Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Cabaran perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat

Mohd Rashidi Hassan
Wed | Jul 30, 08 | 12:54:03 pm MYT

PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat. Itulah jaminan pemimpin-pemimpin PAS dan kehendak ahli dan penyokong PAS keseluruhannya.
Harus diingatkan, bahawa pemimpin, ahli dan penyokong PAS memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sejak penubuhan Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan PAS, KeADILan, PRM dan DAP semasa al-Marhum Dato' Fadzil Mohd Noor menjadi Presiden PAS lagi.
Komitmen tinggi ahli-ahli PAS dengan semangat berpasukan yang jitu, mereka sanggup bekerja bertungkus lumus untuk kempen pilihan raya yang ditandingi calon dari rakan pembangkang, walaupun PAS lebih dominan di kawasan tersebut.
Tanpa mengira penat lelah, tanpa meminta sebarang upah, jentera pilihan raya PAS, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman ideologi, atas nama demokrasi dan keadilan, turut sama menjulang pemimpin pembangkang sama ada dari KeADILan, PSM, hatta DAP sekali pun!
Komitmen ini tidak harus dipertikaikan! Dan, dengan rasa rendah diri, Ahli-ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat harus mengakui, tanpa sumbangan dan kerja keras ahli-ahli PAS, kita semua tidak berada dalam kedudukan sekarang.
Justeru, dengan berlatarbelakangkan keikhlasan dalam perjuangan, PAS sama sekali tidak pernah meninggalkan gabungan atau pakatan pembangkang sebelum ini.
Dalam politik negara, rakyat menyaksikan pasca Pilihan Raya Umum 1999, DAP yang meninggalkan BA. Apa pun alasan yang diberikan itu hak DAP.
Namun dalam keadaan sekarang, pemimpin-pemimpin DAP tidak berhak mempertikaikan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam Pakatan Rakyat.
Jaminan kepada golongan bukan Melayu dan bukan Islam
Jikapun PAS berbincang dengan Umno sama ada atas nama muzakarah atau muqabalah, untuk kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu, ianya tidak sesekali menyalahi dasar perjuangan parti PAS.
Walaupun PAS diterajui majoriti orang-orang Melayu dengan dasar perjuangan Islam, namun hak, peluang dan keadilan terhadap golongan bukan Melayu dan bukan Islam tetap dipelihara sebaik-baiknya.
Pengalaman PAS menerajui Kelantan, Terengganu (1999-2004) dan Kedah waktu kini, membuktikan bahawa PAS tidak pernah menyisihkan sama sekali golongan bukan Melayu dan bukan Islam.
Jika dipersoalkan mengenai kepentingan bangsa, apakah MCA, Gerakan dan DAP, walaupun ada pemimpin bukan Cina seperti Karpal Singh, tidak pernah memperjuangkan chauvanisme bangsa?
Terlalu banyak desakan dibuat oleh pemimpin dari ketiga-tiga parti ini, ada kalanya menyentuh soal kedaulatan Raja-raja Melayu, kesucian agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu.
Namun, orang-orang Melayu, khususnya dari PAS tidak melatah dan cuba melihatnya dari sudut yang rasional.
Maka apabila PAS dan Umno bercakap soal agenda Islam dan Melayu, kaum-kaum lain tidak harus memandangnya dari sudut yang negatif.
Sesuai dengan dasar perjuangannya, PAS harus memastikan kedudukan majoriti Melayu dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara terpelihara sebaik-baiknya.
Masalah yang dihadapi negara cukup besar, ianya adalah manifestasi daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional memastikan kesejahteraan agama dan perpaduan antara kaum terpelihara.
Ketegangan agama dan perpecahan kaum akan membawa kepada ketidakstabilan politik, ini yang harus disedari.
Matlamat PAS jelas, PAS mahu memelihara kestabilan politik dengan peranan serta ruang yang diberikan dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara.
Dan, PAS sudah memberi jaminan bahawa PAS sama sekali tidak akan bergabung dengan BN, walaupun wujud pelbagai tawaran.
Jika pemimpin PAS 'tamak kuasa', sudah tentu awal-awal lagi PAS menerima tawaran Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor, sejurus selepas PRU, 8 Mac lepas.
Sebaliknya PAS kekal dengan persefahaman Pakatan Rakyat. PAS bekerjasama membentuk kerajaan yang diketuai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti KeADILan.
Walaupun banyak tawaran dari Umno, sama ada di Perak, Pahang, Terengganu atau di mana sahaja untuk berkongsi kuasa dengan PAS, namun pemimpin dan ahli-ahli PAS sama sekali tidak bersetuju.
Usaha merencatkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat
Tidak dinafikan usaha pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat tergendala seketika beberapa minggu, ekoran tercetusnya isu-isu seperti dakwaan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan muzakarah PAS-Umno.
Momentum ke arah itu sudah bermula dua bulan lalu, berikutan pengumuman hilang keyakinan anggota komponen Barisan Nasional, Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tambahan pula, ramai ahli Parlimen BN, sama ada dari parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak, hatta dari Umno sekalipun sudah berunding secara serius dengan Anwar untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Umno/BN sudah mulai gelabah. Timbul pula ura-ura usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang bakal dikemukakan di Parlimen.
Seluruh Kuala Lumpur menjadi 'havoc' seketika dengan pelbagai sekatan jalan raya akibat kegusaran pemimpin BN, yang entah dari mana mendapat maklumat perhimpunan besar akan diadakan menjelang pembentangan usul berkenaan.
Sehingga polis terpaksa menggunakan mahkamah untuk menghalang kehadiran Anwar ke Parlimen.
Hakikat sebenarnya, rakyat tidak berurusan dengan khabar angin. Segala perancangan ke arah pembentukan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat menjelang 16 September depan sudah direncanakan.
Sebaik sahaja pengumuman ketidakpercayaan kepada PM, beberapa orang ahli Parlimen BN sudah bersedia untuk mengumumkan untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Kemudiannya, ia akan disusuli dengan pengumuman Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen.
Ada kemungkinan pemimpin sudah menghidu momentum ke arah itu. Maka pelbagai usaha dilakukan untuk merencatkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.
Namun apa pun halangan yang hamparkan oleh Umno/BN, Anwar tetap komited dengan agenda beliau. Dalam beberapa minggu ini dijangka pelbagai anjakan positif bagi Pakatan Rakyat akan dilakukan.
Cabaran perkongsian kuasa
Masalah utama kepada gabungan PAS, KeADILan dan DAP ialah bagaimana membentuk serta menyusun sebuah kerajaan yang boleh memuaskan hati semua pihak.
Tidak dinafikan, masing-masing ada agendanya yang tersendiri. Namun asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan ialah keadilan, ketelusan, pertanggungjawaban dan amanah kepada semua rakyat.
Dalam merencana agenda masing-masing. Semua pihak tidak harus mempertegaskan kepentingan sesuatu bangsa atau memperjuangkan matlamat politik masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan majoriti rakyat, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam. Inilah dasar yang jelas dan harus difahami.
Sememangnya diperakui, Pakatan Rakyat memperjuangkan dasar perkongsian yang samarata (equal sharing). Equal sharing dalam perkongsian kuasa politik, bukan seperti kiraan subjek matematik.
Ia tidak merujuk kepada semuanya harus dibahagi tiga, atas sifat perkongsian tiga parti PAS, KeADILan dan BN.
Di Selangor misalnya dalam penyusunan ahli majlis sama ada Majlis Bandaraya Shah Alam atau Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, walaupun Exco yang terbabit, Ronnie Liu mewakili DAP, beliau tidak seharusnya dilihat membahagi-bahagikan jawatan dengan melebihkan kaum Cina.
Misalnya di Majlis Perbandaran Subang Jaya yang merangkumi kawasan Puchong, Serdang dan Kelana Jaya, daripada 24 orang ahli majlis, hanya 8 orang sahaja yang beragama Islam sedangkan majoriti penduduk orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Begitu juga di Shah Alam yang merangkumi Parlimen Shah Alam dan Kota Raja. Perlantikan Ahli Majlis harus mewakili peratusan penduduk, bukan dibahagi tiga antara tiga parti atau dilantik daripada NGO yang bukan Melayu/ Islam.
Ini amalan dasar kesamarataan yang silap dan membangkitkan sensitivi orang-orang Melayu. Harus diingat rakyat akan membandingkan senarai keanggotaan majlis PBT di antara zaman BN dengan Pakatan Rakyat.
Jangan sesekali benarkan rakyat menuding jari kepada DAP di Selangor yang hanya dilihat cenderung untuk 'protect' bangsa Cina sahaja. Jangan sesekali dibenarkan nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dipalitkan dengan tuduhan orang Melayu yang tidak 'protect' bangsanya sendiri.
Pakatan Rakyat seharusnya menutup ruang kelemahan ini dari serangan BN. Orang-orang Melayu tidak pernah meminta lebih atau dimanjakan seperti zaman pemerintahan BN, apa yang perlu hak dan keistimewaan asas mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan, terpelihara.
Kita boleh berikan alasan bahawa kita baru sahaja empat bulan berkongsi kuasa. Tetapi kita harus sedar dan mengelak berperangai seperti Umno/BN yang kita serang habis-habisan akibat pengamalan dasar korupsi, kronisme dan nepotisme.
Walaupun berkongsi kuasa, rakan dari KeADILan juga tidak harus dilihat mengulangi perangai Umno, khususnya dalam pembahagian jawatan-jawatan politik dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor misalnya.
Jangan sesekali dilihat terlalu ghairah hendak merebut 'ghanimah' yang besar. Dalam hal ini, tidak dinafikan wujud tindakan dan perlantikan jawatan dibuat tanpa mengambil kira kepentingan PAS dan orang-orang Melayu.
Juga, kaum bukan Melayu atau bukan Islam, mereka tidak harus sewenang-wenangnya menuntut pembesaran kuil, tokong atau rumah ibadat sebagaimana keperluan orang-orang Islam yang mendirikan masjid dan surau.
Pembesaran dan penambahbaikan rumah ibadat tidak disekat sama sekali, tetapi seharusnya dibuat mengikut population atau jumlah penduduk yang bersesuaian.
Berlaku sebuah kampung di Klang, dimana tidak sampai 5 buah keluarga bukan Islam tinggal di situ, menuntut dibuat rumah ibadat untuk mereka. Bukanlah tuntutan ini tidak wajar dan hanya akan membangkitkan sensitiviti orang Melayu/ Islam?
Dan, jika rakyat mengajukan kepada PAS, mengapa pada zaman Umno/BN tuntutan sebegini tidak pernah dilayan, sedangkan pada zaman Pakatan Rakyat dibenarkan tanpa mengambil kira sensitiviti kaum, PAS hanya akan berdiam diri?
Banyak contoh cabaran-cabaran sebegini wujud. Penulis tidak perlu menyenaraikan kesemuanya. Namun apa pun, Tan Sri Khalid seharusnya memperbetulkan keadaan ini segera, jika mahu gabungan Pakatan Rakyat terus utuh.
Menguruskan sebuah negeri maju seperti Selangor bukannya mudah, Khalid adalah orang korporat yang masih memerlukan bimbingan orang-orang politik. Setakat ini, walaupun wujud pelbagai cabaran, kerajaan Pakatan Rakyat terus utuh.
Apapun bebanan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor amat besar. Jika Selangor mahu dijadikan asas perkongsian kuasa yang adil, Dato' Seri Anwar harus memberikan sedikit lebihan tumpuan kepadanya._

Admin : Sudah jelas dan terang,Bila cinta ISLAM baru kuat ketuanan bangsa. Kekuatan sesuatu bangsa dengan kesatuan.Ikhwan dulu berjuang atas pendiriannya sendiri tiada idea percantuman.Cukup hebat mereka mentarbiah rangkaian keakar umbi tapi kita ? Tahapnya dimana ? Rasanya macam sudah berada kepada asal ISLAM itu. ISLAM datang keadaan dagang, dia nak kembali kepada dagang ( sendirian ) ? Ntah kenapa rasa begini.

Tawaran Tajol Rosli,Pemuda Perak akan buat laporan polis

Ekmal Yusof
Wed | Jul 30, 08 | 7:54:22 am MYT

IPOH, 30 Julai (Hrkh) - PAS Perak hari ini akan membuat laporan polis ekoran tawaran Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu dengan janji untuk memberikan jawatan Menteri Besar.
Dalam laporan sebuah akhbar semalam,Tajol dikatakan membuat tawaran itu sebagai merealisasikan saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan membubarkan kedua-dua parti dan menyatukannya menjadi sebuah parti tunggal.
Menurut laporan akhbar tersebut lagi, Tajol menawarkan PAS menjadi Menteri Besar dalam kerajaan baru itu dan bagi dirinya tidak duduk dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, PAS Perak menolak segala tawaran tersebut dan menganggap ianya adalah satu tindakan 'rasuah' dan patut diambil tindakan dengan membuat aduan laporan polis.
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak,Nor Azli Musa ketika dihubungi lewat petang semalam menegaskan akan bertindak buat laporan polis di Balai Polis Ipoh pada pagi ini mengenai perkara tersebut yang dianggap satu perbuatan rasuah dan mengancam keselamatan sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
"Selain menawarkan tawaran berbentuk rasuah perbuatan tersebut seolah bertujuan jahat untuk memecah belahkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sudah hampir memasuki usia lima bulan,"tegasnya.
Katanya, "pagi ini kami Lajnah Pimpinan PAS Perak diketuai oleh Pemuda akan membuat aduan polis di Pejabat Polis Ipoh mengenai perkara yang sungguh memalukan seperti tindakan Umno itu dan ia bagaikan sebuah mimpi khayal orang yang gila talak." - mks. _

Khalil Yaakob 'juara' bida nombor plat kereta negara

Zaili Muhammad
Wed | Jul 30, 08 | 7:26:53 am MYT
MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka.
Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.
Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.
Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.
Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.
Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000.
Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.
Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta!
Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.
Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak.
Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini. - mks. _

Khalil Yaakob 'juara' bida nombor plat kereta negara

Zaili Muhammad
Wed | Jul 30, 08 | 7:26:53 am MYT
MELAKA, 30 Julai (Hrkh) - Gejala pembaziran yang berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti 'irama dan lagu' yang tidak boleh dipisahkan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat, namun ianya tidak memberikan kesan kepada mereka.

Terbaru, Yang Dipertua (YDP) Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, yang juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang, sekali lagi membida nombor pendaftaran kenderaan untuk dua buah kereta di Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka, sebanyak RM55,558.

Bidaan tersebut dibuat atas nama Tun Mohd Khalil Yaakob dengan nombor kad pengenalan 371229-06-5295 bagi nombor pendaftaran MBQ 1 sebanyak RM47,300 dan ianya merupakan jumlah bidaan yang tertinggi untuk nombor siri MBQ.

Manakala, beliau juga turut membida satu lagi nombor pendaftaran iaitu MBQ 11 sebanyak RM8,258 dan ini menjadikan jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil sebanyak RM55,558.

Pada akhir November lalu, penduduk Melaka telah digemparkan apabila beliau bertindak membida dua nombor pendaftaran bagi nombor siri MBN iaitu bagi MBN 1 sebanyak RM56,100 dan MBN 8 dengan harga RM22,000 dan ini menjadikan nilai bidaan yang telah dibuat oleh Tun Khalil pada masa itu berjumlah RM78,100.

Secara keseluruhannya jumlah bidaan yang dibuat oleh Tun Khalil bagi empat buah kereta adalah sebanyak RM133,658 seterusnya mengalahkan rekod yang dipegang oleh bekas Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Shahidan Kassim yang menender nombor plat RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17 sehingga mencecah RM120,000.

Dalam pada rakyat dibebankan dengan kenaikkan harga minyak yang melampau sehinggakan ada yang makan pagi kais pagi, makan petang kais petang namun pada ketika yang sama pemimpin Umno-BN berlawan sesama sendiri mempamerkan kekayaan mereka secara terang kepada rakyat dan melakukan pembaziran wang rakyat tanpa rasa bersalah.

Penduduk Melaka juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri tergamak memberi pampasan yang sedikit, di mana cuma sebanyak RM1,600 kepada nelayan yang hilang punca pendapatan akibat daripada projek penambakan laut di sepanjang pantai Melaka tetapi pemimpin negeri boleh pula membazirkan ratusan ribu untuk membeli plat kereta!

Jadi amat wajarlah saranan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek, supaya bacaan doa yang khas dibacakan kepada YDP Melaka selepas 'Khutbah Jumaat' dihentikan kerana ianya menimbulkan suasana tidak tenteram dan kurang senang di kalangan jemaah solat yang tidak mahu bersubahat mendoakan kesejahteraan hidup seorang pemimpin yang membazir.

Apatah lagi, dua individu iaitu bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Razali Alias dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Berserah, Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman, yang masing-masing telah membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap penyalahgunaan kuasa oleh bekas Menteri Besar Pahang itu dalam isu balak.

Satu lagi laporan polis terhadap Khalil juga pernah dibuat oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Pahang pada bulan September lalu tetapi kes tersebut telah diistiharkan ditutup oleh Pengarah Siasatan BPR, Dato' Mohd Shukri Abdul, baru-baru ini. - mks. _

Elak idea yang boleh gugat parti - Mohamad Sabu

Intan Abdullah
Mon | Jul 28, 08 | 11:44:38 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua peringkat kepimpinan mahupun ahli PAS agar bertenang dan memperteguhkan kekuatan parti bagi menghadapi segala cabaran dan ancaman.

Beliau berpendirian bahawa pendapat serta pandangan mana-mana individu yang boleh menggugat perpaduan parti perlu dielak.

"Semua ahli diminta bertenang dalam menilai kenyataan serta pandangan para pimpinan parti, dan terus bersama menguatkan kerjasama Pakatan Rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Mohamad Sabu berkata, semua pihak perlu menumpukan perhatian memperteguhkan Pakatan Rakyat khususnya dalam membantu lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau mengingatkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan serta dipertahankan dengan air mata, peluh dan darah yang komited memperjuangkan dasar Islam.

"Jemaah ini akan tetap teguh dan tegas dalam perjuangan dasar Islam.

"Kita tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat dengan parti-parti lain khasnya orang bukan Islam," katanya./wann _

Admin : Ada ka patut dok diam nganga....lagu tu ?

Permohonan maaf Ketua Penerangan PAS berhubung isu muzakarah

Harakahdaily
Mon | Jul 28, 08 | 7:18:21 pm MYT

Kepada,

Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ?muzakarah? tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas ?pembohongan? ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa ?jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita?. Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Yang benar,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pokok Sena.- tajdid _

Admin : Syabas YB, PAS bukan parti SDN BHD....

Pakatan, walau berbeza idealogi, tetapi ada titik pertemuan' - Presiden PAS.

Johari Jaafar
Sun | Jul 27, 08 | 1:38:48 pm MYT

IPOH, 27 Julai (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi kerjasama Pakatan Rakyat khususnya pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILam) di Perak yang memberi peluang PAS menerajui kerajaan tersebut.

Beliau memberi penghargaan kepada parti komponen pakatan dengan kerjasama itu lebih-lebih lagi dalam keadaan salah faham terhadap Islam berlaku.

Kesediaan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat disandarkan kepada wujudnya titik pertemuan di antara parti dalam Pakatan tersebut.

Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyellewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideolog, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen PAS yang diadakan di Dewan Serbaguna Rapat Setia, semalam.

"PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.

"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno.

"Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang.

Sejak awal lagi PAS berpendirian menolak kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Antara tetamu yang hadir, Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, Dao' Ngeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong, Pengerusi KeADILan Perak, Ismail Yusof, Timbalannya Ustaz. Zukifli Ibrahim, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai , Adun Hutan Melintang, Kesevan,

Turut hadir wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, dan Adun PAS Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong./wann _

Admin : ..........

Perak sediakan RM2 juta bantu pelajar ke IPTA

Johari Jaafar
Sun | Jul 27, 08 | 2:12:30 pm MYT

IPOH, 27 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan peruntukan RM2 juta membantu pelajar di negeri ini yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam (IPTA). Iklan

Melalui peruntukan ini peruntukan ini ibubapa yang berpendapatan RM1500 sebulan layak mendapatkannya, kata Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

"Kita cuma dapatkan sediakan RM2 juta untuk membantuqan anak anak Perak melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi keluarga yang berpendapatan RM1500 sebulan.Inilah yang kita mampu berikan untuk tahun ini dan bantuan ini akan dikendalikan Yayasan Perak."

Muhammad Nizar Jamaluddin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaian Dermasiswa kepada 55 orang pertama yang terpilih di sini Sabtu 26 Julai.

Turut hadir di majlis itu, Pengerusi Yayasan Perak, Roslan Shahrom; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abdul. Rahman Hashim; Exco pengajian Tinggi, Thomas Su; Ahli-Ahli Exco Kerajaan Perak; Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim; Pengurus Besar Yayasan Perak, Jamil Mat Kasa; Ketua Sektor Pembangunan dan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Perak, Mohd Idris Ramli, dan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perak.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar berkata, yayasan akan bertindak adil dalam menyalurkan bantuan tersebut tanpa mengira ideologi politik dan kaum.

Yayasan katanya tidak memilih kasih dan bantuan ini diberikan sebagai penghormatan kepada mereka yang telah berjaya.

"RM2 juta ini adalah peruntukan dari belanjawan tambahan dari kerajaan yang baru kerana kita amat perihatin dengan permasalahan rakyat kesan dari kenaikan harga minyak," jelasnya./wann _

Admin : Semoga tiada penyelewengan peruntukan hanya diserahkan kepada kroni.InsyaAlah. Tahniah buat kerajaan negeri Perak. Kerajaaan "kami" dok kaji lagi.

Zee Pulau Batu Putih, Singapura manipulasi kelemahan Malaysia - Salahuddin

Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Jul 26, 08 | 9:32:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tuntutan Singapura untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif (ZEE) di perairan Pulau Batu Putih. Iklan

Dalam satu kenyataan mengenai isu tersbeut Ketua Pemuda PAS, Salahuddian Ayub berkata, tindakan itu sekali lagi akan mencabar hak kedaulatan Malaysia.

"Kegagalan Malaysia mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau batuan ini telah digunakan oleh Singapura untuk meluaskan wilayah ekonomi mereka melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

"Pemuda PAS berpandangan kebiadapan Singapura ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan BN yang sering kali mengalah dalam hal-hal yang melibatkan Singapura sehingga negara pulau itu menjadi besar kepala dan meneruskan agenda untuk ?menakluk? negara ini seperti yang dirancang oleh pengasasnya semenjak 1960-an," ujar Salahuddin.

Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan Singapura melalui ICJ ini kerana ia adalah masalah serantau yang boleh diselesaikan melalui meja rundingan.

Singapura langsung tidak menghormati Asean walaupun baru seminggu menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean, katanya.

Sepatutnya sebarang pertikaian atau tuntutan kecil ini harus diselesaikan secara ?adik-beradik? kerana Singapura bukan sahaja sama-sama menganggotai Asean, bahkan jiran terdekat Malaysia, katanya.

Jangan ambil sikap seperti Israel?

Negara itu tidak wajar mengambil sikap Israel di Timur Tengah kerana semangat Asean masih kukuh di rantau ini, katanya lagi.

"Membawa tuntutan seperti ini ke peringkat antarabangsa seolah-olah ingin menunjukkan sikap jagoan Singapura kepada jiran-jiran, sedangkan Singapura sendiri masih bergantung kepada Malaysia dalam banyak perkara," ujar beliau.

Pemudra PAS juga melihat bahawa kedudukan Pulau Batu Putih sebagai pulau batuan tidak layak dijadikan asas untuk tuntutan ZEE, katanya.

"Pulau batuan ini tidak sesuai didiami manusia, apatah lagi untuk kegiatan ekonomi. Mungkin ia sesuai untuk dijadikan tapak rumah api, tetapi tidak sampai memerlukan ZEE," katanya.

Singapura seharusnya menghormati Malaysia sebagai pemilik asal pulau itu dan hak yang diberikan oleh ICJ ke atas beberapa pulau batuan lain di sekitar Pulau Batu Putih kepada Malaysia, katanya.

"Ini bermakna hak ZEE juga dimiliki oleh Malaysia secara bertindan. Maka cara yang paling baik ialah kedua-dua negara harus berunding, bukannya menggunakan saluran mahkamah. Cara yang digunakan ini seolah-olah Malaysia tidak mahu berunding atau enggan bertolak ansur," katanya.

Pemuda PAS melihat perkembangan negatif ini berlaku kerana kecuaian kerajaan BN dalam mentadbir negara, katanya.

PM lemah sebabkan kenpentingan Malaysia terlepas>

Semenjak 2003, sudah banyak kepentingan negara yang terlepas kepada Singapura ekoran permainan politik lemah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, katanya.

"Semenjak isu jualan pasir, pengambilalihan Hospital Pantai oleh syarikat Singapura, pembatalan projek Jambatan Bengkok, hinggalah dasar-dasar pelaburan pro-Singapura di Iskandar Malaysia, semuanya menguntungkan Singapura.

"Kemudian hak milik Singapura ke atas pulau batuan ini disahkan oleh ICJ, dan hari ini mereka menuntut yang lebih daripada itu. Sedangka Kerajaan BN yang lemah ini terus mengalah dan menikus kepada Singapura.

"Jika keadaan ini berterusan, DPP Pusat percaya bahawa lebih banyak hak kedaulatan negara akan tergadai kepada Singapura, khususnya di Wilayah Iskandar," katanya./wann _

Admin : Teringin jugak nak beli aset kat luar negara tapi apakan daya cuma dapat flat ja tapi negara ini lain sistemnya. Tak tau nak cakap pa dah.Tergadai habih.

Haron Din kagum Mursyidul Am PAS terima Anugerah Nobel Asia

Intan Abdullah
Sat | Jul 26, 08 | 9:39:19 am MYT

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation. Iklan

"Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya," katanya lagi.

Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama' tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa selain anugerah yang diberikan Allah kepada manusia, bagi umat Islam terlalu kurang mendapat anugerah daripada manusia khususnya bagi mereka yang gigih memperjuangkan agama Allah.

"Bagi orang Islam, anugerah teragung adalah apabila dapat bertemu dengan Allah kelak.

"Namun teramat kurang dunia memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang Islam dan karyawan ulung dan tersohor," ujarnya lagi.

Beliau menganggapTuan Guru Nik Aziz memiliki pandangan yang membina, pendirian yang amat tegas, kata-kata yang didengari, dipatuhi pengikut serta amat digeruni musuh.

"Ketajaman penanya serta keberkesanan ideaya menjadi fokus utama penilai-penilai yang hendak menilai siapa tuan guru.

"Beliau seorang ulama' besar dan seorang ahli politik yang amat disegani, mempunyai visi dan misi yang jauh memandang ke hadapan, tok guru terus konsisten mengajak rakyat mendaulatkan Islam," katanya lagi.

Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina.

Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu.

Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.

Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut.

Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi./wann_

Admin : Tahniah.

Describes the brutality of the Israeli Government toward the Palestinian Children.



Admin : Hope everyone can boycott all the jews product. Change our life style.

Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah ? Mursyidul Am

Lanjusoh & Salmah Mat Husain
Wed | Jul 23, 08 | 8:19:30 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks. _

Admin : Memang sesuai sangat tutup file, kita buka file Pakatan Rakyat.

Hari Ini Dalam Sejarah

1/8



2/8



3/8



4/8



5/8



6/8



7/8



8/8

PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat perjuangkan keadilan

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jul 17, 08 | 1:31:43 pm MYT
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang amanah, bersih dan adil.

Demikian kenyataan beliau yang dibacakan Timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam sidang media di bangunan parlimen sebentar tadi.

Turut serta ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad; serta Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.

Menurut beliau, PAS menegaskan dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat.

"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," kata beliau.

PAS juga berpendirian bahawa isu-isu rakyat gagal ditangani dan dipikul oleh Umno/BN seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.

"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah s.w.t agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," ujarnya.

Sementara itu PAS juga melahirkan rasa kesalnya terhadap penahanan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim secara tergesa-gesa semalam.

PAS turut mengalu-alukan pembebasan Anwar yang telah dibenarkan diikat jamin pagi tadi, kata beliau./wann _

Admin : Hanya masa dan ketika ?

Kung-fu Kanggaru....

Ternyata Dewan Rakyat bukan hak kepentingan rakyat

Adnan Ibrahim
Tue Jul 15, 08 2:14:29 pm MYT

Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak dalam kamar usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, langsung tidak mengambil kira kepentingan rakyat yang perlu disegerakan. -->
Usul tersebut telah difailkan oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diserahkan kepada Pandikar di pejabat beliau, pada 10 Julai lalu.
Sebaliknya, Pandikar menolak usul tersebut dibawa ke dalam Dewan Rakyat, untuk dibentangkan Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Pematang Pauh, semalam.
Sebagaimana biasa usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) dibaca kira-kira pukul 11.30 pagi iaitu selepas sesi soal jawab selama satu jam setengah. Sidang Parlimen bermula pukul 10 pagi.
Pandikar memberi alasan isu itu telah dibahaskan bulan lalu melalui perbahasan usul yang difailkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahril Abdul Samad pada 23 Jun lalu. Usul menteri itu umpama usul undi tidak percaya yang dibawa Wan Azizah.
Usul kenaikan harga petroleum dan harga barangan yang dibentangkan secara mengejut oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Shahril itu apabila terdapat tekanan Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) daripada komponan Barisan Nasional (BN) akan membuat usul tidak percaya kepada Abdullah.
Stategik memintas Abdullah itu bukan sahaja mendapat sokongan 129 undi setuju dan 78 membantah setelah dibuat undi belah bahagian kepada usul terbabit bahkan dipergunakan sebagai hujah oleh Pandikar bagi mematahkan usul yang dibawa Wan Azizah tersebut.
Bagaimanapun sokongan usul tersebut bukan bermakna mewakili keseluruhan suara rakyat bagi kawasan parlimen masing-masing.
Ini kerana ada pendapat mengatakan ia tidak dibuat pungutan suara untuk memastikan wakil rakyat mewakili keputusan majoriti sama ada bersetuju atau tidak dengan kenaikan harga minyak.
Wakil rakyat berstatus BN hendaklah mengenepikan sentimen terhadap kepartian dan kepimpinan mereka kerana mereka perlu membawa suara dan keputusan rakyat ke Parlimen. Dengan cara ini, keputusan terhadap usul tersebut lebih adil kepada rakyat.
Pandikar berhujah berdasarkan kepada usul Shahril menolak usul Wan Azizah bermakna usul Wan Azizah juga memenuhi tiga syarat yang boleh dibahaskan dalam Dewan Rakyat iaitu perkara tertentu, kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.
Usul tersebut sebenarnya amat ditunggu oleh rakyat yang mahu satu perubahan kepimpinan negara setelah Abdullah gagal dengan janji manifestonya dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, iaitu 'Selamat, Aman dan Makmur'.
Rakyat merasa keadaan negara semakin tidak selamat dan aman terutama dalam soal politik apabila kes pembunuhan dan rasuah sering dikait pemimpin berkuasa.
Laporan polis bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail cukup membayangkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada mereka yang berkuasa.
Rakyat merasa tidak aman apabila dua akuan sumpah yang mengaitkan pemimpin negara dibuat oleh Balasubramaniam tiba-tiba beliau berada di luar negara.
Keadaan tidak selamat ini menyebabkan rakyat juga mempunyai dua andaian terhadap Bala sama ada beliau diugut bunuh atau senang lenang di atas timbunan wang.
Kepimpinan negara juga dilihat asyik mempertahankan isu peribadi sehingga lupa dalam mengurus dan mentadbir negara untuk mengembalikan kepercayaan pelabur ke negara ini.
Kerajaan juga hilang tumpuan terhadap kepentingan negara apabila masa kepimpinan lebih banyak tertumpu kepada mengatur dan menyusun stategi bagi mengelak serangan politik dalam parti dan juga pembangkang.
Abdullah juga didakwa lebih mementingkan syarikat milik keluarga sehingga sanggup menaikkan harga minyak.
Seruan Abdullah mahu rakyat mengubah cara hidup sebenarnya mempunyai maksud terselindung supaya rakyat menggunakan pengangkutan awam bertujuan memulihkan aliran tunai sebuah syarikat pengangkutan awam di Kuala Lumpur untuk meneruskan pembelian bas baru yang masih tersadai.
Kepimpinan negara juga gagal mengatasi masalah kesukaran rakyat mendapatkan bekalan beras Super Tempatan 15 peratus (ST15) dan gandum harga kawalan kerajaan kerana ia berkait dengan keselamatan pemakanan negara.
Beras ST15 berharga RM1.70 sekilo hanya terdapat dalam bungkusan 10 kilogram dan di pasar raya tertentu. Ia tidak menepati sasaran kepada orang miskin yang hanya berbelanja di kedai runcit dengan kuantiti yang kecil.
Sebagaimana beras ST15 begitu juga gandum seling RM1.35 sekilo sukar didapati. Harga seling hanya sebagai hujah kerajaan mengatakan mereka mempertahankan hak rakyat miskin sebalik tidak mampu memastikan rakyat miskin mendapat kemudahan tersebut.
Akibat daripada tekanan tersebut, rakyat merasakan sudah tidak makmur lagi berada di bawah pemerintahan Abdullah.
Tekanan bermula dengan kenaikan harga minyak dan berterusan kepada barangan keperluan serta barang lain yang turut ikut naik menyebabkan rakyat mula bergantung harap kepada Pakatan Rakyat supaya membuat perubahan untuk meringankan bebanan rakyat.
Apa yang boleh dibuat oleh rakyat sedangkan pilihan raya umum sudah berlalu? Apakah rakyat perlu sabar menunggu lima tahun lagi untuk membuat perubahan hidup mereka?
Terdapat jalan tengah sebelum menunggu tempoh lima tahun iaitu sebagaimana yang dirancang Ketua Pembangkang membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri ke Dewan Rakyat.
Sebaliknya ia ditolak oleh Pandikar bermakna ia menolak hasrat rakyat terutama golongan miskin yang mahu kepada perubahan dan kerajaan yang mampu membaiki taraf sosial ekonomi mereka.
Bagi rakyat, Pandikar tidak prihatin terhadap nasib mereka. Malah Pandikar tidak melayan permintaan Wan Azizah supaya mempertimbangkan semula keputusan menghalang usul tidak percaya daripada dibahaskan di Dewan rakyat.
Wan Azizah bangun sebelum Dewan Rakyat meneruskan perbahasan Penggal Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), meminta Speaker menimbang semula keputusan tersebut.
Sebaliknya, Pandikar berkata usul yang difailkan di bawah Peraturan 18(1) itu menggesa kepada satu resolusi, namun begitu kuasa resolusi tidak terletak di bawah peraturan 18(1).
Bercakap kepada pemberita di luar Dewan Rakyat, Wan Azizah berkata objektif usul itu bukanlah resolusi undi tidak percaya, sebaliknya ia usaha Pakatan Rakyat membawa keluhan dan suara rakyat terhadap kerajaan ke pemerhatian Parlimen.
Usul yang difailkan di bawah Peraturan 18(1) itu berbunyi:
"Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan". - mns _

Admin : Penyakit "tolak" dan sama waktu denganya, yang dihadapi oleh Speaker Dewan Rakyat harus diubati segera. Dulu jaguh kot kg kot ???

Tindakan polis melampau, bohongi rakyat dua kali

Intan Abdullah
Foto Nasir Sudin Mon Jul 14, 08 5:24:44 pm MYT
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin menyelar tindakan pihak polis dan anggota keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya dengan kawalan yang menyusahkan orang ramai. -->
Menurutnya, pihak polis telah mengadakan kawalan ketat sekitar Pasar Seni atau Central Market sejak pagi tadi sehingga menimbulkan rasa takut dan kurang senang peniaga serta orang ramai yang berkunjung di sana.
"Ini merupakan tindakan intimidasi atau gangguan yang dibuat pihak polis secara melampau terhadap proses perjalanan demokrasi di negara ini," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau turut menafikan bahawa wujudnya perancangan bagi mengadakan perhimpunan oleh Pakatan Rakyat khususnya KeADILan dalam usaha menyokong usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri di Parlimen.
"Tiada sebarang perancangan mahupun usaha untuk mengadakan perhimpunan mengenai isu terbabit," katanya.
Katanya, ini secara tidak langsung membuktikan pihak polis sengaja mengada-adakan cerita bahawa KeADILan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat menganjurkan perhimpunan.
Bercakap kepada media di pekarangan Pasar Seni, beliau melahirkan kekesalan yang bertindak secara tidak profesional dengan menghalang beliau bercakap dengan pihak pemberita.
"Saya amat kesal dengan tindakan melampau pihak polis bagi menangani hal ini, mereka tidak profesional dan tidak demokratik," tegasnya.
Beliau turut menafikan bahawa wujud usaha mengadakan juga perhimpunan tersebut meskipun kononnya ia gagal diadakan di parlimen pagi tadi.
"Kita mendapat arahan daripada OCPD Dang Wangi, serta notis-notis yang ditampal di sekitar Pasar Seni ini melarang sebarang anjuran perhimpunan di kawasan tersebut," ujarnya.
Bahkan, beliau hanya datang bertiga ke lokasi yang didakwa akan dibuat perhimpunan tersebut.
Sejak pagi tadi, sekitar kawasan Pasar Seni dikawal ketat oleh tidak kurang daripada 100 pegawai polis berpakaian uniform serta lebih 100 anggota berpakaian preman daripada bahagian depan, sisi dan belakang bangunan tersebut.
Beberapa trak polis, FRU, motosikal, van dan kereta peronda berbaris panjang di sepanjang jalan dan sisi pasar seni mengundang tanda tanya orang ramai yang lalu-lalang.
Malah, pihak media juga diminta oleh pihak polis untuk segera meninggalkan lokasi Pasar Seni setelah Shamsul beredar dari tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, salahuddin Ayub pula menempelak tindakan pihak polis yang secara keterlaluan mengadakan sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke bandaraya Kuala Lumpur.
"Tiada sebarang perhimpunan yang dianjurkan, ini merupakan pembohongan kali kedua oleh pihak tertentu.
"Takkan kita sebagai pimpinan Pakatan Rakyat tidak mengetahui mengenai perancangan untuk melaksanakan perhimpunan ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau turut mendakwa apa yang dilakukan pihak polis adalah untuk mengharu-birukan situasi seolah-olah ingin menggambarkan kepada rakyat bahawa sekiranya usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat, keadaan akan menjadi tidak stabil.
"Kita kesal dengan kemarahan rakyat dengan tindakan polis yang sengaja mengundang keresahan di hati mereka.
"Apa yang jelas, kerajaan Umno-BN mahu menakut-nakutkan rakyat dalam situasi pelabur telah hilang keyakinan terhadap negara," ujarnya.
Beliau yang juga Ketua Whip Parlimen, turut melahirkan rasa tidak puas hati apabila para pengamal media alternatif tidak dibenarkan membuat liputan di Dewan Rakyat khususnya mengenai usul undi tidak percaya oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - mks._
Admin : Teringat masa remaja-remaja dulu, ada lagu pasai polis. ( The Exploited )

PAS tetap sokong usul di parlimen esok - Mahfuz

Nyza Ayob
Sun Jul 13, 08 10:22:07 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Hrkh) - PAS akan tetap menyokong usul ketidakpercayaan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kabinetnya, yang akan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Rakyat esok. -->
Perkara tersebut ditegaskan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar sewaktu diminta mengulas mengenai perkara tersebut dalam sidang media selepas perasmian Ibu Pejabat PASTI Pusat di Taman Samudera hari ini.

Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS, mengulangi kata-kata Presiden PAS, hakikat dalam struktur Pakatan Rakyat persetujuan dicapai bahawa tidak ada siapa yang menjadi ketua dalam pakatan tersebut.
Malah katanya, sesiapa tidak boleh menghalang persepsi yang menganggap Anwar sebagai ketua.
"Kita tidak boleh halang persepsi masyarakat. Dan dia (Anwar) tidaklah pula dia mengada-ngada mengangkat diri dia sebagai ketua,"katanya.
Dalam sidang media itu juga, beliau menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan wartawan mengenai isu politik yang melanda negara hari ini.
(Berikut adalah transkrip penuh sidang media tersebut)

Wartawan: Sebuah akhbar tempatan hari ini menyatakan Pakatan Rakyat semakin retak apabila PAS dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut.
Akhbar tersebut juga menyatakan usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu PAS. Respons YB mengenai kenyataan ini?

Mahfuz: Bagi saya ini merupakan satu permainan media. Sejak akhir-akhir ini media banyak menimbulkan keraguan masyarakat terhadap PAS. Dan cuba menimbulkan perbalahan di kalangan Pakatan Rakyat.
Sebelum ini TV3 cuba mengeksploitasi terhadap isu penggunaan jet oleh Menteri Besar, Kedah.
Tetapi akhirnya mereka sedar itu bukan urusan Menteri Besar tetapi urusan istana, yang mana Menteri Besar hanya mengiringi Tuanku Bendahara untuk menjemput Sultan Brunei bagi menghadiri sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah.
Kini Utusan Malaysia pula memainkan isu yang saya sifatkan tidak ada apa-apa pun yang berbangkit dengan isu perbalahan mahupun seolah-olah PAS terpinggir dan di pinggir.
Dalam kerajaan negeri yang kita perintah, kita memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat. Semua yang kita putuskan berdasarkan persetujuan dalam perbincangan yang dibuat di peringkat kerajaan negeri atau parti.
Jadi, tidak timbul soal PAS terpinggir. Kenyataan ini merupakan satu fitnah. Malah dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini, kita mengambil ketetapan untuk memperkasakan parti dan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
Sebarang bentuk masalah yang berbangkit sama ada bagi pihak PAS, KeADILan atau DAP harus diselesaikan di meja perbincangan. Jadi, saya tidak nampak ada masalah besar yang melanda Pakatan Rakyat.
Tetapi sebaliknya apa yang berlaku hari ini, kita melihat parti komponen Barisan Nasional ditimpa dengan pelbagai masalah seperti MIC dan MCA. Begitu juga yang dihadapi Umno sehingga memaksa Perdana Menteri mengumumkan peralihan kuasa pada Jun 2010. Dan tidak timbul mengatakan PAS dipinggirkan dalam membuat usul tidak percaya.
Semua itu juga hasil cadangan daripada PAS. Malah pimpinan PAS, YB Salahuddin Ayub merupakan orang pertama yang mendraf usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang.
Jadi, tidak timbul seperti yang tersebar melalui SMS mengatakan PAS diperalatkan. Dan kita bersetuju untuk menyokong usul tersebut.
Isu juga ditimbulkan media bahawa Pakatan Rakyat tidak mencadangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua Pakatan Rakyat, sebagaimana yang dinyatakan Presiden. Respons YB?
Itu persepsi orang dan kita tidak boleh menghalang persepsi orang yang menganggap siapa ketua. Persepsi orang menganggap Anwar sebagai ketua. Tapi hakikatnya dalam struktur Pakatan Rakyat Persetujuan kita bersetuju bahawa tidak ada siapa ketua.
Anggapan Anwar sebagai ketua atau siapa ketua itu adalah persepsi rakyat. Kita tidak boleh halang. Dan dia (Anwar) tidaklah pula dia mengada-ngada mengangkat diri dia sebagai ketua.
Mengenai amaran polis kepada Dato' Seri Anwar dan para penyokong supaya tidak meneruskan perhimpunan yang dikatakan berlaku di pekarangan bangunan Parlimen esok, adakah PAS mengetahui mengenai perhimpunan tersebut?
Semalam baru saya tahu bahawa tidak ada orang luar dibenarkan melawat ke Parlimen kerana dikatakan akan berlaku perhimpunan. Sekatan polis juga telah bermula hari ini.
Saya juga terkejut. Bila perkara ini dirancang? PAS tidak merancang dan apabila kita hubungi KeADILan mereka katakan juga tidak merancang. Jadi tiada siapa yang merancang.
Jadi saya katakan bahawa ini satu suasana yang sengaja dicipta oleh pihak kerajaan sendiri seolah-olah satu kebimbangan di kalangan masyarakat di negara kita terhadap proses peralihan kuasa BN kepada Pakatan Rakyat.
Walhal jika dikaitkan dengan isu usul yang akan dibawa esok, itu usul biasa iaitu usul di bawah Perkara 18 (1) dan (2) yang tidak pun ada usul 'voting' yang boleh direkodkan untuk menentukan usul itu menang atau kalah. Jadi saya menganggap jika laporan itu sampai kepada kerajaan sehingga kerajaan terpaksa membuat keputusan sedemikian, mungkin pelapor itu salah.
Saya ingat dia dapat daripada 'koperal Mat Saman' mana... wallahua'llam. Tapi bagi saya, apabila mereka melakukan perkara ini, ia akan menyebabkan masyarakat tertanya-tanya, apa jadi dengan politik Malaysia?
Saya percaya keadaan sebaliknya akan berlaku, iaitu daripada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat yang mana orang melihat memang kerajaan BN akan jatuh. Ia satu perkara yang tidak patut digembar-gembur.
Bagaimana dengan hasrat Pakatan Rakyat yang ingin menguasai Malaysia?
Kenyataan saya yang kuat dan mewakili parti ialah kita berhasrat untuk menarik perhatian Ahli Parlimen sama ada BN atau parti komponen BN di Sabah dan Sarawak dan semenanjung untuk bersama Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan Malaysia baru ke arah yang lebih baik dan sejahtera.
Jika hasrat tersebut tidak berjaya?
Ada usaha daripada BN untuk menghalang penghijrahan Ahli Parlimen komponen BN. Malah saya sendiri telah didatangi rakan-rakan yang bersedia untuk berhijrah.
Mereka menyatakan mereka sering diekori oleh SB di mana sahaja mereka pergi dan ada yang pihak tertentu yang menjanjikan sesuatu untuk mereka. Jadi gambaran tersebut menunjukkan terdapat usaha menghalang mereka daripada berhijrah.
Saya ingin mengatakan, jika perkara ini tidak jadi, saya tidak mengalami apa-apa kerugian. Kita tetap seperti biasa dan akan terus memperkasa Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU- 13.
Jika tidak berjaya sebelum September ini, kita masih mempunyai waktu sebelum menjelang Jun 2010 untuk berusaha bagi apa yang kita ingini tercapai.
Mengenai perdebatan Dato' Seri Anwar dengan Menteri Penerangan, Dato' Shabery Chik pada 15 Julai ini.
Saya menyokong penuh debat tersebut. Dan saya percaya Dato' Seri Anwar akan menggunakan ruang tersebut mewakili Pakatan Rakyat bagi menyatakan pendirian terhadap isu berkaitan kenaikan harga minyak ini.
Dan saya harap debat tersebut akan disiarkan secara langsung supaya masyarakat dapat menilai boleh atau tidak untuk menurunkan harga minyak.
Ini satu ruang yang harus diambil bagi membuktikan keupayaan kita mengurus sumber kekayaan di negara kita untuk kesejahteraan rakyat.
Umno menganggap tindakan debat ini merugikan kerana saya percaya apabila diberi peluang Dato' Seri Anwar akan menjelaskan keupayaan Pakatan Rakyat membawa sesuatu yang terbaik kepada masyarakat dan negara.
Dan persepsi rakyat tentu akan berubah kerana apa yang dinyatakan itu daripada bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan yang menguruskan dana negara.
Jika saya menyatakan perkara tersebut dalam rancangan Hujjah di TV9, mungkin orang mengatakan saya tidak mempunyai latar belakang mengenai perkara itu serta bukan berpengalaman.
Saya percaya mungkin Umno akan berusaha untuk menggagalkan perkara tersebut tetapi ketelanjuran persetujuan yang dibuat Shabery Chik mungkin debat tersebut diteruskan.
Ezam Mohd Noor 'menegur' PAS supaya tidak membuat pakatan dengan KeADILan. Wajar atau tidak 'tegurannya' itu?
Saya tidak menghalang untuk sesiapa memberikan pendapat dan pandangan. Pemerhati politik juga mungkin mempunyai pandangan. Kita menyokong kebebasan demokrasi sesiapa untuk beri pandangan. Tetapi yang membuat keputusan adalah pimpinan parti sama ada PAS, KeADILan atau DAP.
Kenyataan Ezam itu juga seolah-olah menggambarkan KeADILan tidak betul.
Isunya adakah dia menganggap Umno betul? Jika dia menganggap keADILan ini tidak betul, adakah dia boleh menganggap Umno dan BN, kepimpinan Pak Lah dan Najib yang dia sendiri 'telanjangkan' selama ini adalah sesuatu yang betul.
Negara kita sedang dihimpit dengan pelbagai masalah dan adakah mereka ingin menganggap bahawa tindakan yang dilakukan kerajaan hari ini sesuatu yang betul.
Pendirian PAS mengenai dakwaan kes liwat yang menimpa Dato' Seri Anwar?
Kita berpendirian bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Dan beban bagi membukti kes itu berlaku bukan atas diri Anwar, tapi beban harus dipertanggungjawab pada orang yang menuduh Anwar.
Komen YB mengenai Perjanjian Pangkor II yang katanya wujud oleh kerajaan Perak?
Apa yang dinyatakan oleh MB Perak dan kepimpinan DAP Perak memang tidak wujud. Apa benda Perjanjian Pangkor ini? Pulau Pangkor memang ada di jajahan takluk Perak (tersenyum).
Jadi, saya menganggap apa yang diketengah oleh media adalah usaha untuk 'divert' isu daripada tumpuan masyarakat terhadap kelemahan Pak Lah dan Najib.
Dan untuk mengalih perhatian daripada orang berbincang kenapa Pak Lah beri tempoh 10 tahun baru hendak tukar jawatan PM. - mks._

Admin : Jom sokong ! Jom sokong ! Jom sokong !

Kes Anwar: Jawi akan siasat jika terbukti ada kes

Harakahdaily
Sun Jul 13, 08 9:22:15 pm MYT

KOTA KINABALU,13 Julai (Hrkh) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya akan menjalankan siasatan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim mengikut peruntukan qazaf sekiranya siasatan polis dan laporan Jabatan Kimia membuktikan ada kes, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. -->
Bernama melaporkan, Zahid sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Ibrahim Lembut dan Penasihat Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim mengenai hukum dan peruntukan qazaf dalam enakmen undang-undang syariah.
Beliau berkata dalam kes yang mungkin tidak mempunyai saksi, beliau diberitahu bermubahalah atau pengakuan bersumpah adalah langkah terbaik bagi membuktikan pihak yang benar atau salah.
"Siapa yang menuduh dan juga yang dituduh hendaklah bersumpah jika tidak ada empat orang saksi, kedua-dua pihak perlu bersumpah laknat bagi membuktikan siapa benar atau salah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana dan Pengurusan Islam Kepada Pemimpin Wanita di sini, hari ini.
Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang dibuat Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Jawi pada 9 Julai lalu yang menuntut supaya tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya. - mks._

Admin : Suka main tai-chi. Hai Yahh...

Ada GLC Kedah agih keuntungan di kalangan kroni - MB Kedah

Izwan Abdul Halim
Sun Jul 13, 08 2:34:50 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Buat pertama kalinya, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mendedahkan penyelewengan yang pernah berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri terdahulu setelah lebih empat bulan menerajui tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. -->
Menurut beliau, Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) sepatutnya membantu Kerajaan Negeri dalam soal kewangan negeri bahkan syarikat-syarikat itu diberi kemudahan berbanding syarikat lain untuk aktif dalam perniagaan.
"Tetapi malangnya, keuntungan ini diagihkan di kalangan pengarah dan kuncu-kuncu mereka juga ahli-ahli politik mereka. Di sinilah kita dapati wang rakyat telah hilang.
"Satu syarikat mengeluarkan sebanyak RM 340,000 beli dua jam tangan untuk dihadiahkan kepada orang-orang tertentu,"ujarnya mendedahkan perkara tersebut pada majlis ceramah '100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah' di Kompleks PAS Kedah di sini semalam.
Beliau turut menyentuh pertemuannya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada majlis Perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan Wawasan, Jitra baru-baru ini mengenai perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping turut melontarkan peringatan buat Umno Kedah.
"Banyak yang dibincangkan, alhamdulillah projek-projek yang dirancang di bawah NCER akan diteruskan.
"Umno Kedah jangan fikir projek ini dia akan dapat secara mutlak, dia mesti melalui tender. Setiap tender yang melibatkan Negeri Kedah mesti ada wakil Kerajaan Negeri," tegasnya. - mks. _

Admin : Siapa orangnya ya ? Namanya apa ya ? GLC mana satu ya syarikatnya ya ? Angin saja kot.

Usul: Sokongan Ahli Parlimen dialu-alukan - Wan Azizah

Harakahdaily
Sun Jul 13, 08 7:44:29 am MYT

PULAU PINANG, 13 Julai (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengalu-alukan lebih banyak Anggota Parlimen daripada Barisan Nasional untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. -->
Bernama melaporkan, Wan Azizah tidak mengharapkan suatu perubahan dalam kerajaan, sebaliknya perwakilan bagi suara rakyat didengar di Parlimen.
"Proses itu tidak akan membabitkan sebarang pengundian dan kami tidak akan memfailkan usul itu buat kali kedua sekiranya Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak memberi kebenaran kali ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menerima Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran "Datuk Seri Utama", sempena sambutan ulang tahun ke-70 Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di sini semalam.
Dr Wan Azizah berkata beliau menyerahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menerima usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Usul itu disokong oleh dua Anggota Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) iaitu Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau).
Khamis lepas, Dr Wan Azizah memfailkan usul tergempar undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Jika diterima, usul itu, yang difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) and 18(2), akan didengar dan diputuskan Isnin ini.
Tiada pengundian akan dibuat memandangkan usul itu hanya akan dibahaskan. - mks._

Admin : SAPP dah sokong rupanya. Tahniah.

Bekas pekerja Nikko tuntut RM7.2 juta

Mohd Sabri Said
Fri Jul 11, 08 10:59:59 am MYT

BUTTERWORTH, 11 Julai (Hrkh) - Pekerja kilang Nikko Electronic Bhd menuntut bekas majikan mereka membayar pampasan sebanyak RM7.2 juta di mahkamah Buruh, Butterworth pada 25 Julai ini kerana memberhentikan pekerja serta merta. -->
Demikian kata jurucakap pekerja berkenaan, Zahir Ismail ketika Harakahdaily menemu bualnya baru-baru ini.
Menurutnya lagi, walaupun pihak kerajaan negeri melalui Penang Invest telah mengadakan temuduga terbuka di Nation Gate baru-baru ini namun ramai yang kecewa kerana bidang kerja yang ditawarkan di kilang lain kebanyakanya melebihi had sijil yang mereka miliki .
"Semasa temu duga tersebut ramai yang merunggut kerana ditawarkan pekerjaan yang memerlukan diploma walaupun sebagai juruteknik tidak sebagaimana di Nikko dulu. Lagi
satu masalah yang mereka hadapi ialah kebanyakan kilang menolak pekerja yang berumur melebihi 35 tahun," terangnya.
Beliau begitu kecewa dengan kelembapan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang untuk membantu mangsa pembuangan pekerja seperti yang diperkatakan oleh pegawai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kawasan utara, V.Vijaya.
Baginya, apa yang paling penting ialah tawaran kerja mestilah setimpal dengan sijil yang dimiliki serta berdasarkan pengalaman yang ada.
Beliau juga menyokong saranan MTUC supaya Kerajaan Negeri segara masuk campur dengan memberikan RM1,000 satu keluarga untuk membiayai penghidupan mereka setelah dibuang kerja pada 30 Jun lalu menerusi sekeping surat bertarikh 28 Jun 2008 tanpa tanda tangan.
"Jika ada bantuan sebagaimana yang dinyatakan oleh MTUC itu amat bagus kerana kami berada dalam kehimpitan sekarang setelah dibuang kerja tambahan lagi terdapat 30 ibu tunggal dan 10 pasangan yang bekerja sekali," tegas beliau penuh harap.
Setakat berita ini ditulis baru 824 orang pekerja telah mengisi borang di pejabat buruh, Butterworth untuk menuntut pampasan daripada 963 orang pekerja di kilang berkenaan. - mns_

Admin : Dengaq kata kilang ini tiada kesatuan sekerja, betoi ka ? Kalau tiada,kenapa kerajaan Pusat/Negeri tidak menggalak pekerja berpersatuan ? Bagaimana masalah lain selain pemberhentian serta merta iaitu perlaksanaan sistem pekerja kontrak ? Dengaq cerita syarikat yang menawarkan pekerjaan secara kontrak suka menipu ? Di mana ? Di Kawasan Sungai Petani ada ka ? Ada bagi info.

Parlimen ditutup untuk tetamu,Nazri dakwa ada demonstrasi

Harakahdaily
Sat Jul 12, 08 7:12:09 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) -Kesemua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini. -->
Menurut laporan Bernama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.
Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.
"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini,"dakwanya.
Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.
"Saya telahpun menghubungi Speaker memaklumkan tentang tindakan yang saya ambil ini, semata-mata untuk keselamatan ahli-ahli Parlimen dan juga kawasan Parlimen.
"Keselamatan Anggota-anggota Parlimen dan keselamatan kawasan Parlimen adalah diutamakan dan kita tidak mahu apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dalam kawasan Parlimen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Ngok, Beluru di Kuala Kangsar hari ini.
Ditanya sama ada pihak media yang membuat liputan akan turut terjejas dengan langkah keselamatan tersebut, Nazri berkata perkara itu adalah terpulang kepada pihak polis.
"Media, memanglah mereka bertugas. Jadi apa juga tindakan yang diambil oleh pihak polis itu terpulang kepada budi bicara mereka kerana akhirnya polis yang bertanggungjawab di atas keselamatan di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata orang ramai juga tidak akan dibenarkan memasuki kawasan Parlimen pada Isnin ini kecuali mereka yang perlu hadir kerana bertugas.
Mohamed Nazri berkata sama ada langkah keselamatan tersebut akan dilaksanakan pada Isnin ini ataupun hari-hari berikutnya adalah bergantung kepada maklumat-maklumat yang diperolehi pihaknya mengenai perkara tersebut.
Ditanya sama ada langkah keselamatan itu berkemungkinan akan menyebabkan ahli Parlimen pembangkang memboikot sidang Dewan Rakyat Isnin ini, Mohamed Nazri berkata, "dia nak boikot, boikotlah... itu dia punya hal lah tapi saya nak bagi nasihat kepada mereka supaya jangan membawa lima orang tetamu itu kerana polis akan membuat kawalan ketat," katanya. - mks._

Admin : Pelik-pelik la lepas PRU 12 nie, awat tak tau...

TV3 lakukan 'jenayah media', sebar fitnah

M Khaleel Kas Sat
Jul 12, 08 8:15:56 am MYT

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Hrkh) -Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali. -->
Menurut Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid dalam proses untuk memenuhi agenda memburukkan lawan politik BN , media perdana sangat ketara cuba menggambarkan pemerintahan Pakatan Rakyat juga turut menyalahgunakan wang rakyat untuk berbelanja mewah.
"Dalam keghairahan untuk mencari apa sahaja isu yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain BN , didapati media perdana nampaknya tidak berhati-hati dalam memilih bahan berita.
"TV3 baru-baru ini telah melakukan 'jenayah media' yang turut melakukan fitnah sedangkan hanya beberapa hari sebelumnya media tersebut telah memaparkan secara khusus isu fitnah yang dikaitkan dengan politik Malaysia.
"Untuk kali pertama TV3 menyiarkan slot khas lengkapkan dengan bacaan ayat-ayat Al Quran yang mendedahkan fitnah yang menjadi gejala politik di negara ini,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini.
Tambahnya lagi,"akan tetapi hal yang sama jugalah yang dilakukan bila sebuah klip gambar yang membayangkan MB Kedah dikatakan mengguna pesawat khas dalam suatu penerbangan baru-baru ini."
Katanya lagi, padahal yang sebenarnya seperti yang dilaporkan oleh Bernama , ia bukan seperti yang telah cuba digambarkan oleh TV3 dan ia dikatakan ialah sebuah penerbangan rombongan di raja Kedah untuk berlepas ke Brunei bagi mengundang Sultan Brunei hadir di sambutan jubli emas Sultan Kedah.
"Teras kesal kenapa budaya fitnah media ini diamalkan oleh TV3, bukankah dengan cara yang sangat gelojoh ini akan memburukkan lagi keadaan berpolitik di negara ini.
"Menfitnah dengan berita yang salah apatah lagi dengan membabitkan kelompok istana adalah gejala yang tidak dapat diterima oleh rakyat,"ujarnya yang kesal dengan kejadian tersebut.
Beliau juga menegaskan bahawa,ketelanjuran ini tidak boleh dibiarkan berlalu malah untuk tidak memangsakan pihak yang menjadi sasaran, permohonan maaf terbuka perlu dilakukan oleh media yang berkenaan.
"Teras mengesa TV3 jangan terlalu ghairah dengan menyertai dan terlibat dalam politik fitnah yang sering dituduh pihak lawan BN yang melakukannya.
"Pada pendapat Teras, amalan media yang tidak beretika dan tidak dikawal itulah yang menyebabkan budaya fitnah berleluasa di negara ini,"tegasnya. - mks. _

Admin : Cadangan - Lakukan kajian dan ambil tindakan mahkamah.

Pertemuan PAS Terengganu dan Ahmad Said, 15 Julai

Suhaimi Taib Thu
Jul 10, 08
2:50:17 pm MYT

Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said, nampaknya bersedia menerima kunjungan anggota Dewan Harian PAS negeri itu bagi membincangkan isu royalti petroleum dan gas yang dikembalikan semula ke negeri itu baru-baru ini. -->
Serentak itu PAS negeri menyambut baik usaha berkenaan yang dijangka akan diadakan 15 Julai ini, lapor Buletin Online.
Bagaimanapun tiada laporan mengenai tempat pertemuan itu diadakan.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu 'duduk semeja' dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS.
Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri itu, Haji Yahaya Ali pula berkata, parti itu menyambut baik 'respons' Dato' Ahmad dan sikap terbuka untuk duduk semeja membincangkan isu tersebut demi kebaikan rakyat negeri berkenaan.
Justeru beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar itu atas kesudiannya menemui pemimpin PAS negeri berkenaan.
Sebelum itu Dato' Ahmad mengakui beliau bersedia menemui pemimpin PAS Terengganu untuk tujuan murni itu.
"Kita akan adakan pertemuan dengan Dewan Harian PAS dan perbincangan demi kepentingan rakyat, Kita akan jelaskan untuk kebaikan bersama dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang,
"Pertemuan itu antara Dewan Harian PAS dengan Menteri Besar dan bukan antara parti PAS dengan Umno...tidaklah," Dato' Ahmad Said berkata kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.
Beliau berkata pertemuan tersebut dijangkakan akan diadakan pada 15 Julai ini antara Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dengan Menteri Besar Terengganu.
Keputusan Ahmad mengejutkan kerana sebelum ini, beliau pernah menolak tawaran PAS Terengganu untuk bersama 'duduk semeja' dan berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
Ketika itu Ahmad bukan sahaja menolak tawaran ikhlas pemimpin PAS Terengganu, bahkan menuduh PAS cuba bermain politik.
Bahkan Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.
Persoalan timbul ialah sejauh mana keberkesanan pertemaun itu belum dipastikan lagi khususnya untuk melihat royalti itu dimanfaatkan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan parti.
Sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini agak bias dalam pembahagian kekayaan negeri cukup jelas apabila rakyat yang menyokong pembangkang agak terpinggir untuk mengecapi hasil tersebut.
Dengan sikap terbuka sedemikian rupa soal meminggirkan pihak pembangkang dalam apa jua pengagihan kekayaan negeri tidak lagi menjadi masalah utama.
Yang penting ketelusan dan keadilan perlu mewarnai semua kepentingan rakyat termasuk dalam soal pemerolehan kontrak kerajaan dan peluang-peluang perniagaan terbuka luas kepada rakyat negeri itu tanpa mengira parti.
Jika ada lagi benteng (wall) ini, selepas pertemuan tersebut, sudah pasti ia tidak mencapai matlamat yang dikehendaki.
Konsep tender terbuka dengan mengikut terma dan kondisi yang ditetapkan adalah satu konsep yang telus tanpa ditokok tambah dengan syarat yang tidak dinyatakan secara tersurat termasuk perlu meminta kelulusan wakil rakyat BN atau tertentu terlebih dahulu, barulah permohonan tersebut boleh dibuat.
Ataupun latar belakang parti pemohon perlu diketahui terlebih dahulu oleh Exco Kerajaan berkenaan untuk meluluskan projek. Jika diketahui pemohon ternyata penyokong pembangkang, bukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman dan rekod kerjanya, permohonan tersebut ditolak mentah-mentah.
Ini satu lagi tindakan yang tidak memberi apa-apa erti walaupun rundingan diadakan di antara pihak-pihak terbabit beberapa kali.
Dasar kerajaan Terengganu perlulah benar-benar terbuka atau bukan kerana sebab-sebab politik tertentu pertemuan itu diadakan tetapi ianya ikhlas untuk kebaikan rakyat negeri itu seluruhnya.
Bagaimanapun pertemuan itu perlu disokong dan penghasilannya perlu diketahui umum jika untuk kepentingan umum dan mungkin ada sesuatu yang rahsia dibincangkan, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin PAS dan Menteri Besar untuk memutuskan sesuatu yang bermakna untuk rakyat negeri itu.
Yang penting hak rakyat negeri Terengganu perlu dimanfaatkan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan parti. - mns_

Admin : Teringat email yang diterima . MB yang sopan.




Cuti bersalin tiga bulan, Kedah kaji untuk laksanakannya

Bashir Ishak Thu
May 22, 08
6:28:57 am MYT

ALOR STAR, 22 Mei (Hrkh) - Bagi merealisasikan manifesto pilihan raya, Kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS sedang menjalankan kajian bagi melaksanakan cuti bersalin tiga bulan untuk kakitangan awam wanita yang bersalin. -->
Keputusan untuk pelaksanaannya akan dibuat setelah kajian tersebut selesai demikian jawapan pihak kerajaan terhadap soalan bertulis Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang) pada sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Dalam soalannya, Syed Sobri bertanyakan tentang beberapa perkara yang dijanjikan oleh PAS dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini.
Dalam soalannya itu, beliau turut menyebut sama ada manifesto tersebut adalah sekadar retorik politik, dakyah dan janji palsu bertujuan meraih undi semata-mata kerana menurutnya terdapat isu yang memperlihatkan kontradiksi antara janji manifesto dan kenyataan dasar semasa kerajaan negeri.
Selain soalan berkaitan cuti bersalin, beliau turut bertanya tentang pinjaman pembelian kenderaan tanpa faedah.
Dalam jawapan pihak kerajaan memberitahu, kakitangan kerajaan boleh memilih skim pinjaman untuk pembelian kenderaan mengikut Prinsip Al-Bai Bithaman Ajil' yang disediakan.
Begitu juga bagi soalan beliau yang mahu penjelasan bilakah tarikh dan kuatkuasa rasmi semua dasar-dasar yang dijanjikan dalam manifesto bertemakan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua", pihak kerajaan dalam jawapannya menjelaskan bahawa ianya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tanpa tarikh rasmi pelaksanaannya. - mks._

Admin : Dah lama dah nak dengaq, tapi bila ya ?

PENJELASAN PENDIRIAN PEMUDA PAS PUSAT

KRONOLOGI BANTAHAN PERSEMBAHAN KUMPULAN UNDERGROUND DALAM HIMPUNAN PROTES 6 JULAI 2008.

- Mesyuarat Protes pertama – Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais.

- 19 Jun 2008 Mesyuarat ke 3 jam 1 tgh di Parlimen.DPP Pusat pertama kali hadir dalam Jawatankuasa Pelaksana program. Sdr Kamaruzaman hadir mewakili DPPP. Mempersoalkan pengisian program yang terlalu panjang serta perubahan lokasi.

- 20 Jun 2008 (Jumaat) Mesyuarat ke 4 jam 5 ptg di tkt 5 Bangunan PAS.DPP Pusat tidak hadir. Justeru tiada bantahan. Hishamuddin Rais meneruskan program persembahannya. Antara yang dimasukkan ialah persembahan kumpulan-kumpulan Underground.

- 30 Jun 2008 (Isnin)Ust Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua DPPP di dalam blognya mempersoalkan pengisian program dalam Himpunan tersebut terutamanya kehadiran kumpulan band underground dan menimbulkan polemik di kalangan aktivis pemuda dan PAS. DPP Pusat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemuda pada sebelah malam dan membincangkan isu tersebut. Mesyuarat memutuskan untuk membantah kehadiran kumpulan underground dalam program tersebut dan bersetuju untuk menarik sokongan Pemuda kepada program Himpunan tersebut sekiranya tuntutan pemuda tidak dilayan. Mesyuarat mewakilkan Sdr Kamaruzaman (Ketua DPP Wilayah Perskeutuan juga Exco DPP Pusat) bersama Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua DPPN Johor yang juga Exco DPP Pusat) ke mesyuarat PROTES pada keesokannya.

- 1 Julai 2008 (Selasa (siang)Mesyuarat ke 5 Protes di bangunan PAS. DPP Pusat menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran program (pengisian) yang ada unsur hiburan (konsert kumpulan underground). Hishamuddin Rais sebagai Pengerusi Persembahan menjanjikan untuk membuang senarai nama kumpulan tersebut atas bantahan DPPP. Protes meminta DPPP berbincang lebih lanjut dengan Hishamuddin Rais untuk mendetailkan aturcara baru.

- 1 Julai 2008 (Selasa (malam))Pertemuan DPPP yang diwakili oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad bersama beberapa Exco DPP WP. Mesyuarat bersetuju menukar persembahan kumpulan rock kepada kumpulan nasyid dan dikir barat. Sekali lagi Hishamuddin Rais memberikan jaminan dan berjanji bahawa kumpulan underground tidak akan membuat persembahan. Sdr Kamaruzzaman menegaskan sekiranya berlaku persembahan yang tidak menepati kehendak seperti yang dipersetujui pihak Pemuda akan membatalkan penyertaan Pemuda PAS.

- 4 Julai 2008 (Khamis)DPPP berpuashati dengan penjelasan Sdr Kamaruzaman dengan aturcara himpunan yang baru dan jaminan kawalan persembahan yang baik. DPPP telah mengarahkan kehadiran seluruh pemuda termasuk petugas AMAL di seluruh negara melalui SMS dan pengumuman dalam Sistem komuniti UKJ.

- 6 Julai 2008 (Ahad)- Dari jam 9.00 pagi – 1 tengahari.Himpunan Protes berlangsung. Sebelah pagi program berlangsung dengan baik dan aman. Persembahan yang moderate sehingga jam 1 tengahari. Pemuda PAS dan pasukan AMAL bertugas di segenap penjuru daripada petugas keselamatan, protokol, sehingga kepada Pengerusi Majlis.

- Jam 2.30 petang.Program sesi petang dimulakan dengan persembahan kebudayaan India (Hindraf) disusuli dengan persembahan berat rock band (kumpulan rock). Walaupun judul lagu dianggap patriotik dan bersifat satira politik, pemuda PAS keseluruhannya mula keresahan. Melihat kepada penonton yang hadir kebanyakannya dari kalangan aktivis PAS (muslimat, golongan agamawan dan lain-lain). Sdr Kamaruzaman cuba menghentikan persembahan dan mengadakan rundingan dengan Hisamudin Rais untuk menghentikan persembahan band tersebut tetapi gagal. Program terus berlangsung dengan 3 buah lagu rancak. Sdr Kamaruzaman berbincang dengan Ust Azman Syapawi Abdul Rani (Naib Ketua DPP Pusat) dan DPPP membuat keputusan untuk memboikot dan menarik diri dari menjadi petugas himpunan Protes tersebut. DPPP mengarahkan seluruh petugas AMAL dan pemuda keseluruhannya menarik diri.

- Jam 7.00 petang.DPPP diberitakan berlaku insiden tunjuk punggung oleh kumpulan Karburator Dung.

Yang benar,
Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha DPPP

Sumber : http://www.dppnkedah.blogspot.com/

Admin : Minyak isu yang menguntungkan, tapi benda remeh yang laku. Walaupun untung, belum dijual, cuma atas kertas, laku dah jual, org dah terima. Nak tunggu PRU 13, Keluaq dak ISU ni, Selamat !

Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan

Intan Abdullah
Wed Jul 09, 08
11:33:30 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut. -->
"Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.
Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.
Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.
"Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku," katanya.
Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.
"Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.
"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.
Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.
Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).
"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.
"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.
"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.
Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. - mks._

Admin : Bukan semua Dr. mampu bagi ubat yang bersesuaian dengan pesakit ? Demam bagi ubat batuk pon ada. Hancur !

Parlimen: Soalan mengenai latihan bersama tentera-polis ditolak

Tuesday,
08 July 2008

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Krian) hari ini memohon penjelasan Kementerian Pertahanan berhubung penggunaan anggota tentera yang dikatakan turut serta bersama-sama pihak polis membuat latihan kononnya untuk menghadapi demonstrasi aman anjuran Protes, 6 Julai lalu.
Salahuddin ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, berkata adakah penggunaan anggota tentera itu berada di bawah pengetahuan kementerian, memandangkan ia dilihat sangat mencemarkan maruah dan integriti tentera dalam negara kita.
"Jika mereka terbunuh di perbatasan, terkorban di luar negara, kita memberi tabik hormat tetapi untuk bertempur dengan rakyat sendiri, ini satu perkara yang saya rasa sangat serius," kata beliau, yang sebelum itu merakamkan tahniah dan penghargaan terhadap tentera-tentera yang bertugas di luar negara, yang terkorban demi mempertahankan tanahair dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop, menolak untuk memberi penjelasan berhubung soalan tersebut dengan alasan ia tiada kena-mengena dengan soalan asal.
Dalam soalan asal, Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), meminta kementerian terbabit menyatakan perkembangan terkini Pasukan-pasukan Pengaman Malaysia yang beroperasi di bawah panji-panji PBB, di mana penghantaran Pasukan Pengaman Malaysia ke seluruh dunia mencerminkan komitmen negara membantu keamanan dunia. - mks

Sumber : http://pemuda.pas.org.my/

Admin : Memba ( Speaker ) baru first time jadi nak buat lagu mana.

Mari berhimpun beramai-ramai di Stadium MPPJ Kelana Jaya, Ahad ini, 10 pagi




Anis Nazri Fri
Jul 04, 08 4:23:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Hrkh) - "Pakatan Rakyat berpandangan rakyat perlu diberikan ruang untuk mengeluarkan pendapat dan berkumpul bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan menaikkan harga minyak dengan begitu drastik tanpa alasan kukuh," kata pemimpin Pakatan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim. -->
Sehubungan itu rakyat diseru menyertai perhimpunan aman memprotes kenaikan harga minyak pada Ahad, 6 Julai ini jam 10.00 pagi dan dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan provokasi pihak luar.
Pakatan Rakyat juga memaklumkan bahawa perubahan lokasi perhimpunan membantah kenaikan harga minyak dari Petaling Jaya ke Stadium MPPJ Kelana Jaya (berhampiran Kolam Renang MPPJ dan Pusat Latihan MAS), dibuat atas nasihat pimpinan Pakatan Rakyat, yang diputuskan selepas mesyuarat di rumah Anwar Ibrahim, semalam.
Menurut kenyataan bersama Setiausaha Agung parti komponen Pakatan Rakyat, pertukaran lokasi tersebut dilihat berdasarkan perkembangan suasana politik semasa.
Kenyataan media itu ditandatangani Anwar, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; dan Setiausaha Agung KeADILan, Datuk Salehudin Hashim.
Sementara itu, jurucakap Protes, Moon Hoi, ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tersebut, bagaimanapun pengisian program tersebut tidak berubah.
Pelbagai program akan diadakan, termasuk solat hajat perdana selepas Isyak yang bakal diimamkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.
Difahamkan, selain Anwar, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Presiden KeADILan, Datin Seri Wan Azizah mengesahkan turut serta dalam perhimpunan itu. - mr_

Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015584&Itemid=85

Admin : Jom ! Jom ! Jom ! . HarakahDaily kata pukui 10 pagi, poster pukui 9 pagi. LAGU MANA NIEH ? Manusia biasa kot noh. Hantam sajalah.

 

blogger templates | Make Money Online