Tikam Batu
Sabtu
27-03-2010
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani kali Ke 26 telah berjaya diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani. Majlis bermula dari jam 6 petang dengan ketibaan para perwakilan pemuda cawangan dan aturcara seterusnya.
Kali ini pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan telah menjemput YB Ustaz Nasir Bin Zakaria ( AP Padang Terap ) yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sebagai mewakili kepimpinan peringkat negeri. Manakala Ustaz Abdul Ghani Bin Ahmad ( Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah ) sebagai perasmi mesyuarat pada kali ini.
Turut dijemput YB Tuan Haji Abdullah Bin Jusoh iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Petani yang juga merangkap Adun Pantai Merdeka bagi mewakili pihak PAS Kawasan.
Bersyukur kepada ALLAH , majlis ini berjaya diadakan dengan keadaan yang penuh ukhwah dikalangan kepimpinan kawasan dan pemuda cawangan.
Takbir! Takbir! Takbir!
Catatan Dhuha april 2019
5 tahun yang lalu