Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Kedah tubuh urusetia tangani masalah sosial

Izwan Abdul Halim
Fri Jun 20, 08 4:34:18 pm MYT

ALOR STAR, 20 Jun (Hrkh) - Dalam usaha menangani gejala sosial di negeri ini, Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan Urusetia Menangani Gejala Sosial yang dipengerusikan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dr. Hamdan Mohamed Khalib. -->
Bagi menggerakkan usaha ke arah tersebut, Program Latihan Aktivis Dakwah Menangani Gejala Sosial atau singkatannya Landas telah dianjurkan urusetia berkenaan.
Dalam majlis perasmian Landas Siri Kelima malam semalam, Dr. Hamdan yang memegang porfolio Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri menyeru para sukarelawan menjadi penggerak utama untuk mengembalikan para remaja di negeri ini ke landasan hidup yang sebenar menurut Islam.

"Kebelakangan ini kita melihat suasana di dalam Negeri Kedah ini khasnya dan negara kita amnya, masyarakat seolah-olah melihat agama ini sebagai satu yang mungkin perlu ada tetapi tidak perlu dipraktikkan," kata beliau.
Ujarnya, melihat perubahan dalam masa terdekat sememangnya sukar tetapi urusetia perlu berkerja melahirkan aktivis yang berani menunaikan tanggung jawab tersebut.
Jelasnya, di beberapa tempat, keadaan gejala sosial berada dalam tahap menakutkan.
Oleh itu kata beliau,apa yang diperlukan kini ialah aktivis yang mampu membina kemahiran diri untuk mendampingi golongan ini.
"Selepas ini, urusetia ini akan mengetuai semua agensi-agensi kerajaan yang akan turun dalam gerak kerja menangani gejala sosial ini," katanya.

Sementara itu, menurut Kordinatoor Urusetia Menangani Gejala Sosial, Ustaz Kamaruddin Kasim, sepanjang program berkenaan, peserta akan mengikuti latihan berbentuk teori melalui bengkel dan latihan kemahiran di lapangan.
Jelasnya, kemahiran yang akan diterapkan kepada peserta ialah kemahiran komunikasi dan interaksi berhadapan dengan remaja yang bermasalah.
Tambahnya lagi, peserta juga akan dilatih untuk melakukan pemetaan dan profil kawasan-kawasan yang dikenal pasti bermasalah.
Seramai 32 orang sukarelawan menyertai program selama tiga hari itu yang diadakan di Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah (INSPIN). Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Pengurus INSPIN Bahagian Integriti, Harun Md. Isa. - mns_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/

Admin : Tahniah , wujudkan mekanisma supaya semua pihak dapat melibatkan diri.
Salah satu program DPPSP di Pantai Merdeka pada malam 31.08.08 ( Malam Merdeka ) , Macam-macam ada.
 

blogger templates | Make Money Online