Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Syed Husin Ali Mendakwa Utusan Malaysia

Semalam saya telah menghantar, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh, surat kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim, menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta.

Ini berkaitan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 di bawah tajuk "RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis". Dalam berita tersebut dituduh konon saya menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Saya mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka tersebut sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan itu.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden, KEADILAN

Sumber : Parti Keadilan Rakyat

Hulu Selangor: Umno lancar perang terhadap MIC


Pendikar Gunung   

Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata BN berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor sekiranya Umno diberi peluang bertanding dalam pilihan raya kecil akan datang.

Umno katanya telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

"Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Jeng...jeng...jeng....nampaknya seperti Umno sudah isytihar perang kepada MIC yang telah mencalonkan Palanivel untuk bertanding di Hulu Selangor.
Walaupun Parlimen Hulu Selangor merupakan kerusi majoriti Melayu, tetapi ianya sentiasa diperuntukkan BN kepada MIC. Calon BN, Datuk G Palanivel menang pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kepada Zainal Abidin pada 2008. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi untuk menang tipis dengan 198 undi, Palanivel pula mendapat 22,979 undi dalam PRU 2008.

Hulu Selangor mempunyai  63,593 pengundi  terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

Jika Umno dan MIC terus berperang baguslah. Ia memudahkan tugas PKR mengekalkan kerusinya.


Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Sudah kena pecat baru nak repot polis


W Fauzdin NS   

BERITA NTV 7 pukul 7 petang tadi menyiarkan ulasan YB Zul Kulim tentang kenyataan KPN untuk menyoal siasat YB Zul atas ucapannya di dalam Parlimen baru-baru ini.

Di dalam perbahasan di Parlimen baru-baru ini MP Kulim Bandar Baru yang baru dipecat dari PKR telah mendedahkan kununnya ada pihak yang cuba `mengupah'nya untuk membuat Akuan Sumpah melibatkan Najib dan Rosmah di dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pendedahan beliau itu mendapat liputan hangat oleh media-media pencacai yang sentiasa lapar kepada apa jua cerita walaupun cerita murahan dan cerita dongeng asalkan dapat memburukkan PR khususnya tokoh utama PR iaitu DS Anwar.

Pendedahan itu mendapat reaksi daripada beberapa pimpinan PR yang mencabar YB Zul untuk mendedahkan siapakah yang cuba mengupahnya termasuk juga siapakah `orang ketiga' yang campur tangan sehinggakan beliau menarik diri dari menjadi Peguambela kepada salah seorang tertuduh di dalam kes Altantuya. Cabaran itu sehingga kini gagal disambut oleh MP Bebas itu.

Berikutan daripada pendedahan yang dipandang `serius' oleh Musa Hassan kerana mengaitkan Najib dan Rosmah, maka pihak Polis akan menjalankan siasatan.

Tahniah, pihak Polis semakin pantas bertindak dan memang wajar diberi berbagai imbuhan dalam tahun ini sahaja termasuk yang baru diumumkan oleh Najib sempena Sambutan Hari Polis siang tadi.

Apabila ditanya kepada YB Zul samada bersedia untuk disoal siasat oleh pihak Polis atas dakwaannya dalam Parlimen tersebut, YB Zul menyatakan sepatutnya tidak wajar siasatan dilakukan oleh pihak Polis.

Namun apabila didesak adakah beliau sanggup untuk memberikan keterangannya kepada pihak Polis, YB Zul seperti tidak pasti dan sekadar menyatakan beliau akan tengok keadaan dahulu apakah yang ingin diketahui oleh pihak Polis di dalam siasatan tersebut.

Saya tidak pasti juga adakah apa yang diucapkan oleh MP di Parlimen tidak lagi punyai kekebalan, tetapi sekiranya benar tindakan boleh diambil ke atas isu seperti ini mengapa tidak YB Zul mengalu-alukan siasatan tersebut?
Mengapa ada keraguan untuk memberikan kerjasama? Dan, sepatutnya sejak dari awal lagi YB Zul sendiri sudah melaporkan kejadian tersebut ke pihak Polis jika benar beliau seorang tokoh ugama dan pejuang Islam yang ikhlas.

Mengapa perlu menunggu sehingga dipecat baru ingin menjadi `Mujahid' ?


Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.


Sumber Dari Harakahdaily

Media Statement By Lim Kit Siang [ DAP ] - Opinion Poll Home Ministry Website

Media Conference Statement (3) by Lim Kit Siang in Parliament on Thursday, 25th March 2010: 

 

Challenge to Hishammuddin to have opinion poll on Home Ministry website whether the prominent media photo of him and IGP as best of pals are genuine or just "for show"

Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein gave an immediate response to my press conference in Parliament yesterday, when I had commented on the photograph of him and the Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan "making up" which was given prominent coverage in all the media as mere show.

I said the two must not take Malaysians as four or five-year-old children who are gullible and would believe the photo-shoot as proof that all was well between the Home Minister and the Inspector-General of Police, as if what happened over the past few days and their statements never existed!!

I called on Hishammuddin and Musa not to have any "cover up" and to address the real issues concerned.

Hishammuddin accused me of exploiting the "purported rift" between him and the Inspector-General of Police, even saying that it was "not easy" for the Home Minister and the Inspector-General of Police "to act out things".

I challenge Hishammuddin to have an opinion poll on the Home Ministry website whether the media photo of him and IGP as best of pals are genuine or just "for show".

I have confidence that the overwhelming majority of over 95% polled would return the answer that it was just a show.

If the Home Minister and the IGP are the best of pals, can Hishammuddin explain why the IGP was not informed beforehand before he made the announcement on 15th March that Musa would be replaced as IGP when his retirement comes up in September?

In fact, for almost a week later, Musa had not been officially informed that he would not get another extension as IGP come September. This is obvious from Musa's answer in the Mingguan Malaysia interview with the IGP dated 21st March 2010, viz:

"Q – Mungkin terdapat kemungkinan Tan Sri menyambung perkhidmatan selepas September depan?

"Musa – Itu saya tidak tahu. Saya tidak boleh bercakap apa-apa. Kena tanya kerajaan atau Perdana Menteri kerana beliau saja yang tahu."

From this answer, it is clear that Musa has not taken Hishammuddin's announcement as the last word, despite Hishammuddin's statement that "I know who is going to replace the IGP. I know who will replace the commercial crime division director."

It was Musa who talked about "a third force" which was by-passing the IGP and giving direct orders to the police behind his back without his knowledge, and that this "third party" could be politicians or certain individuals.

Musa must explain what he meant by this "third party" which had circumvented the IGP and undermined his authority – or is he saying that he had been misquoted by Mingguan Malaysia?

With the approach of Police Day this year, both Hishammuddin and Musa have been busy spinning about the achievements of the police in fighting crime.

In today's press, for instance, Musa boasted a big dip in the crime index, amounting to 13.2% in the first two months of this year compared to last year.

Are both of them aware that this alleged 13.2% dip in crime index is not accompanied by any increase in public confidence in the police capability to keep the country safe from crime and the fear of crime for the people, investors and tourists?

One reliable indicator of public confidence in the police to free the people from the scourge of crime and the fear of crime will be whether in the first two months of this year, there has been an accompanying 13.2% in the dismantling of guarded and gated communities in the country – reflecting the return of Malaysia to greater normalcy like in the first four decades of Independence!

I dare say without fear of contradiction that in the first two months of the year, there is not only no dismantling of guarded and gated communities but a sharp increase in new guarded and gated communities – probably by more than 13.2%!


*Lim Kit Siang, DAP Parliamentary Leader & MP for Ipoh Timor

Dr Zainal Abidin Hulu Selangor meninggal


Harakahdaily   

KAJANG, 25 Mac: Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel  dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan  dalam masa 60 hari.

Admin : Al-Fatihah , kepada ALLAH kita serahkan segalanya.

Menyenaraihitamkan Ahli Parlimen Seksis



pakatan-rakyatWanita Malaysia tidak akan memilih calon-calon Ahli Parlimen yang seksis dalam pilihan raya akan datang.

Anutan seksisme (sexism) membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya. Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.

Seksisme adalah berlawanan dengan Perlembagaan Malaysia dan pengakuan Malaysia dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW).

Seksisme dalam Parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam Peraturan Mesyuarat. Ahli-Ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum, bebas lepas begitu saja.

Seksisme adalah penghalang besar terhadap pencapaian keadilan dan kesetaraan gender.

Seluruh rakyat Malaysia wajar berasa sangat bimbang jika Ahli-Ahli Parlimen menganggap isu seksisme ini sesuatu yang remeh dan tiada nilai sedikitpun. Ahli-Ahli Parlimen yang seksis tidak akan mampu membawa keadilan untuk semua – lebih-lebih lagi kepada wanita yang sentiasa menjadi golongan yang didiskriminasi dan dipinggir. Menurut satu kajian, lebih 60% rakyat miskin adalah terdiri dari wanita. Wanita masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan kepimpinan pentadbiran dan politik. Wanita belum berasa selamat dan aman dari penganiayaan dan keganasan yang masih berterusan berlaku.

Ahli-Ahli Parlimen yang seksis dikhuatiri tidak akan dapat menghayati situasi bahawa wanita perlu diberdaya (empowered) dalam menghasilkan sumbangan terbaik untuk negara dalam kesemua ruang lingkup kehidupan masyarakat dan negara. Dengan itu, segala keputusan utama untuk kepentingan umum dikhuatiri akan meminggirkan keperluan khusus wanita juga.

Wanita Pakatan Rakyat akan menyenaraihitamkan para pemimpin yang bersikap seksis kerana individu seksis tidak mampu memberi pertimbangan yang adil dan saksama terhadap wanita.

Di antara KPI calon-calon Ahli Parlimen akan datang ialah mereka mestilah bebas dari sebarang bentuk amalan seksis sepanjang keahlian mereka dalam Dewan Rakyat ke-12 ini.

 

WANITA PAKATAN RAKYAT

 

blogger templates | Make Money Online