Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Premortem PRK Hulu Selangor II: P94 kerusi hangat


greensaff.blogspot.com   


Berdasarkan analisis yang dibuat sebelum ini,menunjukkan BN mempunyai peluang cerah untuk merampas P94. Hal ini kerana jumlah majoriti undi yang terkumpul di ketiga-tiga DUN tersebut adalah 6,179 undi. Tetapi di peringkat Parlimen PKR menang dengan majoriti 198 undi. Undi BN 'lari' begitu banyak di petiundi parlimen.

Mengapa jadi begini?


PERTAMA, kalau ikut apa yang dilapor agendadaily (portal berita umno),cerita yang bertiup di Hulu Selangor ialah ini semata-mata kerana orang di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka. Ada juga benarnya,kalu tidak masakan undi BN boleh lari sebegitu banyak di Parlimen. Bukannya sedikit, tetapi 5,981 undi. Hampir 6000!

Berita yang tersebar dapat dilihat kebenarannya apabila UMNO mendesak kepimpinan BN pusat supaya kerusi itu diberikan kepada UMNO. Tapi,mahukah MIC menyerahkannya?? Terpulanglah kepada mereka.

KEDUA, besar kemungkinan juga ini disebabkan oleh undi protes kaum India terhadap MIC (lebih2 lagi G.Palanivel adalah Timb. Presiden MIC) yang mencakupi 19% pengundi di parlimen tersebut. Semasa PRU12, terdapat isu hangat yang melanda kaum India iaitu isu HINDRAF. MIC dilihat gagal membela nasib mereka menyebabkan protes diterjemah dalam peti undi.
Ini juga adalah pendapat yang boleh diterima kerana undi kaum India sebanyak 12,000 di sini.

KETIGA, undi yang diberikan kepada PKR melalui Dr. Zainal mungkin kerana menifestonya di peringkat nasional ketika itu dilihat lebih menguntungkan rakyat. DS Anwar menjanjikan penurunan harga minyak sebanyak 50 sen berbanding manifesto BN yang hanya menawarkan Selamat,Aman dan Makmur.

BN menawarkan manifesto 'selamat' ketika rakyat bimbang tentang keselamatan terutama pada masa itu hangat tentang isu kanak-kanak hilang (i.e nurin jazlin). Perkara sebaliknya dilakukan PKR di kala rakyat resah dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan harian, mereka tampil dengan manifesto yang begitu bergaya dan menggiurkan..yang pasti membuat sesiapa sahaja terkesima. Jika harga minyak diturunkan 50sen merupakan anugerah yang tidak terkira oleh rakyat.

Rakyat juga ketika itu melihat kepimpinan negara cukup lemah kerana gagal menstabilkan ekonomi ketika krisis harga minyak. Rakyat secara umum mengharapkan Anwar untuk membetulkan keadaan dan lebih cenderung untuk meyakini kepimpinan beliau berdasarkan prestasi semasa beliau menjadi TPM. Justeru,undi diberi kepada PKR di Parlimen untuk mengangkat Anwar sebagai PM. Dan jika dilihat, PKR mendapat kerusi terbanyak di Parlimen selepas PRU 2008.

Faktor KEEMPAT adalah faktor calon. Dr Zainal sendiri telah dikenali rakyat setempat. Beliau sebelum menyertai PKR merupakan Timb. Menteri Besar Selangor. Perkhidmatannya yang baik semasa menjawat jawatan itu pada 1999 memberikan kredit kepada beliau apabila berdepan masyarakat setempat.

Sebelum itu,beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun. Jadi bagi orang UMNO,tiada masalah untuk memberi undi kepada beliau. Hal ini kerana ramai juga ahli UMNO yang melakukan protes terhadap kepimpinan pusat di bawah Pak Lah. Bagi umno (yang kuat perkaumannya), lebih baik undi Dr Zainal kerana beliau orang Melayu berbanding mengundi G.Palanivel.

KELIMA, jika dilihat dari segi keputusan pilihanraya,banyak kertas undi yang tidak dipulangkan dan undi rosak. Undi rosak sebanyak 1466 manakala kertas yang tidak dikembalikan sebanyak 223. Jika dicampur, ia merangkumi 1,689 undi.

Ini bukanlah sesuatu yang sedikit. Ia 3.5% daripada keseluruhan undi!! Bukan peratusan yang kecil bagi sesebuah pilihanraya. Jelas di sini dapat kita lihat bagaimana undi protes dilakukan oleh pengundi di Hulu Selangor.

Kesimpulannya, PR tidak berada dalam zon selesa walaupun kerusi itu disandang PKR sebelum ini. Jika umno dapat mengatasi masalah calon,undi protes dan membawakan manifesto yang menarik..tidak mustahil kerusi itu kembali ke tangan mereka dengan majoriti besar.


p/s : Adakah PR mampu mempertahankan kerusi mereka ini?? Bagaimana strateginya??


Sumber : Harakahdaily.Net

 

blogger templates | Make Money Online