Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

AKAN PUPUSKAN BAHASA PERJUANGAN

Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihi

Pemuda dan pemudiku pada 16 Jun 2008 nanti, genaplah 100 hari pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.
Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan dimana sahaja menyampaikan ucapannya terus konsisten menjelaskan asas perjuangan PAS yang diperjuangkan iaitu membawa manusia kepada beriman kepada Allah dan Perkara Ghaib.
Kebimbangan ku ialah kepada pemuda dan pemudiku di negeri yang baru berjaya memerintah.

Apakah akan pupus selepas ini untaian-untaian kata didalam program tarbiyyah dan ceramah umum kita seperti:-
a. “Kita mesti mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia” ditukar kepada “Kita mesti menjaga hati pengundi yang mengundi kita”
b. “Runtuhkan jahiliyyah dan tegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyah tersebut” ditukar kepada “Kita akan meneruskan program-program yang ada kerana kalau tak ubah takkan jadi kafir kut”
c. “Kita mesti melaksanakan Islam yang syumul” ditukar kepada “Kita mesti melaksanakan secara berperingkat….. mungkin 50 tahun baru boleh sampai tahap syumul kita bukan nabi dan Kelantan”
d. “Iqamatu Deen, wa siasatut dunia bih” ditukarkan kepada “Kurang sesuai lagi kita nak laksana sekarang kerana masyarakat masih tak faham, kita kena bagi faham dulu”
e. “Kita mesti mengubah undang-undang ciptaan penjajah” ditukar kepada “Takkan semua kita nak kena tiru Kelantan”
f. “Kita mesti tubuh PASTI, sekolah rendah, menengah dan kolej sendiri untuk melatih kadir-kadir Islam kita dengan syakhsiah kita sendiri yang memahami bahasa Al-Quran” ditukar secara praktikal kepada “Ape enta pakai tak begaya nia….. sekarang kita kena pakai kot necktie, mesti tau cakap bahasa penjajah ………..kita jangan tunjuk lekeh”
g. “Omar Abdul Aziz ketika sebelum berkuasa adalah seorang hidupnya mewah, tetapi selepas berkuasa meninggalkan segala kemewahan tersebut……. bla…bla….” Ditukar kepada “Kita jangan tunjuk lekeh, kita kena tunjuk kepada mereka, kita pun tahu guna semua itu dan ia mana ada nas kata haram…. bla…. bla…usul fiqh… bla… bla”
g. Dan banyak lagi yang mungkin akan ditukar (pemuda dan pemudiku boleh tulis sendiri dan semak takut ianya berlaku kepada diri kita sendiri)
Mungkin apa yang ku tuliskan ini masih belum terjadi lagi dan tidak pernah terjadi kepada negeri-negeri baru yang kita perintah.

Tetapi naluriku merasa amat bimbang, jika pemuda dan pemudi ku tidak berlatih untuk sentiasa bertutur dalam mana-mana pertemuan dan perjumpaan serta mempraktikkan seperti Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, Mursyidul Am PAS maka bahasa dan tindakan jujur dan benar kepada Islam yang diperjuangankan lambat laun akan pupus dari kamus perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Apabila ianya pupus, akibatnya Allah Taala akan mencari orang lain sebagai pengganti untuk meneruskan perjuangan Menegakkan AgamaNya tanpa takut kepada celaan orang yang mencela.
Ya Allah lindunganlah kami semua dibawah lembayung rahmat Mu, untuk terus berada di Sirathol Mustaqim.

Sumber : http://arisawang.blogspot.com/
 

blogger templates | Make Money Online