| Hazayani        Zakaria     | |
| KUALA        LUMPUR, 13 April:        Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) dan Lim Guan Eng        (DAP-Bagan) hari ini mencabar Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul        Rahman yang menuduh mereka menjual tanah kepada Singapura agar turut        membuat tuduhan yang sama di luar dewan agar tindakan boleh diambil        terhadapnya. Nizar        dalam satu sidang media bersama Guan Eng di lobi Parlimen berkata, Ahli        Parlimen Pasir Salak boleh membuat dakwaan itu di luar dewan jika        benar-benar ada bukti mengenainya. "Kami        di sini seolah-olah dijadikan mangsa oleh ahli Parlimen Pasir Salak        apabila sewaktu saya tiada di dewan baru-baru ini, Pasir Salak menuduh        saya telah terlibat dalam operasi menjual tanah di Perak kepada        Singapura. "Kita        mencabar Pasir Salak buat dakwaan yang sama di luar dewan maka kita akan        mengambil tindakan supaya kita tunjukkan kebenaran,"        ujarnya. Tajuddin        dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di        Dewan Rakyat baru-baru ini mendakwa Pakatan Rakyat (PR) diketuai Nizar        sewaktu menjadi kerajaan negeri telah terlibat dalam operasi menjual tanah        dan pasir kepada Singapura dan kepada tauke-tauke Cina di negeri        itu. Oleh        kerana Nizar tiada dalam dewan ketika itu, wakil DAP dari Beruas, Ngeh Koo        Ham dan wakil DAP dari Taiping, Nga Ror Ming bangun menafikan dakwaan        itu. Nizar        yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang turut mencabar Tajuddin        mengemukakan bukti mengenai dakwaannya itu kerana menurutnya, ia satu        tuduhan yang serius. "Saya        juga dituduh bukan sahaja menjual tanah pasir kepada Singapura malah turut        dituduh jual tanah kepada kaum Cina di Perak. "Buktikan        mana tanah yang saya jual kepada Singapura, mana dia tanah yang saya jual        kepada tauke Cina. Sampai sekarang mereka tidak juga memberi bukti,"        katanya. Justeru,        beliau berkata, Ahli Parlimen PR ingin menuntut keadilan di atas tuduhan        yang sangat dasyat itu. "Kami        ahli-ahli Parlimen dari PAS, DAP dan PKR ingin menuntut keadilan supaya        rakyat sedar kalau inilah mutu ahli Parlimen kita yang membuat tuduhan        tanpa bukti, saya rasa ini satu malapetaka kepada rakyat Malaysia,"        tegasnya. Sementara        itu, Guan Eng yang dituduh menjual maklumat Malaysia kepada Singapura dan        Hong Kong senada dengan Nizar mencabar Tajuddin membuat dakwaan sama di        luar dewan untuk diambil tindakan. Ketua        Menteri Pulau Pinang itu turut menafikan dakwaan  itu. "Memanglah        perkara palsu saya ke Singapura dan Hong Kong untuk jual maklumat negara.        Saya ke sana atas urusan perniagaan sahaja. Samalah seperti Perdana        Menteri ke Singapura dan Hong Kong ke negara tersebut untuk tujuan        pelaburan. "Jadi        saya cabar beliau buat tuduhan di luar dewan,"        katanya. Beliau        juga menyelar tindakan Tajuddin yang menggunakan imuniti sebagai ahli        Parlimen untuk membuat tuduhan sewenang-wenangnya. "Jangan        berselindung dalam dewan, berselindung di atas kekebalan undang-undang        yang dinikmati oleh ahli Parlimen untuk membuat sebarang tuduhan ,"        katanya. | 
Mksd Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mrk yg tidak memikirkan masalah umatku BUKAN drpd kalangan umatku"
JOM UBAH!!!
 
UBAH SEKARANG
 
Jual tanah: Tajuddin dicabar buat kenyataan luar dewan
Tolak APCO, tolak BN di Hulu Selangor
| Hashim        Abdullah     | 
| TEMERLOH,        13 April:        Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad menggesa pengundi di        kawasan Parlimen Hulu Selangor menolak Umno/BN dalam pilihan raya kecil        yang akan diadakan pada 25 April ini sebagai bantahan terhadap tindakan        kerajaan membenarkan agen Israel terlibat dalam isu yang boleh menjejaskan        keselamatan negara.  Bercakap        pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda PAS        Pahang di Pejabat Badan Perhubungan Negeri, di sini, Suhaimi berkata        tindakan pemimpin Umno menggunakan khidmat APCO Worldwide  yang ada        kaitan dengan agen zionis Yahudi adalah perbuatan yang tidak        bertanggungjawab kepada keselamatan negara. Tambahnya,        PAS sangat bimbang dengan tindakan pemimpin Umno/BN yang tidak sensitif        dengan isu keselamatan negara yang akan menyebabkan negara terdedah kepada        bahaya pembocoran maklumat strategik. "Cara        pemimpin Umno mengurus negara sangat buruk sehingga sanggup mendedahkan        keselamatan negara dalam bahaya. Tindakan mereka menggunakan khidmat APCO        Worldwide sebagaimana yang didedahkan kepada umum perlu diajar oleh rakyat        dengan menolak mereka pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor,"        katanya. Semalam,        ketika bercakap di Lobi Parlimen, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang        akan mengemukakan usul menangguhkan mesyuarat Dewan Rakyat bagi        membincangkan isu kemasukan ejen perisikan Israel di ibu pejabat Polis        Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman.  | 
PAS mahu SPRM siasat Palanivel lulus projek RM354,000
| Harakahdaily            | 
| KUALA        LUMPUR, 13 April:        PAS mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan        Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G        Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di kampung        itu. 
 "PAS        mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet        atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang        negara," katanya kepada Harakahdaily. Beliau        berkata, adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini        dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit        kerajaan sesuka hati untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihan raya        Kecil Parlimen Hulu Selangor. Menurutnya,        selama dua tahun allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi Ahli        Parlimen Hulu Selangor, Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang        peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu. "Tetapi,        selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja        melantik 'wakil rakyat haram' untuk membelanjakan duit        kerajaan. "PAS        menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang        berlaku di Hulu Selangor sekarang,"    tegasnya. | 
APCO: Laporan polis serentak seluruh negara esok
| Nazri        Abdullah     | 
| KUALA        LUMPUR, 13 April:        Pemuda Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis serentak jam 3 petang        esok di semua ibu pejabat kontinjen Polis seluruh negara berhubung isu        APCO. | 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 


