangkan gejala sosial yang semakin serius sekarang.

Selain itu, terdapat juga usul yang mahu jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) disandang kembali pemimpin politik bagi memastikan dasar Membangun Bersama Islam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Perwakilan juga mahu MPKB BRI lebih berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan gejala maksiat dan sosial dapat dikurangkan.
Usul yang diterima tanpa bahas dikemukakan Dewan Pemuda PAS iaitu mendesak kerajaan negeri merencanakan program pembangunan usahawan dan ekonomi yang lebih komprehensif bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato? Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan PAS mestilah berdasarkan ajaran Islam seperti dipraktik di Kelantan sekarang.

?Pendekatan yang dibawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan terbuka dan sederhana. Ia ternyata diterima oleh masyarakat di Kota Bharu dan Malaysia.
?Pegangan kita terus memperjuangkan Islam sehingga akhir hayat. Tidak ada khilaf dalam hal ini,? katanya dalam ucapan penangguhan.

Beliau juga berkata, ketika orang bukan Islam semakin mendekati perjuangan PAS, adalah diharap tidak wujud pendinding yang boleh menghalang mereka memahami PAS dengan lebih mendalam lagi.
Perasmian mesyuarat itu disempurnakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din. Hadir sama ahli-ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. - mj _
Admin : Tahniah tapi bagaimana perlaksanaan diperingkat kawasan ?
: Sungai Petani ?
 

blogger templates | Make Money Online