Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Ceramah Pakatan Rakyat dihalang dengan tembakan gas

Oleh: Zulkifli Yahaya & Azman Ahmad



Sungai Petani, 23 Mac: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sempat berucap beberapa patah perkataan, sebelum gas pemedih mata ditembak bertalu-talu ke majlis ceramah anjuran KeADILan yang diadakan di Padang Awam, Taman Ria Jaya kira-kira jam 9.20 malam tadi. Majlis ceramah yang mengundang Datuk Seri Anwar dan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak pada awalnya mendapat permit polis, tetapi dibatalkan di saat akhir. Azizan bagaimanapun belum hadir ke tempat ceramah sebelum majlis ceramah disuraikan secara kekerasan oleh pihak polis.

Polis mula melepaskan air kimia ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim
baru memulakan ucapannya


DSAI sedang menyampai ucapannya sejurus sebelum
menerima 'hadiah' dari Polis


Polis mula menyuraikan himpunan ketika orangramai sedang
mendengan ceramah Dato' Seri anwar ibrahim



Orang ramai duduk diatas padang sambil mendengar ceramah
sebelum Polis 'menghadiahkan' semburan air kimia

Orangramai yang hadir bersama keluarga dan anak kecil terpaksa melarian diri apabila polis mula bertindak. Lebih 50 kali tembakan gas pemedih mata dilepaskan dan beberapa kali semburan air kimia Water Canon dihalakan kepada orang ramai. Tindakan Polis melepaskan puluhan gas pemedih mata telah turut merosakkan sebuah kereta orang awam dan menganggu beberapa buah kedai makan berhampiran lokasi ceramah tersebut.

Jalan utama melalui Taman Ria Jaya dan Kelab Cinta Sayang ditutup menyebabkan berlaku kesesakan teruk di sekitar taman perumahan berhampiran. Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan rakus pihak polis, kelihatan berkumpul di merata tempat berhampiran tempat ceramah dan enggan berganjak walaupun diberi amaran berkali-kali oleh pihak polis.

Sementara itu, lebih 20 orang ditahan dan dibawa dengan sebuah trak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani. Antara yang ditahan ialah Senator Zamri Yusoff, Hafiz Ali (Setiusaha KeADILan Kedah), Ismadi (pegawai khas MB Kedah), Gunasegaran (pembantu peribadi calon KeADILan Bukit Selambau), Janapala, Ibrahim Tan Sri Yaakob, Mohd Hafizal Mohamad, Mohd Shafiq Md Sofi dan Lee Hong Meng. Lee adalah aktivis KeADILan yang mengalami sakit buah pinggang dan perlu menjalani proses haemodialisis besok.

Seorang lagi yang belum dikenali dibawa dengan kenderaan lain kerana mengalami luka yang agak teruk di muka.

Disamping itu, kekerasan yang dilakukan Polis turut melibatkan para wartawan yang dilarang mengambil gambar pimpinan PKR yang datang untuk berunding dengan Pihak Polis selepas ’hadiah’ pertama setelah Ketua Umum PKR mengisytiharkan calon PKR untuk Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau. Wartawan dihalau dan dilarang dari mengambil gambar pimpinan PKR yang datang untuk berunding seterusnya ditahan oleh Polis.

Tindakan polis mengenakan kekerasan secara tiba-tiba pada malam ini amat mengejutkan kerana sejak beberapa malam pihak Pakatan Rakyat mengadakan ceramah tidak terdapat sebarang gangguan, malahan mendapat kerjasama yang baik dari pihak polis. Ramai percaya tindakan pada malam ini adalah ‘arahan dari atas’.

'Arahan dari atas’ tersebut menyerlahkan lagi betapa takutnya mereka dengan sokongan yang diperolehi Pakat Rakyat dalam PRU12 dan sokongan masyarakat berbilang bangsa terhadap calon PKR berbanding calon BN dari parti MIC


Pimpinan PKR turun berbincang sebelum mereka ditahan


Sokongan rakyat menakutkan lawan sehingga Polis terpaksa
digunakan.

Isytihar Calon Parti KeADILan Rakyat - N25

Gambar Sekitar Majlis Pelancaran Gerak Kerja Jentera Pemuda Pakatan Rakyat - N25 [ Bukit Selambau ]

Kontijen Pemuda Pakatan Rakyat - PAS,DAP & KeADILan








Bacaan Doa oleh Ketua DPPSP/Exco DPPNK - Ust. Yusuf Awang & Pemuda-pemuda PAS Kawasan Sg. Petani










Pidato Pemuda Pakatan Rakyat :
1 - Ust. Musoddak Hj. Ahmad [ PAS ]
2 - Sdr. Saiful Izham [ KeADILan ]
3 - YB Anthony Loke [ DAP ]



Laporan akhbar Perancis, Nik Aziz gesa Najib bersihkan tuduhan

Muhammad Yusri Amin
Sat | Mar 21, 09 | 10:30:30 am MYT

KOTA BHARU, 21 Mac (Hrkh) - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pendedahan dibuat akhbar Peranchis, Liberation yang membuat tohmahan membabitkan bakal Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaaribu perlu dibersihkan kerana dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia .

"Jadi dalam kes Najib itu, apabila dituduh begitu hebat, dia senyap, maka amat sukar bagi rakyat untuk membersihkan diri bakal Perdana Menteri itu.Oleh itu beliau mesti membersihkan dirinya.

Katanya Nabi Muhammad saw sendiri menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan dan tidak melarang sahabat yang lain daripada bertanya.

"Pemimpin utama dan pertama dalam Islam ialah Nabi Muhammad saw sama ada dalam hal ehwal ekonomi, akhlak, pengurusan luar dan dalam rumah tangga, dan Baginda adalah pemimpin bersih.

"Oleh itu, kalau mahu menjadi pemimpin, mestilah meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian MAPEX ; kempen pembelian rumah rasmi Kerajaan Negeri dan Expo Hartanah Malaysia 2009 di sebuah pasar raya di sini semalam. Image

Mengulas pengumuman Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berhubung kes Dato' Seri Mohd Ali Rustam, yang terbabit dengan politik wang namun beliau masih memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, Mursyidul Am PAS itu berkata, memang beliau telah didapati bersalah.

"Memang pemimpin itu bersalah, tapi kenapa hendak memegang jawatan lagi.

"Kalau orang Melayu hendak menjadi pemimpin, tetapi tidak mahu meniru kepimpinan Nabi Muhammad saw, hendak menjadi pemimpin buat apa,� katanya.

Mengulas cadangan kerajaan perpaduan Melayu (kerajaan campuran), beliau tetap berpendirian tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Oleh itu, persoalan 'bangsa' adalah persoalan kedua, sebaliknya persoalan utama ialah 'Islam' itu sendiri," katanya sambil merujuk pemerintahan PAS di Kelantan yang sudah lebih 18 tahun diterima rakyat dengan baik. - azm _

Pertemuan antara pucuk pimpinan parti perlu setiap masa - Nik Aziz

Mohd Nior Yahya
Sat | Mar 21, 09 | 12:39:14 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Mac - Pertemuan diantara pucuk pimpinan parti seharusnya diadakan pada bila-bila masa dan bukannya kerana sesuatu isu sahaja, demikian dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato�Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Perasmian Kempen Pemilikan Rumah Rasmi Peringkat negeri Kelantan(MAPEX) di KB Mall semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,Kerjaraya,Utiliti dan Alam Sekitar,Mejar(B)Md .Anizam Abd Rahman.

Menurut Nik Aziz lagi, beliau sedia menerima penjelasan Presiden PAS,Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berhubung kerajaan poerpaduan.

Namun katanya ia mestilah berlandaskan ketetapan yang diputuskan dalam Muktamar PAS tahun lalu iaitu mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Bagi saya kalau nak bersatu untuk bela bangsa melayu tanpa mengambil kira Islam, saya tak boleh terima, tetapi kalau ia berkaitan dengan Islam, saya akan sokong dan kalau ada cina sanggup terima Islam tak ada masalah bagi saya, saya nak perkuatkan Islam dan kalau melayu sendiri tolak Islam buat apa dengan melayu jenis ini,"ujar beliau.

"Masalah bangsa ialah masalah kedua, Islam dulu kena buat, macam Islam di Kelantan orang bukan Islam boleh terima, jadi tiada masalah pun",katanya lagi.

Menyentuh dakwaan yang mengatakan ada konspirasi antara Dato Zahid Ibrahim dan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mengaturkan pertemuan Pimpinan PAS dengan Dato Seri Najib, Nik Aziz berkata inilah perkara sampingan dan bagi beliau akan tetap dengan pendirian untuk mematuhi keputusan muktamar PAS tahun lepas.

"Saya ni bagaikan nakhoda kapal, jadi kalau tukang angkat layar nak jumpa dia kena jumpa, tukang sauh nak jumpapun dia kena jumpa juga ,nakhoda kapal ni dia kena jumpa semua anak kapalnya.

"Namun keputusan dia mestilah anak kapal kena patuh, begitu juga keputusan saya ialah kita semua kena mematuhi keputusan di Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu yang ingin memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan kalau ada nak buat selain dari itu, ia mestilah melalui keputusan mesyuarat semua pimpinan parti"katanya lagi./wann _

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

Bashir Ishak
Mon | Mar 16, 09 | 8:06:44 pm MYT

ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

"Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

"Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris," kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, "Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur".

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno," ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

"Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa," jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

"Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini," katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program "Kembara Kasih bahasa".

"Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

"Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong," ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim._

Keputusan & Suasana Pertandingan Bolasepak 9’Sebelah Antara Khariah Kawasan Sungai Petani .

Isnin [ 16-03-09 ]
Sungai Petani : Perlawanan yang bermula pada pukul 9.00 pagi,telah dimenangi oleh Kg. Paya Kercut ( Khariah Pulau Sepom ) yang menewaskan pasukan Seraya FC ( Khariah Matang Berangan ) dengan jaringan gol 2-0. Juara pertandingan ini menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1000 + Piala + Medal, manakala naib johan menerima RM700 + Piala + Medal untuk pemain. Bagi tempat ke 3 & 4 di menangi dari Khariah Bukit Kechik, Simpor iaitu Sinar FC & Bukit Kechik FC. Kedua-dua pasukan tersebut menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300 + Medal.

Hadiah telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Abdullah Bin Jusoh (Pengerusi J/Kuasa Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan )

JuaraNaib JuaraKe-3Ke-4

Urusetia PertandinganPengadil Perlawanan

Hanya 19 peratus Melayu mahu Umno perintah

Abdul Aziz Mustafa
Sat | Mar 14, 09 | 1:52:23 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Hanya 19 peratus dari responden Melayu yang mahu Umno terus memimpin negara, lapor Malaysian Insider dalam berita bertajuk " Umno corrupt, says survey".

Menurut laporan itu, dalam tinjauan Merdeka Centre yang dibuat ke atas 1,031 responden itu, prospek Umno di kalangan masyarakat Cina dan India jelas lebih buruk lagi.

Hanya satu peratus responden berbangsa Cina dan tiga peratus responden berbangsa India yang mahu Umno terus memimpin negara.

Lebih buruk lagi, tidak ada seorang pun responden Cina yang percaya Umno akan melaksana dan menunaikan janjinya walaupun satu peratus di kalangan mereka yang menaruh harapan kepada Umno untuk membangunkan negara ini.

Tinjauan pendapat itu juga jelas memperlihatkan imej Umno semakin buruk.

61 peratus berpendapat rasuah adalah masalah Umno yang paling serius manakala 13 peratus peratus berpendapat masalah kedua Umno yang paling serius ialah kegagalan parti itu memahami masalah rakyat.

Selaras dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cekap, lemah dan pengecut, para pengundi juga bimbang dengan "pemimpin yang lemah" dan "pentadbir ekonomi yang lemah" dalam Umno.

Dari 1,031 responden itu, 57 peratus adalah orang-orang Melayu, 31 peratus China and 12 peratus India berdasarkan tinjauan rawak.

Kajian Merdeka Center itu dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, mengulas isu rasuah Umno di dalam blognya, Dr Mahathir tidak percaya ada ahli-ahli parti itu yang akan didapati bersalah kerana terlibat dengan rasuah politik menjelang pemilihan parti itu bulan ini.

"Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah," katanya.

Mengulas pendedahan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang mendedahkan bahawa pihaknya menerima 900 aduan yang sebahagiannya berkaitan dengan politik wang, Dr Mahathir berkata: "Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.

"Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.

"Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?"

Sekarang, kata bekas Presiden Umno itu, "kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti.

"Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah? Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?"

Menurut Dr Mahathir, wakil-wakil ke perhimpunan agong Umno bulan ini "boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.

"Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku Umno dan pemilihan yang akan dilakukan," katanya.

Dr Mahathir mengingatkan, jika pada bulan Mac tahun lalu ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli Umno yang kecewa telah mengundi parti lawan, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan mengundi parti lawan sekali lagi jika mereka lihat Umno sudah diambilalih oleh perasuah._

Gaji Pengerusi Syabas RM425,000 sebulan, mampu tampung bil air rakyat

Azamin Amin
Fri | Mar 13, 09 | 2:58:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_

Kerajaan tidak cadang salur bantuan kepada Hamas

Azamin Amin
Fri | Mar 13, 09 | 3:48:38 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Walaupun Kerajaan Hamas adalah kerajaan yang sah di sisi undang-undang dan dipilih oleh rakyat namun kerajaan Malaysia tidak bercadang untuk menyalurkan bantuan kepada Hamas.

Ini termasuklah tidak menyalurkan bantuan kepada PLO dan Palestinian Authority kerana bimbang disalahgunakan.

Demikian dijelaskan Timbalan Menteri Luar Dato' Abdul Rahim Bakri di Dewan Rakyat baru-baru ini berhubung dengan agihan bantuan kepada penduduk Gaza yang diganasi rejim zionis Israel.

"Sebenarnya, setakat ini kita mengambil keputusan bahawa bantuan-bantuan atau pun sumbangan-sumbangan yang diberikan oleh sama ada orang awam atau pun kerajaan disalurkan kepada NGO-NGO kita. Ini kerana kita tidak mahu perkara serta bantuan-bantuan ini, kita mahu ianya benar-benar digunakan bagi menolong mereka yang telah cedera dan juga mengalami pelbagai masalah akibat daripada serangan tersebut.

"Setakat ini, kita tidak bercadang untuk menyalurkan sama ada kepada PLO atau pun Palestinian Authority atau pun kepada Kerajaan Hamas. Ini kerana kita ingin supaya bantuan ini benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan dan tidak disalahgunakan oleh sesiapa juga," katanya menjawab soalan tambahan daripada Ibrahim Ali (Bebas- Pasir Mas)

Sebelum itu beliau memberitahu bahawa Kementerian Luar Negeri memang bercadang untuk mengagihkan bantuan yang telah terkumpul sebanyak RM12.4 juta kepada beberapa NGO-NGO yang telah dikenal pasti yang akan bertanggungjawab untuk mengagihkan bantuan ini kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza yang telah mengalami serangan baru-baru ini.

Antara NGO-NGO yang telah dikenal pasti katanya ialah MERCY, Yayasan Salam, Yayasan Aman Palestin, Coalition Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinian, Muslim Care, Haluan Palestin Peace Malaysia, Yayasan Wanita Islam, Mawaddah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Malaysian Social Research Institute, dan Dewan Pemuda Masjid Malaysia.

Katanya kerajaan telah mengaktifkan akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin dan setiap sumbangan orang awam ke tabung ini akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Katanya setakat 10 Mac 2009 jumlah dana orang awam yang diterima dan terkumpul di dalam akaun tersebut ialah berjumlah sekitar RM12,741,000.

Namun katanya bagi tabung-tabung lain yang diusulkan oleh badan-badan bukan kerajaan dan tidak menyerahkan kepada tabung amanah, dimaklumkan bahawa kerajaan tidak mempunyai peruntukan undang-undang khas untuk mengawal selia tabung-tabung berkenaan. - azm _

"Kita datang bukan untuk berperang..." - Ustaz Hadi

Ekmal Yusoff
Tue | Mar 10, 09 | 9:58:44 am MYT

TAIPING, 10 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengaku telah terkena beberapa kali gas pemedih mata dan pancutan 'water cannon' ketika menyertai "Himpunan Aman 100,000 Mansuhkan PPSMI" disekitar Masjid Negara, 7 Mac lalu.
"Padahal, kita datang beramai-ramai bukan untuk berperang, tetapi sekadar menunjukkan benci pada tindakan Umno-Barisan Nasional masih menggunakan bahasa penghantar Inggeris dalam Sains dan Matematik,"jelasnya ketika berceramah di Simpang Empat dekat sini baru-baru ini

Kata Ustaz Hadi protes PPSMI itu melibat puluhan ribu rakyat terdiri dari pakar akademik, ilmuan, pelajar-pelajar universiti, pejuang-pejuang Bahasa Melayu dan pegawai-pegawai kerajaan turut hadir membantah sikap kerajaan benak hati itu.

Tegas Dato� Seri, sepatutnya setelah negara merdeka sejak 51 tahun lalu semakin bertambah dan kukuh penggunaanya Bahasa Melayu itu malah diperluaskan kegunaanya ke segenap sudut dan masyarakat.

"Tapi nampaknya semakin tahun Bahasa Melayu hendak dicampakkan dengan digantikan kepada Bahasa Inggeris. Oh! Sungguh sangat-sangat dikesali sikap pemimpin Umno,"runggutnya.

Tegas Abdul Hadi, semua negara di dunia ini menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa penghantar dalam mata pembelajaran di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat seperti di Jepun, China, Hongkong, Perancis dan negara-negara maju lainnya.

"Tidak salah menambahkan pengetahuan dengan mempelajari bahasa-bahasa lain. Tetapi, untuk mengilmukan rakyat di negara ini juga bagi ikatan perpaduan majmuk haruslah menggunakan bahasa penghantar bagi sosial dan ilmuannya dalam Bahasa Melayu," tegas Hadi Awang.

Sebagai contoh, jelasnya, sembahayang menggunakan Bahasa Arab tapi bagi mempelajarinya perlu menggunakan bahasa ibunda Bahasa Melayu termasuk mengerjakan fardhu Haji harus dalam Bahasa Arab, namun untuk mempelajarinya mesti dalam bahasa mudah difahami iaitu Bahasa Melayu.

"Juga yang terpenting kata perbidalan Melayu �Bahasa itu menunjukkan Bangsa," tegas Ustaz Hadi. - azm _

Memorandum GMP kepada Yang di-Pertuan Agong

Gerakan Mansuh PPSMI
Mon | Mar 09, 09 | 3:45:02 pm MYT

Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik sekalian mohon diampun.

Adapun Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 hari bulan Januari 2009. Alhamdulillah sejak itu sambutannya di seluruh negara sangat memberangsangkan.

MENGAPA KAMI SEKALIAN MEMBANTAH PPSMI

Patik sekalian membantah PPSMI dan meminta kerajaan memansuhkannya atas beberapa sebab utama seperti yang kami jelaskan berikut:

1. Dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu (iaitu Bahasa Kebangsaan Malaysia) di sekolah kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak Kemerdekaan berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957, kemudian Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya Akta Pendidikan 1996, telah mencapai kejayaan yang luar biasa dan tidak pernah menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius.

Banyak pelajar kita, beratus ribu banyaknya, malah lebih 3 juta (dari tahun 1957 hingga tahun 2003) telah berjaya mempelajari ilmu sains dan matematik dalam bahasa mereka sendiri dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi.

Semua orang tahu akan kejayaan dasar yang asal itu dan banyak bukti tentang kejayaan itu dapat kami tunjukkan tetapi kami tidaklah berhasrat untuk membebankan pembaca dengan datanya yang agak banyak dan panjang.

2. Tidakkah orang yang membuat keputusan yang tidak munasabah itu sedar bahawa hasil daripada dasar pelajaran kebangsaan yang menetapkan bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan Malaysia) sebagai bahasa pengantar utama, ratusan ribu pelajar kita (seperti yang tersebut di atas) pandai sains dan matematik dalam bahasa sendiri, dan ribuan daripada mereka berjaya menjadi profesor yang mengajar sains dan matematik di peringkat pengajian tinggi dalam bahasa sendiri, menjadi ahli sains, jurutera, pakar-pakar perubatan, pandai berbincang, mengarang buku sains, menerbitkan hasil-hasil kajian saintifik dalam bahasa sendiri, iaitu bahasa Melayu, di samping bahasa Inggeris (kalau perlu)?

Tidakkah mereka tahu bahawa sebelum tahun 2003 jumlah tesis Sarjana Sains (M. Sc.) dalam bidang sains dan matematik yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih 2,000 (dua ribu buah) manakala tesis Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang tersebut yang ditulis dalam bahasa Melayu berjumlah lebih kurang 400 buah?

3. Maka kami berasa amat hairan dan terperanjat mengapa dasar yang sudah baik dan berjaya itu, dasar yang tidak menimbulkan apa-apa masalah yang besar dan serius itu, tiba-tiba dimusnahkan dan digantikan dengan PPSMI?

4. Keputusan PPSMI yang dibuat dalam tahun 2003 itu dibuat dengan mengejut tanpa apa-apa perbincangan, tanpa apa-apa perundingan dengan pakar-pakar pendidikan dan bahasa, tanpa memikirkan baik buruknya terhadap bahasa Melayu dan terhadap pelajar dan guru yang telah cukup biasa mengajar dan belajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (atau dalam bahasa ibunda di Sekolah Jenis-Kebangsaan Cina dan Tamil) selama lebih 37 tahun!

Tiba-tiba anak-anak kita yang tidak mengetahui bahasa Inggeris sepatah pun, kebanyakannya dari kawasan luar bandar, dipaksa belajar sains dan matematik dalam bahasa yang mereka tidak tahu itu. Beberapa orang ahli bahasa di Barat menganggap bahawa ini adalah contoh dasar English linguistic imperialism atau dasar penjajahan bahasa Inggeris yang berlaku di beberapa banyak negara bekas jajahan British, menyebabkan kebanyakan bangsa peribumi atau negara itu tidak maju sains dan teknologi.

5. Antara sebab yang dikemukakan oleh pihak yang cuba mempertahankan PPSMI ialah: Kalau orang Melayu atau pelajar Melayu mahu pandai dan maju dalam bidang sains dan matematik mereka hendaklah mempelajarinya dalam bahasa Inggeris, tidak dalam bahasa sendiri, yakni bahasa Melayu. Mengapakah setelah lebih 37 tahun pendapat yang salah dan karut ini digunakan untuk mengubah dasar asal dan menggantikannya dengan dasar PPSMI? Tidak ada bukti ilmu dan empiris yang kukuh untuk mempertahankan alasan itu.

Hampir semua bangsa dan negara yang maju sains dan teknologi mengajar sains di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi dalam bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda mereka masing-masing. Sekadar menyebut beberapa contoh, Negara China, Jepun, Korea, Vietnam, Thailand, Indonesia, semua negara Eropah (termasuk Britain), Rusia dan negara-negara Skandinavia tidak mengajar sains dan teknologi dalam bahasa asing.

6. Kebanyakan negara Afrika yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi dan bahasa pendidikan, baik di peringkat menengah dan peringkat tinggi, mahupun di peringkat sekolah rendah, tidak maju sains dan teknologi. Negara Brunei Darussalam tidak menggunakan bahasa Melayu untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di universiti dan kita tahu negara itu tidak maju sains dan teknologi, yakni negara itu tidak sama taraf kemajuan sains dan teknologinya dengan negara seperti Jepun, Korea dan negara China atau Taiwan.

Korea Utara adalah negara kuasa nuklear. Negara itu tidak mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Begitu juga, di Filipina, negara berbahasa Inggeris yang terbesar di Asia atau Asean, tidak menggunakan bahasa Filipina untuk mengajar sains dan matematik di sekolah menengah dan di peringkat pengajian tinggi, dan kita tahun negara itu tidak merupakan negara maju sains dan teknologi.

Kebanyakan eksport Filipina, menurut seorang ahli ekonomi Filipina, ialah pembantu rumah dan pekerja biasa; kelebihan mereka ialah, mereka boleh bertutur dalam bahasa Inggeris di peringkat rendah.

7. Beberapa banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan dan bahasa di seluruh dunia membuat kesimpulan bahawa manusia, mulai peringkat kanak-kanak, lebih mampu berfikir secara kreatif dan dapat memahami konsep-konsep ilmu dengan lebih mudah dan cepat dalam bahasanya sendiri.

Hal ini dapat kita lihat berdasarkan hakikat bahawa semua karya besar di dunia, baik dalam bidang sains mahupun sastera, dihasilkan dalam bahasa ibunda atau bahasa asal atau bahasa kebangsaan pengarang itu.

Kebanyakan pemenang Hadiah Nobel tidak datangnya dari golongan berbahasa Inggeris. Yang terbaharu, Hadiah Nobel Fizik tahun 2008 ialah 3 orang ahli sains Jepun yang menghasilkan kajian dan karya mereka dalam bahasa Jepun.

Kajian di Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa buah negara di Eropah dan Afrika dan Hong Kong menunjukkan bahawa pelajar sains dan matematik dalam bahasa bukan ibunda merosot prestasi mereka dan tidak pula meningkatkan penguasaan atau kemahiran bahasa asing mereka. Pertandingan antarabangsa sains dan matematik yang diadakan tiap-tiap tahun untuk pelajar sekolah dimenangi oleh pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda masing, tidak dalam bahasa asing.

8. Setelah enam tahun berjalan, PPSMI masih tidak berkesan dan banyak menimbulkan masalah yang kebanyakannya tidak didedahkan kepada umum. Pengumuman Keputusan UPSR Tahun 2008 menunjukkan hanya 31.1% (159,234) murid sahaja daripada 511,875 murid Tahun 6 yang menjawab Kertas Sains dalam bahasa Inggeris. Ini bererti sebanyak 68.9% (352,641) murid tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bukti kegagalan mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, walaupun dipaksakan kepada pelajar itu.

9. Dalam mata pelajaran matematik pula, 46.6% (238,153) murid daripada 511,499 jumlah murid yang menduduki peperiksaan Matematik UPSR menjawab dalam bahasa Inggeris. Ini bererti 53.4% atau seramai 273,346 murid menjawab dalam BM atau BM/BI. Ini juga bukti kegagalan pengajaran matematik dalam bahasa Inggeris kepada pelajar berbahasa Melayu.

10. Kedua-dua angka yang tersebut pada para 8 dan 9 di atas menunjukkan peratus pelajar atau seramai 352, 641 pelajar tidak faham bahasa Inggeris untuk menjawab soalan dalam bahasa ini, dan seramai 273, 346 murid tidak memahami matematik yang diajarkan dalam bahasa Inggeris. [Catatan: ini tidak bererti bahawa pelajar itu tidak mempunyai "otak" atau minat untuk belajar atau memahami sains atau matematik; puncanya ialah, mereka tidak memahami soalan yang dibuat dalam bahasa Inggeris, samalah seperti kita cuba mengajar sains dan matematik kepada pelajar Inggeris di England dalam bahasa Melayu atau bahasa Jepun dan bahasa-bahasa lain yang mereka tidak faham satu patah pun].

HASIL KAJIAN

11. Hasil kajian sebenar dan bebas yang dilakukan oleh pasukan penyelidik seramai 50 orang pensyarah dari 7 buah Universiti (UPM, UiTM, UPSI, USM, UUM, UMS dan UTM) dengan selain Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) di 70 buah sekolah menengah (pelajar Tingkatan 4) dan 90 buah Sekolah rendah di seluruh negara (murid darjah 5) membuat kesimpulan bahawa PPSMI telah gagal memberikan manfaat kepada pelajar, khususnya pelajar-pelajar Melayu di sekolah kebangsaan luar bandar.

Di beberapa buah negeri, misalnya Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak, peratusan pelajar yang gagal (markah D & E) melebihi 50%. Prestasi SPM 2007 jelas menunjukkan bahawa bilangan pelajar Melayu yang cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA (MPRSM) juga menunjukkan kemerosotan yang merudum, terutama dalam mata pelajaran Kimia dan Matematik.

12. Dua kajian lain telah dilakukan, iaitu (a) kajian yang dibuat oleh Profesor Emeritus Dato� Isahak Haron dari UPSI Januari 2008), terhadap 1703 murid tahun 5 di 28 buah Sekolah rendah dan terhadap 1692 guru, dan (b) kajian yang dibuat oleh Profesor Datin Dr. Juriah Long (dari UKM) ke atas pelajar Tingkatan 2 di 242 buah Sekolah Menengah di seluruh negara yang meliputi 7,236 pelajar (2004) dan 707 guru matematik dan 701 guru Sains. Hasil dapatan kedua-dua kajian ini hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh PEMBINA.

APAKAH UKURAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGABSAHKAN PPSMI?

13. Perkara yang sangat merunsingkan kami ialah, dalam percubaannya untuk mempertahankan PPSMI dan membuktikan bahawa dasar PPSMI itu 'sudah berjaya' atau 'akan berjaya', para pegawai di Kementerian Pelajaran cuba menurunkan markah lulus mata pelajaran sains dan matematik sehinggakan murid yang mendapat markah 30% dianggap sudah boleh lulus (yakni mendapat markah B dan C).

Kalau cara yang 'mengelat' ini digunakan untuk mengatakan bahawa jumlah pelajar yang lulus dalam sains dan matematik dalam bahasa Inggeris semakin meningkat alamatlah mutu pelajaran pelajar kita dalam bidang ini akan menurun, tidak tinggi. Sebelum tahun 2003 semasa sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Melayu mutu pelajaran dalam mata pelajaran ini tidak direndahkan atau dengan kata lain, markah lulusnya tidak diturunkan.

GMP TIDAK FANATIK BM DAN TIDAK ANTI BAHASA INGGERIS

14. Kami tidak didorong oleh apa-apa emosi atau fikiran yang tidak rasional atau oleh perasaan anti-bahasa Inggeris. GMP juga bukan 'gila bahasa Melayu'. Kami cuma mahu mempertahankan dasar yang betul dan baik dan menolak dasar yang salah. Dasar yang salah, yang boleh memudaratkan bangsa kita, harus ditolak. Dasar yang baik harus disokong.

Pendapat yang mengatakan bahawa bangsa yang tidak menuntut ilmu sains dalam bahasa Inggeris, bangsa itu tidak akan maju dalam bidang sains adalah pendapat yang sama sekali tidak benar. Kita tidak perlu membuang masa membuat kajian yang panjang lebar untuk membuktikan bahawa pandangan itu sama sekali salah.

15. Hal yang sangat menghairankan kami dan orang yang berilmu di mana-mana sahaja ialah, 'pendapat' atau 'teori' yang mengatakan bahawa pelajar kita boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kalau pendapat ini benar, tidak perlulah pelajar kita belajar bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tersendiri. Tidak pernah kita mendengar orang belajar bahasa asing melalui pelajaran sains dan matematik dalam bahasa itu.

Bahasa Inggeris seharusnya diajarkan melalui pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang tersendiri (mengajar nahu, membaca sastera dalam bahasa Inggeris, dan sebagainya), tidak melalui pelajaran sains dan matematik. Kajian yang disebut para perenggan 7 di atas mengesahkan perkara ini.

16. GMP telah menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan serius untuk membaiki pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua atau bahasa asing (foreign language) di sekolah kebangsaan untuk memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa ini dengan baik setelah mempelajarinya selama sebelas tahun dari Darjah I hingga Tingkatan V.

Selama ini kebanyakan pelajar kita, terutama di Sekolah Kebangsaan di luar bandar, tidak fasih berbahasa Inggeris walaupun bahasa ini telah diajarkan kepada mereka selama 11 tahun. Masalah inilah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan, bukan mengubah dasar yang sudah baik dan berjaya, lalu menimbulkan masalah yang tidak patut timbul.

17. Terakhir, bangsa Melayu hendaklah sedar bahawa bahasa Melayu adalah salah satu bahasa yang terbesar di dunia, diketahui oleh lebih 280 juta manusia di seluruh dunia, khususnya di kawasan induknya, iaitu kawasan Melayu-Indonesia.

Akhir kalam, patik sekalian, dengan penuh takzim, dengan harapan yang tinggi, memohon kepada Ke Bawah Duli Tuanku, Raja Yang Berdaulat dan Ketua Perlembagaan Negara Malaysia, sudi apalah kiranya Duli Tuanku berkenan menerima Warkah Memorandum ini.

Atas limpah berkenan Ke Bawah Duli Tuanku menerima perutusan patik sekalian menghadap Tuanku untuk mempersembahkan Memorandum ini ke bawah Duli Tuanku, patik sekalian menjunjung kasih yang tidak terhingga, dan berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga Duli Tuanku Dilimpahi rahmat dan hidayah sebagai Ketua kepada Perlembagaan Negara Malaysia.

Sekianlah patik sekalian persembahkan. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Patik sekalian yang berdatang sembah. _

Seminar Pembangunan Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang

Oleh: AMELIA HASHIM

SUNGAI PETANI: Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato’ Seri Tunku Puteri Intan Safinaz akan merasmikan Seminar Warisan Kerajaan Melayu Lembah Bujang di Kelab Cinta Sayang, di sini. Seminar ini anjuran bersama Institut Alam Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dengan Pusat Warisan Seni Melayu Fakulti Senibina Perancangan dan & Ukur , Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 31 Mac hingga 1 April.

Seperti yang umum maklumi Lembah Bujang merangkumi Kawasan cerun Gunung Jerai ke Seberang Perai hinggalah ke Cherok Tok Kun di Selatan dan di Utara Gunung Jerai ialah Bukit Choras. Dalam kawasan Lembah Bujang terdapat dua buah sungai utama iaitu Sungai Merbok dengan anak sungainya Sungai Bujang dan Sungai Muda serta anak sungainya Sungai Mas dan Sungai Terus. Dalam Lembah Bujang terdapat beberapa buah bukit kecil antaranya Bukit Pendiat, Bukit Meriam, Bukit Kecil dan Bukit Batu Pahat.

Penyelidikan arkeologi sama ada dalam bentuk kegiatan purbawanism atau arkeologi bermula sejak 1840an melalui kegiatan Kol. James Low. Kegiatan arkeologi itu berterusan sehingga hari ini. Antara penyelidikan utama ialah I.H.N Evans (1920an),H.G Quaritch Wales (1930an dan 194an), Alastair Lamb (1950an dan 1960an), Prof Dato’ Dr Nik Hassan Suhaimi (1970an hingga kini) dan Dr Adi Taha (1977). Hasil penyelidikan membuahkan penemuan tapak-tapak arkeologi dan artifak warisan kerajaan Kataha dalam bentuk warisan agama Buddha dan Hindu.

H.G Quarich Wales menemui lebih 30 peninggalan monumen candi dalam tahun 1030an dan pasukan penyelidik jabatan Muzium Malaysia (SERU) dalam tahun 1960an menambah bilangan tersebut kepada 80an. Penyelidikan tahun 1070an mengesahkan Kawasan Sungai Mas adalah pusat awal kerajaan Kataha dan dalam 1970an juga Dr Adi Taha berjaya mengeksvasi tapak 17,21 dan 22 awal tahun 2000 fokus penyelidikan arkeologi di dua tempat iaitu Pengkalan Bujang dan Sungai Mas. Penyelidikan di dua kawasan ini diteruskan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga kini.

Objektif seminar ini ialah untuk mengumpul penyelidik dan pengkaji warisan Lembah Bujang dalam pelbagai disiplin. Untuk menyediakan pentas supaya penyelidik dan pengkaji dapat berbincang mengenai isu-isu arkeologi Lembah Bujang bagi menyedarkan masyarakat Malaysia dan dunia tentang kewujudan sebuah kerajaan Melayu tertua di Malaysia dengan nama Kataha /Chieh Cha/Kadaram/Kidaram dan warisannya.

Selain itu untuk menyebarkan pengetahuan terkini tentang perkembangan penyelidikan arkeologi di Lembah Bujang dan menunjukkan peta taburan tapak-tapak arkeologi di situ. Juga untuk menyediakan sebuah “blue-print” bagi pembangunan warisan Lembah Bujang dalam aspek penyelidikan, pemeliharaan, pemuliharaan dan pelancongan budaya.

Pada seminar itu Dato’ Dr Affifudin Haji Omar akan menyampaikan ucaptama yang bertajuk Pembangunan Warisan Lembah Bujang. Manakala Tan Sri Ahmad Sarji dan Tan Sri Omar Hashim juga akan memberi ucaptama dengan tajuk masing-masing.

Seminar selama dua hari itu akan dipenuhi dengan kertas kerja oleh pakar dan sarjana sejarah universiti tempatan termasuklah Prof Madya Dr Mokhtar Saidin (USM) Peranan Sains Dalam Penyelidikan Arkeologi di Lembah Bujang, Dr Asyaari Muhamad (UKM) Penemuan Seramik Perdagangan di Lembah Bujang, Encik Zuliskandar Ramli (UKM), Penemuan Manik di Lembah Bujang Encik Supian Sabtu (UM) Candi Lembah Bujang- Satu Penilaian, Encik Ipoi Datan (Muzium Sarawak) Protosejarah di Sabah dan Sarawak dan Prof Dato’ Dr Othman Yatim (UM) Makam Bersejarah Di Lembah Bujang.

Lain-lain pembentang kertas kerja ialah Encik Ahmad Hakimi Khairuddin (UM) Hikayat Merong Maha Wangsa dari Perpektif Arkeologi, Prof Madya Amran Abdul Rahman & Prof Madya Nakiah Md Md Amin (UiTM) Menyelusuri Jejak-Jejak Warisan Pelayaran Sungai, Prof Madya Syed Mohd Hassan Syed Subli & Cik Ezlina Mohd Ahnuar (UT Mara) Perancangan & Pembangunan Perkampungan Budaya Lembah Bujang, Dr Noraini Othman (UT Mara) Pengalaman Pembangunan Pelancongan Berteraskan Arkeologi Luar Negara, Prof Madya Abd Azis Abd Majid (UT Mara) Mewujudkan Pelan Pelancongan Arkeologi Lembah Bujang, Encik Yahya Abu Bakar (UKM) Asal Usul Agama Islam Lembah Bujang dan Cik Norsam Lebai Itam (UT Mara) dengan tajuk kertas kerja Asimilasi Agama Hindu & Buddha Dalam Budaya & Senibina Melayu.

Sementara sesi pleno pula oleh Prof Dato’ Dr Nik Hassan Suhaimi Nik Abd Rahman (UKM) Penemuan Arkeologi dan Cabaran Untuk Memperkasakan Penyelidikan Warisan Lembah Bujang, Prof Dr Jamaludin Md Jahi (UKM) Geomofologi, Flora dan fauna Lembah Bujang, Dato’ Dr Adi Taha (UKM) Sejarah Penyelidikan Arkeologi Lembah Bujang dan Prof Madya Dr Wan Salleh Wan Ibrahim (UT Mara) Pelestarian Taman Sejarah Lembah Bujang.

Segera selesai isu PPSMI,Abdullah perlu jujur!

Mohd Khalil Abdullah | Foto Nasir Sudin
Sun | Mar 08, 09 | 9:51:27 am MYT

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu membuktikan kejujurannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu terutamanya isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Demikian pandangan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah,Ahmad Lutfi Othman apabila memberikan kenyataan balas mengenai ulasan Abdullah semalam bahawa pihak kerajaan (Kementerian Pelajaran) perlu segera untuk selesaikan isu PPSMI.

"Abdullah perlu segera bertindak dan bukannya menyerahkan kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan bagi menyelesaikan isu PPSMI ini.

"Sebagai Perdana Menteri beliau boleh bertindak sebagai kuasa eksekutif tertinggi kerajaan untuk mengembalikan semula dasar lama...tidak perlu tunggu dan arah pihak lain,"jelas Lutfi kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Ini masa untuk Abdullah tinggalkan satu legasi

Menurutnya, jika Abdullah jujur sewajarnya kerajaan hanya perlu ambil amsa yang singkat untuk bertindak.

"Inilah masanya untuk Abdullah meninggalkan satu legasi dalam perjuangan bahasa Melayu,orang akan kenang sebab tempoh pemerintahannya tidak lama,"katanya sambil merujuk kepada pelan peralihan kuasa yang akan berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno kelak.

Dalam pada itu, kata Lutfi, apa yang berlaku semalam adalah satu isyarat jelas kepada kerajaan bahawa rakyat benar-benar mahukan satu perubahan pada dasar PPSMI ini.

"Ada budak kecil darjah lima...dan kakak dia darjah enam bersama ayah dia...sayu saya,mereka sanggup redah dan gagahkan diri dalam kepulan asap dan gas pemedih mata.

"Bukan itu sahaja...tidak pernah dilihat satu gelombang besar sebegini dalam isu bahasa. Rakyat bukan sahaja Melayu malah di kalangan bukan Melayu juga ada...ini menunjukkan satu kesepaduan untuk membantah dasar PPSMI yang menindas,"jelasnya lagi sambil menambah bahawa tidak terlewat untuk Perdana Menteri bertindak.

Oleh itu tambahnya,Abdulah perlu jujur dan segera bertindak serta tidak perlu lagi untuk menunggu.

"Jika tidak rakyat akan terus kenang dia sebagai Perdana Menteri yang meng'keranda'kan bahasa ibunda sendiri,"tegasnya.

GMP sambut baik, suara rakyat didengari

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr Hassan Ahmad menyambut baik kenyataan Abdullah supaya keputusan PPSMI dibuat dengan segera.

Beliau melihat kenyataan terbaru Perdana Meteri itu sebagai isyarat positif mengenai masa depan PPSMI.

"Baguslah Perdana Menteri bersuara mengenai isu ini.

"Kita juga mahu Kementerian Pelajaran mempercepatkan keputusan mengenai status PPSMI setelah ia dilaksanakan selama enam tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini kepada akhbar online.

Tambah beliau, bantahan yang disuarakan GMP termasuk melalui perarakan yang diadakan hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara menampakkan hasil positif.

"Nampaknya suara rakyat semakin didengari, itu yang kita mahukan.

"Namun apa yang lebih penting seluruh rakyat mengharapkan supaya pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing.

"Keputusan yang bakal dibuat nanti mestilah ikut kemahuan rakyat yang mengharapkan dasar PPSMI dimansuhkan," katanya.

Jelasnya, memansuhkan PPSMI bukan bermaksud pihaknya memboikot penggunaan bahasa Inggeris.

"Kita bukan tidak suka bahasa Inggeris, kita tetap mahu kerajaan tingkatkan mutu pembelajaran bahasa Inggeri kepada para pelajar.

"Bahasa Inggeris perlu dikuasai oleh pelajar kita, tapi bukan dengan cara menggunakannya dalam sistem pembelajaran Sains dan Matematik," katanya.

Isu PPSMI perlu selesai dengan segera


Semalam Abdullah meminta isu PPSMI diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan dan akan menjadi isu yang lebih besar," jelasnya selepas melancarkan novel 'Dragon Fire Hammer' karya Adam Umemoto,14, di Petaling Jaya semalam.

Dalam kenyataan kepada media itu, beliau berkata kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khususnya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

Beliau mengulas isu tersebut selepas berlangsungnya demonstrasi besar anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) ke Istana Negara petang semalam.

Beliau berkata sebelum ini, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI.

Bagaimanapun, tambahnya, kementerian berkenaan buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu. - mks. _

Bukit Selambau: Ada usaha taja calon bebas Melayu?

Oleh Izwan Abdul Halim | izwan@harakah.net.my
Sun | Mar 08, 09 | 12:08:51 pm MYT

BUKIT SELAMBAU, 8 Mac (Hrkh) - Setelah 50 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), tidak ada sebarang kemajuan ketara berlaku mahupun dikecapi penduduk Bukit Selambau. Malah suara-suara penduduk mengakui bahawa pekan kecil itu semakin ketinggalan dari arus pembangunan.

Di sebalik suasana suram itu, Bukit Selambau tiba-tiba sahaja dikenali di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat apabila TV3 pada hujung tahun lalu mempromosikannya sebagai tempat cadangan ladang ternakan babi.

Kini sekali lagi nama Bukit Selambau menjadi besar apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) yang bakal berlangsung April depan menyebabkan tumpuan mula dihalakan ke Dun tersebut.

Sejarah mula tercipta, selepas Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok menganjurkan ceramah di sini dengan jumlah hadirin teramai dalam sejarah Dun Bukit Selambau baru-baru ini kira-kira 10,000 hadirin membanjiri tempat yang sama mendengar pidato disampaikan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Walaupun hujan turun, hadirin kelihatan tidak berganjak mendengar ceramah yang disampaikan beliau dan pimpinan lain.

Suasana itu memberi mesej jelas kepada BN terhadap penerimaan rakyat di Dun Bukit Selambau yang sejak seminggu lalu juga telah giat mengadakan siri-siri ceramahnya. Namun yang pasti, bukan sahaja jumlah kehadiran ke ceramah mereka tidak mencecah 100 pendengar, malah isi ceramah turut ditertawakan hadirin.

Menurut sumber, isi ceramah hanya mempertikaikan kandungan manifesto PAS yang dikatakan tidak tertunai selepas setahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri. Menariknya, sumber tersebut juga memberitahu wujud dua ceramah BN di dalam satu kawasan perumahan kerana dianjurkan oleh dua pasukan Umno.

Wang juga bakal mencurah ke Bukit Selambau kerana menurut sumber tersebut, perbelanjaan pengubahsuaian Bilik Gerakan BN di Amanjaya sahaja melibatkan kos sebanyak RM65,000.

Sumber turut memaklumkan, usaha menaja beberapa calon bebas Melayu giat dijalankan. Malah seorang bakal calon telah menyiapkan pasukan awalnya yang bergerak dengan kenderaan terdiri daripada tiga Proton Waja bernombor pendaftaran dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dua Nissan Lavina bernombor pendaftaran dari Kedah. Masing-masing kenderaan tersebut berwarna kelabu.

Semua petunjuk awal ini memberi gambaran bahawa rakyat semakin mendekati Pakatan Rakyat sedang BN kian berpecah sesama sendiri. Di ketika Pakatan Rakyat semakin membina kekuatan, BN pula menuju saat-saat keruntuhan. Seluruh dunia sedang memerhatikan Bukit Selambau! - mks. _

Himpunan 100 ribu: Polis bedil Masjid Negara,124 ditahan!


Oleh Irwan,Saidah,Anis,Intan,Salmiyah, Roy, Arif & Atriza. | Foto Wan Zahari & Nasir Sudin
Sat | Mar 07, 09 | 9:18:15 am MYT

Terkini|KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Maklumat terkini daripada petugas Harakah di lokasi memaklumkan bahawa pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air daripada 'Water Cannon' kepada orang ramai yang berada di dalam kawasan Masjid Negara.
Berikut adalah beberapa perkembangan terkini yang dibawa secara langsung oleh para wartawan Harakah yang bertugas di 3 lokasi perhimpunan serta di kawasan Istana Negara:
5.00 petang: Ketika berita ini ditulis,dilaporkan seramai 124 orang telah ditahan.
3.45 petang: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dihalang pihak polis daripada bergerak ke Istana Negara.
3.25 petang: Sebahagian peserta himpunan tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam masjid oleh pihak polis.
3.15 petang: Pihak berkuasa mula menyembur pancutan air daripada 'Water Cannon' dan melepaskan gas pemedih mata sebanyak 5 das kepada orang ramai yang sedang berehat di Masjid Negara.
3.00 petang: Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.
2.55 petang: Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. Sebelum itu,beliau kelihatan diiringi pihak polis untuk masuk ke dalam kawasan istana dan keluar semula kira-kira 15 minit kemudian.
2.50 petang: Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.
2.35petang: pihak polis mula melepaskan berpuluh gas pemedih mata.
2.30 petang: Dianggarkan lebih 150 ribu orang sedang berusaha untuk menembusi sekatan FRU di jalan menghala ke Istana Negara.
2.21 petang: Kumpulan daripada Sogo yang berarak telah mula bersatu dengan kumpulan daripada Dayabumi,dianggarkan lebih 5,000 orang ketika ini sedang bergerak ke arah Istana Negara.
Sementara itu, dilaporkan bahawa FRU sedang mengalihkan trak untuk membuat hadangan terhadap kumpulan daripada Masjid Negara.
2.20 petang: Dianggarkan lebih 1,000 orang sedang berarak daripada Pasar Seni ke arah Dataran Merdeka dengan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik.
Sementara itu, di Istana Negara para wartawan telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan istana oleh polis. Dilaporkan,pihak polis sedang membuat hadangan di hadapan istana.
2.16 petang: Sementara di Pasar Seni, Ustaz Abu bakar Chik sedang membaca doa dan pihak polis telah membenarkan kumpulan di situ untuk berarak.
2.15 petang: Namun, rantaian sekatan yang dibuat FRU telah dirempuh oleh rakyat yang berhimpun dengan laungan 'Allahuakbar'!
2.10 petang: FRU ketika ini sedang menghalang rakyat yang berhimpun di Masjid Negara daripada berarak ke Istana Negara.
2.05 petang:Pihak polis sedang menghalang beberapa kumpulan di Pasar seni daripada berhimpun dan berarak ke Masjid Negara.
2.00 petang: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat sertai AJK GMP sedang berucap untuk menaikkan semangat rakyat yang hadir agar berarak ke Istana Negara.
1.52 petang: Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub,Dr Syed Azman, Dato' Mahfuz Omar sedang memimpin perarakan daripada Kompleks Sogo bersama lebih 1,000 orang yang menyokong untuk membantah dasar PPSMI.
Walaupun,hujan turun namun semua bersemangat dengan meneriak pelbagai slogan.
1.50 petang:Pihak kerajaan melaksanakan 'languange cleansing' (pembersihan bahasa) kerana berdegil untuk meneruskan dasar PPSMI walaupun dibantah oleh rakyat. Image
1.35 petang: Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.
1.25 petang:Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.
1.15 petang:Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis.
1.10 petang:Pihak polis mengarahkan sepanduk membantah PPSMI diturunkan di Masjid Negara.
1.00 petang: Dato' Dr Hassan Ahmad melahirkan rasa terharu dengan jumlah kehadiran yang begitu ramai hari ini dan ia jelas menandakan PPSMI ditolak oleh rakyat.
Dalam pada itu, Dr Hassan memaklumkan setelah berunding dengan wakil GMP,pihak polis hanya membenarkan sebanyak 7 orang dengan 3 buah kereta bergerak ke Istana Negara selepas solat Zohor (sekitar jam 2.00 petang). Turut serta adalah beberapa wakil NGO berbangsa Cina. Namun, pihak polis masih melarang untuk diadakan sebarang perarakan,tetapi perhimpunan hanya dibenarkan di kawasan masjid sahaja.
12.50 tengahari: Kira-kira 10,000 orang sudah mula berhimpun di sekitar kawasan Masjid Negara dengan memakai baju berwarna putih.
12.45 tengahari: Lebih 1,500 orang daripada Kelantan telah tiba di KL Sentral melalui keretapi dan kini telah bergerak ke tiga lokasi yang ditentukan oleh pihak penganjur.
12.45 tengahari:Keadaan di Masjid Negara masih terkawal,namun anggota polis dianggarkan lebih 50 orang ditempatkan sekitar kawasan masjid.
12.30 tengahari: Jalan dari arah Jalan Klang Lama dan Parlimen telah ditutup oleh pihak polis.
12.00 tengahari: Kawasan sekitar Pasar seni mula gamat dengan anggota polis yang ditambah lebih 100 orang. Sementara itu, di hadapan bangunan Jawi kelihatan 3 buah trak 'Water Cannon'.
11.40 pagi: Pihak polis dan FRU kelihatan telah bersedia di kawasan Istana Negara. Trak 'Water Cannon' hanya sebuah tetapi anggota FRU dianggar sekitar 100 orang. Dalam pada itu, helikopter kelihatan berlegar di kawasan istana.
11.20 pagi:Kawasan pusat membeli belah Sogo mula terasa bahangnya apabila bilangan anggota polis mula bertambah lebih 100 orang.
10.35 pagi: Kawasan membeli belah Kompleks Sogo pula kelihatan lebih 30 anggota polis sedang berkawal,namun suasana masih terkawal.
10.20 pagi: Tinjauan harakahdaily mendapati sebanyak 5 buah trak FRU kelihatan di Dataran Merdeka.
10.04 pagi: Kawasan di sekitar pasar Seni mula terasa bahang Himpunan apabila beberapa kelompok orang ramai di lihat berkumpul. wartawan Irwan,melaporkan kelihatan lebih 30 anggota polis di kawasan ketak kereta Pasar Seni.
9.20 pagi: Jalan menuju ke pusat bandar raya dari arah Jalan Kuching mula sesak apabila pihak polis mula mengadakan sekatan jalan raya.
9.00 pagi: Helikopter milik pasukan polis mula kelihatan dan berlegar di sekitar bandaraya. - mks.

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Mar 07, 09 | 5:26:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -azm _
 

blogger templates | Make Money Online