Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG
Memaparkan catatan dengan label KEDAH SEJAHTERA. NIKMAT UNTK SEMUA.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEDAH SEJAHTERA. NIKMAT UNTK SEMUA.. Papar semua catatan

Adun Bukit Lada dilantik Timbalan Speaker Dun Kedah

Pantai Merdeka
Admin

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Ahmad Izzat Shauki yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah, diatas perlantikan tersebut. InsyaALLAH amanah yang teramat berat ini akan terlaksana dengan jayanya.

Mohd Shubihi Muhamad

ALOR SETAR, 26 April: Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah meluluskan perlantikan Adun Bukit Lada, Ahmad Izzat Shauki (gambar) sebagai Timbalan Speaker Dun, hari ini.

Perlantikan Ahmad Izzat dicadang oleh Adun Sungai Limau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan disokong oleh Adun Pengkalan Kundor, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan diluluskan dengan sebulat suara.

Rombakan barisan Exco Kedah baru-baru ini menyaksikan penyandang jawatan tersebut, Adun Ayer Itam, Abdul Ghani Ahmad telah dipilih untuk menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Ahmad Izzat memenangi kerusi Dun Bukit Lada apabila menewaskan Datuk Ariffin Man dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 208 undi.

Pada ketika ini, Pakatan Rakyat menguasai 20 kerusi di Dun Kedah, manakala BN (13) dan Bebas (dua).

Satu lagi kerusi, iaitu Kota Siputeh masih kekal kosong berikutan Adunnya hilang kelayakan kerana melanggari Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah pada Ogos tahun lalu.

Sumber : Harakahdaily.Net

Kem Anak Soleh - Kerajaan Negeri Kedah

Salam.

Serba sedikit maklumat kepada ibubapa sepanjang cuti persekolahan.
Semoga ALLAH memberkati usaha kecil ini.

Kedah perkenal peraturan imej wanita bertudung

Roslan SMS
Sat | Aug 02, 08 | 7:44:22 pm MYT

Ketika saya membaca berita dari sebuah akhbar tempatan Khamis lalu berkenaan keputusan kerajaan negeri Kedah untuk memperkenalkan peraturan baru berhubung imej wanita bertudung di papan-papan tanda iklan, seorang wartawan tempatan seolah tidak berpuas hati, patutnya beri tumpuan pada pencegahan rasuah katanya.
Beliau mungkin menganggap peraturan menutup aurat itu kecil, itu masalah beliau (dan mereka yang sehaluan dengannya).
Menurut Exco yang berkenaan, Dato' Hj Taulan Rasul, Kedah akan mengikuti peraturan yang sama yang diguna pakai di Kelantan. Ini bermakna sebaik diluluskan, semua papan-papan tanda di negeri Kedah yang menggunakan model wanita diwajib memastikan yang gambar model tadi hendaklah bertudung yakni menutup aurat.
Ya, bagi mereka yang liberal, fleksible, moderat atau apa sahaja, mungkin langkah ini sesuatu yang remeh-temeh. Tetapi bagi mereka yang megamalkan Islam, ianya sesuatu yang penting yang perlu dilaksanakan apabila kuasa diberikan oleh Allah swt.
PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa, melalui kuasa tadi memungkinkan ia melaksanakan dasar dan matlamat perjuangannya. Memang membenteras rasuah dan kezaliman juga sebahagian dari tuntutan Islam, ia tidak pernah dikesampingkan, namun dalam waktu yang sama pembentukan akhlak dan sakhsiyah rakyat turut menjadi tanggungjawabnya.
Perkara yang mudah dan ringan dan boleh didahulukan, wajarlah di dahulukan, tidak bermakna berlewa tentang yang besar dan berat-berat yang turut sama perlu dilaksanakan. Semuanya akan dilaksana berperingkat-peringkat tanpa alasan, kerana PAS berjuang kerana dan untuk Islam.
Itulah politik PAS sejak ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu, dan sesiapa yang mahu berkawan dan berpakat dengan PAS perlulah memahami dan akur akan hal itu, terang-terang.
Kalau Karpal boleh menyambut baik kenyataan Presiden PAS berhubung tiadanya kerajaan campuran dengan Umno, maka ia juga perlu bersedia menyambut baik, Islam yang mahu PAS laksanakan setelah memperolehi kuasa. - tmj_
 

blogger templates | Make Money Online