Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Penghulu perlu jadi jambatan antara kerajaan dan rakyat

Izwan Abdul Halim
Fri | Aug 08, 08 | 6:36:46 am MYT

LANGKAWI, 8 Ogos (Hrkh) - Institusi Penghulu perlu memberi keutamaan dan penambahbaikan kepada aspek pengetahuan, kemahiran, kepimpinan dan agen perubahan serta sikap agar terus mendapat tempat di hati masyarakat.
Demikian saranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Tuanku Sultan Kedah yang menyampaikan titah ucapan pada Majlis Santapan Malam Bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah Sempena Persidangan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Kali Ke-34 di Bayview Hotel di sini malam kelmarin.
Dalam titah ucapannya itu, baginda melahirkan rasa bangga kerana institusi itu masih lagi kekal dan tidak hilang ditelan arus perubahan masa walaupun terpaksa melalui pengubahsuaian.
Titah Tuanku Sultan, status dan bidang kuasa Penghulu telah berubah sejajar dengan perubahan zaman dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara.
"Kini pentadbiran Penghulu lebih menjurus kepada pentadbiran berbeza dengan corak pemerintahan suatu ketika dahulu, bersesuaian dengan senario pada masa ini. Ciri tradisional masih lagi dikekalkan.
"Penghulu masih lagi menjadi jambatan penghubung di antara Kerajaan dengan rakyat serta sebaliknya. Peranan penghulu lebih menjurus kepada melicinkan pentadbiran daerah hingga ke akar umbi," titah Baginda.
Melanjutkan titah, Tuanku Sultan memperakui bahawa Institusi Penghulu telah memberi penumpuan kepada peningkatan sosio ekonomi masyarakat luar bandar, membina prasarana, membasmi kemiskinan, buta huruf dan menggalakkan celik IT bersesuaian dengan keperluan semasa, selain menjadi agen pembangunan dan perpaduan masyarakat.
"Beta berdoa agar institusi akan sentiasa dalam perlindungan Allah dan terus unggul serta berkekalan sebagai nadi penting dalam pentadbiran sistem Perkhidmatan Awam Malaysia," titah baginda mengakhiri ucapan. - mks. _
 

blogger templates | Make Money Online