Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

DAP, PAS sepakat Anwar Ketua Pembangkang, PM

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Mac: DAP dan PAS mengulangi pendirian tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen biarpun kerusi PKR kini hanya 26 iaitu kurang dua kerusi berbanding DAP (28).

Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, pihaknya langsung tiada keraguan untuk Anwar kekal menerajui pembangkang di Parlimen.

"Tidak ada apa-apa keraguan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun kerusi PKR sekarang 26, DAP (28) dan PAS (23).

"Kami DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Anwar bukan sahaja diterima Pakatan rakyat sebagai Ketua Pembangkang, malah sebagai calon perdana menteri Malaysia.

"Kita Pakatan Rakyat bukan sahaja menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang malah Perdana Menteri Malaysia.

"Bukan baru sekarang, tapi sejak zaman (allahyarham) Datuk Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) lagi sewaktu dalam Barisan Alternatif," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PKR sebelum ini mempunyai 31 ahli parlimen namun empat daripada mereka bertindak keluar parti manakala seorang telah dipecat manakala PAS pula masih kekal dengan 23 kerusi.

Hari ini merupakan istiadat perasmian pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat akan bermula esok sehingga 15 April ini.

Program Ikan Bakar - MKK Simpor

Dun Pantai Merdeka
AHAD [14-03-2010]

Program Ikan Bakar yang dianjurkan oleh Biro Pemuda didalam MKK Simpor telah berjaya diadakan dan pihak penganjur turut menjemput AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani didalam majlis tersebut.

Bagi pihak Dewan, Admin ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Suasana yang mana sempat dirakamkan pada majlis tersebut.

Timbalan Ketua DPPSP iaitu Sdr. Khairul Nizar yang menyampaikan ucapan berhubung isu-isu terkini didalam negeri Kedah khususnya sekitar Sungai Petani dan program-program terkini yang dirancang.



Menu utama 'dinner' malam tadi iaitu ikan temenung dan ikan keli bakar berserta gulai dan nasi. Petugas dari Komuniti Simpor sedang menjalan tugas-tugas membakar.


Tunggu untuk diangkat ......
 

blogger templates | Make Money Online