Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

EKSLUSIF : PRK Berdarah, 2 AMK di pukul, 1 cedera parah

Sekretariat Parlimen Kota Raja





Sungguh menyayat hati, peristiwa ini berlaku kira-kita 10 meter dari penglihatan saya dan 2 rakan ketika kami berada didalam kereta untuk meninggalkan Pusat Pengundian Sekolah Menengah Bukit Sentosa kira-kira jam 3.45 petang tadi.

Mangsa yang tidak saya kenali bersama seorang adik perempuan kecilnya dan seorang lagi yang memakai t-shirt AMK (mungkin adik beradik) telah dipukul dengan kayu hingga berdarah dan lebam seluruh belakang badan. Manakala temannya terbongkok-bongkok kesakitan dibahagian perut akibat dipukul oleh puluhan penyokong Barisan Nasional.

Saya berjaya menangkap dan memeluk adik perempuan yang berlari dan menangis ketakutan dan menjerit memberitahu abangnya kena pukul.

Saya sempat bersama mangsa yang memberitahu bahawa mereka melalui kawasan penyokong Umno untuk pulang tetapi telah dipukul oleh penyokong Umno tersebut.

Anehnya tiada tindakan oleh pihak polis walau pun berlaku dihadapan mereka. Meraka cuma menghalang kemaraan Penyokong PR dari Subang yang meluru kearah penyokong Umno ketika peristiwa tersebut berlaku.

Sepatutnya Polis berkawal menghadap penyokong kedua-dua parti tetapi amat dikesali kerana tiada tangkapan dibuat. Saya tidak pasti adakah mereka nampak peristiwa 2 AMK tersebut dipukul dan jika tidak pun saya tidakk pasti mengapa tindakan terlalu lambat hingga sempat kedua-duanya dipukul hingga berdarah baru Polis bertindak mengawal keadaan.

Saya menasihatkan kedua-duanya membuat lapuran Polis dan seterusnya menghubungi sahabat Peguam dari Kota Raja yang bertugas supaya menghantar peguam ke Bukit Sentosa bagi membantu mangsa.

Bersambung : gambar-gambar bagaimana kejadian berlaku.

Sumber : Parlimen Kota Raja

Hulu Selangor : BN Menang Majoriti 1725 Undi

Keputusan rasmi pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon BN Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi.

Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Keputusan itu diumumkan oleh pengurus pilihan raya kecil itu, Nur Hisham Ahmad Dahlan pada jam 9.20 malam.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu tiba ketika Nur Hisham sedang membuat pengumuman keputusan pilihan raya kecil tersebut.

Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata BN meletakkan sasaran 6,000 undi sebagai KPI mereka dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor hari ini.

Banyak pihak melihat sasaran Muhyiddin itu adalah harapannya setelah mengeluarkan perbelanjaan begitu banyak bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor dari Pakatan Rakyat.

Beberapa orang pengundi Hulu Selangoir pula tidak terkejut dengan keputusan pilihanraya kecil hari ini kerana propaganda dan fitnah yang dimainkan oleh UMNO BN terutama di dalam menyerang peribadi calon PKR adalah merupakan taktik yang tidak bertika.

Ini ditambah pula dengan tindakan Suruhanjaya Pilihanraya yang memindahkan pengundi-pengundi ke pusat pembuangan undi yang lain tanpa makluman semata-mata untuk mengelirukan para pengundi.

Sekalipun tindakan mereka adalah sah di sisi undang-undang, namun ramai pemerhati politik mempersoalkan tindakan SPR tersebut tentang mengapa ia dilakukan hanya di Parlimen Hulu Selangor sementelah lagi Hulu Selangor berdepan pula dengan pilihanraya kecil. Apa motif yang sebenar SPR melakukan demikian?

Ramai juga pengundi-pengundi yang mengadu tidak dapat mengundi kerana mendapati nama-nama mereka dikatakan "telah mengundi" apabila mereka tiba di pusat pembuangan undi.

Sumber : Kelab Greenboc [ GB ]

PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi April 25, 2010

PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi April 25, 2010

Posted by nikmj in General, Malaysian Mirror, National, New Strait Times, P94 Hulu Selangor, Politics, bernama, buletinonline, harakahdaily, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, mstar, news.
Tags: PRK P94 Hulu Selangor : LIVE dari pusat mengundi
trackback



11.28 am: EC officials begin to allow polling agents entry into polling stations.

11:25 am: Police prevent pro-BN IPF members from fighting with PKR supporters at SK Bukit Beruntung.

11:20 am: PKR’s @zaidibrahim arrives at SK Bandar Utama Batang Kali, drives by without stopping but waves at supporters.

11:18 am: Police break up a scuffle between rival supporters in Ulu Bernam town.

11:15 am: Large group of voters now arriving at SK Bukit Beruntung after lower turnout earlier.

10:50 am: Traffic crawls in Ulu Bernam with police presence to contain rival supporters in shouting match neart main polling station.

1045 am : EC says 16,932 voters cast ballots between 9am & 10am or 26.25pc turnout.

10.40 am : PDRM mengawal keadaan. Mengesyorkan agar Zuraida Kamaruddin tidak melayan karenah para penyokong BN. Zuraida bertenang dan kembali ke SRK Bandar Utama Batang Kali

1038 am : Berlaku sedikit kekecohan antara Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dengan penyokong BN. Orang PKR telah diserang dan pergaduhan telah dileraikan oleh PDRM

10.35 am : Di Sek. Keb. Bukit Rasa- Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut laungan ‘Yahudi’, ‘Israel’, ‘Umno Israel’ dan ‘rasuah’ oleh penyokong Pakatan Rakyat.

Jumlah keluar mengundi di sini seramai 366 orang setakat jam 10 pagi ini.

10:20 Pagi: Ramai orang mengundi diestet Changkat Asa, kubu kuat MIC. Penyokong yang ramai dari kedua belah parti menyebabkan kesesakan lalulintas.

10:15 : 4 buah tarak FRU lagi dilihat tiba di sini menjadikan jumlah keseluruhan 9 buah.

10:00 Pagi:Pasukan PDRM membuat tinjauan udara menggunakan helikopter bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

9.50 am : Calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim akan memulakan sesi lawatan ke pusat mengundi di Sek. Men. Keb Kuala Kubu Bharu jam 10.00 pagi ini.

9:45 Pagi: Pengundi muda di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa semakin meningkat.

Pusat ini mempunyai 1,300 pengundi dengan dua saluran mengundi

9.40 am : Pimpinan PAS Kelantan termasuk Exco kerajaan YB Baihaqi Atiqullah serta Ahli Parlimen Rantau Panjang bersama penyokong Pakatan merayu undi di Sek. Keb. Batang Kali.

Sekumpulan remaja lelaki membuat aksi ‘wheely’ sambil mengibar bendera BN dihadapan pemimpin dan penyokong pakatan.

9:32 Pagi: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek melawat pusat mengundi SRJK (C) Kalumpang di sini.

Suasana di pusat mengundi terkawal ketika ini.

9:30 Pagi: Timbalan Perdana Menteri, Tan sr Muhyiddin Yassin melawat peti undi di Sekolah Kebangsaan Sg Buaya.

Suasana di peti undian berkenaan meriah dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti.

9.27 am: Sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat sedang berbalas sorakan dengan puteri Umno dan pemuda BN di Sek. Keb. Batang Kali.

Pemuda PR melaungkan ‘tutup aurat’ dan dibalas sorakan oleh pemuda BN.

9.25 am : Exco Selangor, Rodziah Ismail bertemu pengundi di Sek. Keb. Batang Kali.

9:15 Pagi: Jumlah orang ramai yang keluar mengundi sehingga pukul 9 pagi – 7,891 atau 12.23 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar melawat pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Rasa.

9:00 Pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melawat pusat mengundi di SRJK (C) Khing Ming, Kuala Kubu Baru.

8:45 Pagi: Suasana di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Rasa meriah dengan kehadiran penyokong kedua-dua parti bertanding.

Penyokong PKR melaungkan laungan reformasi.

8:15 Pagi: Jalan-jalan utama pekan Kuala Kubu Baru mulai sibuk.

8:10 Pagi: Tinjauan mendapati rata-rata pengundi yang keluar mengundi adalah daripada kaum wanita.


8:02 Pagi: Orang ramai mula masuk ke pusat-pusat pengundian bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

8:00 Pagi: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bermula.

7:50 Pagi: Tinjauan di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru mendapati orang ramai mula hadir untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7:35 Pagi: Tinjauan di pusat mengundi SRJK (C) Khing Ming mendapati parti pembangkang ingkar larangan SPR dengan mendirikan barung panas berhampiran pusat mengundi berkenaan.

Barung yang digantung dengan bendera DAP itu terletak pada jarak kurang 100 meter dari pusat pengundi.

7:30 Pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim dijangka berada di Sekolah Menengah Ulu Kali Batang Kali pada pukul 8:30 pagi nanti.

7:15 Pagi: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula membuka barung-barung panas di sekitar perkarangan pusat mengundi bagi memudahkan pengundi menyemak saluran mengundi masing-masing.

Bagaiamanpun suasana lenggang kerana tiada pengundi yang datang menyemak saluran masing-masing.

7.00 Pagi: Pasukan Polis Diraja Malaysia mula mengawal lalu lintas ke tiga kawasan Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Hulu Selangor, iaitu Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Ulu Bernam.

Setakat ini keadaan trafik masih lagi terkawal.

Sumber : The Blog Of My Life

Berkaitan : Perkembangan Dari Hulu Selangor hari ini… 10:40AM - [ Pinkturtle - Sumber Berita Terkini ]

Kemenangan Hulu Selangor Suntik Semangat Kebangkitan Sabah, Sarawak

Oleh Fazli Othman

KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Rakyat Sabah dan Sarawak menunggu berita gembira dari Hulu Selangor untuk memberi semangat dan menjana kemenangan Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Bekas Timbalan Menteri Buruh, Datuk Kalakau Untol berkata rakyat akan mendapat keadilan apabila kerajaan Umno-Barisan Nasional yang korup ini ditukar dan ini diharapkan dapat dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

"Untuk makluman kepada semua, Sabah dan Sarawak amat memerlukan kemenangan untuk suntik semangat kami dan kita mesti memastikan Datuk Zaid Ibrahim menang di Hulu Selangor ini.

"Sabah dan Sarawak bukan lagi 'fixed deposit' untuk

Umno-BN dan kita akan menumbangkan mereka di pilihan raya akan datang," tegas Kalakau di hadapan ribuan rakyat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu.

Kalakau juga menyatakan kebanggaan terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh penyokong serta petugas pilihan raya untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.

Sumber : Suara-KeAdilan.Com

Altantuya Sentiasa Menghantui Najib, Rosmah

Oleh Faizal Ezzany

KUALA KUBU BAHARU 24 Apr - Imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus terjejas walaupun beliau bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Beliau berkata Najhib akan sentiasa dihantui dengan kes pembunuhan Altantuya yang sehingga kini belum mendapat pembelaan yang seadilannya.

Ini menyebabkan orang lain terpaksa menjadi mangsa atas kesalahan yang Najib lakukan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh menyifatkan Najib begitu takut untuk menghadapi kes Altantuya sehingga beliau terpaksa sentiasa menafikan pembabitannya.

"Apabila nama Altantuya disebut, Najib terpaksa menyorok kerana terlalu takut. Kes Altantuya ini terlalu kejam kerana dia telah dibunuh dengan mengguna bahan letupan C4 yang hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia sahaja.

"Najib walaupun dia telah bertemu dengan Obama imejnya tetap terjejas kerana semua orang tahu penglibatan Najib dalam kes tersebut susah untuk dia sembunyikan," kata Karpal pada ceramah perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu malam tadi.

Karpal juga memberitahu bukan sahaj Najib yang takut malah isteri beliau, datin Seri Rosmah Mansor juga takut kepada bayang Altantuya selain amat takut kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Najib dan Rosmah ini mereka bukan sahaja takut kepada kes Altantuya malah mereka amat takut dengan Anwar kerana mereka bimbang dengan karisma kepimpinan yang Anwar miliki dan disenangi oleh semua kaum.

"Saya nak jelaskan disini walaupun Anwar sentiasa diserangi dengan pelbagai kes dan fitnah kita akan terus berjuang untuk memastikan kemenangan kepada kes Anwar di mahkamah.

"Bagi untuk kita menjadikan sistem perundangan kita dibuat secara adil kita kena pastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim," jelas beliau.

Karpal mahukan pengundi Hulu Selangor memilih Zaid agar hak rakyat dibela dan pastikan majoriti yang besar diperolehi kerana ini adalah isyarat penting kepada Umno dengan kebangkitan rakyat yang mahukan keadilan dan demokrasi dalam negara ini.

Sumber : Suara KeAdilan

Menguji kematangan pilihan raya — Dr Mohd Ridhuan Tee

Menguji kematangan pilihan raya — Dr Mohd Ridhuan Tee

25 APRIL — Setiap kali ada pilihan raya sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), penduduk kawasan terlibat akan bersorak gembira kerana mereka akan mendapat peruntukan sana sini dan boleh menuntut itu dan ini. Tidak cukup dengan itu, ada yang begitu berani menggugut untuk mengundi parti lain atau berpaling tadah jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Bagi parti yang mahukan kemenangan, sudah tentu peruntukan disalurkan kerana jentera tidak akan bergerak tanpa habuan. Kawasan terbabit akan mendapat jalan baru, tar baru, tapak sekolah baru, kemudahan sekolah baru, pelbagai projek pembangunan baru dijanjikan sama ada oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Tidak salah, cuma kadang kala naik sebu telinga mendengarnya. Namun, apakan daya inilah realiti budaya politik kita yang diharapkan akan berubah.

Jika ianya berterusan, selepas ini saya bimbang, rakyat saban hari akan berdoa kepada Tuhan supaya wakil rakyat mereka meninggal dunia atau mati cepat. Logiknya mudah, apabila berlakunya kematian wakil rakyat seperti parlimen Hulu Selangor ini, maka PRK akan diadakan. Kawasan tersebut tiba-tiba menjadi meriah. Episod menagih janji dan menunaikan janji, serta tuntut menuntut pun bermula. Sekelip mata kita akan dapat melihat perubahan wajah fizikal kawasan yang terbabit. Begitulah yang berlaku di parlimen Hulu Selangor, antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Boleh dikatakan semua orang mendapat manfaat.

Tidak kurang yang mendapat keuntungan segera hasil kemeriahan tersebut. Hotel dan rumah tumpangan penuh, makanan habis dijual di restoran-restoran dan berbagai lagi. Sebelum ini ramai yang tidak buat kisah keadaan Hulu Selangor kerana satu pihak telah menang, dan satu pihak lagi telah kalah, sehinggalah wakil rakyatnya meninggal dunia. Sepatutnya yang menang menjaga kawasan, yang kalah memantau. Keadaan berlaku sebaliknya.

Budaya ini menunjukkan bahawa seolah-olah pilihan raya adalah medan untuk mendapatkan sesuatu habuan, bukannya untuk memilih wakil rakyat yang benar-benar berwibawa dan mampu membawa perubahan ke arah lebih baik daripada yang sebelumnya. Trend ini menunjukkan bahawa kita masih belum matang dalam kehidupan berpolitik dan berpilihan raya berbanding dengan negara maju.

Di negara maju, pilihan raya adalah medan untuk mencari “pemimpin terbaik” yang mampu membawa perubahan dan pembangunan dalam pelbagai aspek sama ada fizikal mahupun spiritual mengikut lunas demokrasi. Pemimpin terbaik yang dimaksudkan mereka yang benar-benar terserlah kewibawaannya terutama dari segi semangat patriotism dan kenegaraan yang tinggi. Misalnya, penerimaan Barack Obama yang berkulit hitam sebagai presiden Amerika Syarikat oleh mereka yang rata-ratanya berkulit putih. Bezanya, di barat mungkin mereka tidak berapa kisah jika pemimpin mereka minum arak atau rosak akhlaknya. Bagi yang penting adalah wibawa dan karisma, tetapi norma sebegini tidak dapat diterima oleh masyarakat kita apatah orang Islam. Kita mahukan pemimpin yang baik dalam semua aspek, fizikal dan spiritual atau jasmani dan rohani.

Secara peribadi, saya dapat menerima ketelusan barat mengendalikan pilihan raya tetapi menolak calon yang rosak akhlaknya untuk bertanding dalam pilihan raya walaupun mereka berwibawa. Ini kerana, kebiasaannya tabiat merokok, minum arak, berjudi dan berzina mempunyai unsur-unsur ketagihan, kecuali mereka benar-benar telah “bertaubat”. Kadang kala sukar juga untuk mempercayai pengakuan “taubat” seseorang manusia selagi manusia itu tidak beriman sepenuhnya kepada Allah SWT. Ibarat kata pepatah Melayu, anjing jika sudah biasa makan tahi, tak dapat makan, hidu pun jadi. Hendaknya biarlah kita benar-benar bertaubat. Janganlah hari bertaubat, esok berjahat kerana berhajat lebih hina daripada menjadi penjahat.

Apapun, faktor peribadi dan latar belakang seseorang amat dititik beratkan oleh Islam apatah lagi jika ia hendak menjadi pemimpin kepada masyarakat. Pemimpin mesti menjadi role model. Mereka mesti kelihatan baik luar dan dalam. Sebaik-baiknya tidak melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan minum arak. Pada masa sama kewibawaan hendaklah juga terserlah.

Isu arak di negeri Selangor ini bukanlah isu baru. Kita telah dengar sebelum ini bagaimana parti ultra kiasu begitu marah kepada penguatkuasa bila mereka bertindak merampas arak yang dijual di kawasan majoriti Islam. Kita dapati parti ultra kiasu tidak dapat menerima hakikat ini. Mereka mengkritik hebat tindakan penguatkuasa dan serta merta mengeluarkan arahan supaya menghentikan tindakan tersebut. Sedangkan tujuannya adalah baik iaitu melarang orang Islam daripada minum arak. Kepada orang bukan Islam mereka boleh minum dan mandi arak, tidak siapa larang selagi tidak mengganggu ketenteraman awam. Dengan sebab itu, saya tidak berminat untuk mengulas perkara ini lebih panjang kerana semuanya telah faham, apatah dijadikan bahan untuk menyerang peribadi seseorang seperti yang disarankan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Dalam kempen pilihan raya, sebaik-baiknya kita tidak menyerang peribadi seseorang calon yang bertanding kerana perbuatan tersebut adalah tidak professional. Mereka yang diserang akan bertindak sama menyerang peribadi lawannya itu. Akhirnya berlakulah episod serang menyerang peribadi sehingga yang tidak kena mengena dengan pertandingan dalam pilihan raya turut terpalit sama. Inilah budaya kita. Kita yang makan nangka, orang lain pula yang kena getahnya. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Tidakkah lebih molek jika kita berkempen dan berhujah dengan menilai perubahan sesebuah kawasan itu setelah kepimpinan beralih tangan? Saya lebih suka kita berpegang kepada kata-kata ingat pertolongan orang pada kita, lupakan pertolongan kita pada orang.

Dalam konteks parlimen Hulu Selangor, kita sedia maklum bahawa kawasan ini mula membangun ketika Tan Sri Muhammad Taib menjadi menteri besar Selangor. Pada saya, jika pemilihan calon tidak berasaskan kuota parti, beliau adalah yang paling sesuai untuk bertanding di sana berbanding calon lain, sekiranya tidak ada kontroversi. Jasa beliau amat besar kepada penduduk Hulu Selangor. Saya tidaklah mengatakan bahawa Hulu Selangor masih penuh hutan tanpa beliau, tetapi itulah hakikatnya, biarlah kita berterus terang. Justeru, dalam pemilihan calon, kita perlu mencari calon yang menghampiri ketokohan Muhammad Taib, kerana tanpa beliau, Hulu Selangor mungkin masih hulu lagi.

Inilah kritiria utama yang perlu dilihat dalam memilih calon. Apatah lagi ketika berkempen. Sepatut medan pilihan raya ini digunakan untuk menilai keberkesanan wakil rakyat serta tanggungjawabnya. Adakah wakil rakyat yang dilantik benar-benar mewakili rakyat atau indah khabar dari rupa. Adakah kerja wakil rakyat ini hanya melihat masalah rakyat ketika pilihan raya?

Bandingkan perubahan kawasan tersebut sebelum ini dengan dua tahun lalu setelah kepimpinan bertukar tangan. Adakah terdapat perubahan yang ketara atau sekadar penerusan agenda pembangunan sebelum ini semata-mata? Inilah sepatutnya yang dinilai oleh pengundi-pengundi di sana, bukannya meminta itu dan ini serta menyerang peribadi seseorang. Masyarakat yang matang harus pandai berhujah dan menepis hujah dengan hujah, bukannya menyerang dan menggugut sesuatu yang tidak ada kaitannya dengan prestasi seseorang. Kita harus rasional dan bukan emosional.

Kita perlu menilai adakah kepemimpinan dua tahun kebelakangan ini telah mengotakan janji-janji pilihan raya mereka atau cakap tidak serupa bikin. Saya fikir perbincangan sebegini lebih bermanfaat dan membangun minda berbanding pemikiran pandir yang hanya mahukan habuan dan tuntuan. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana. Amat sukar untuk kita pergi lebih jauh. Kita tidak proaktif tetapi lebih action-oriented.

Satu lagi perkara yang menjadi asas menguji kematangan dalam pilihan raya ialah bagaimana menanamkan nilai keikhlasan dalam berjuang seperti pemimpin terdahulu. Mereka sanggup berjalan kaki dan bersusah payah merempuh onak duri berkempen ke sana ke mari tanpa mengharapkan imbuhan. Diri mereka sudah tidak penting. Apa yang lebih penting ialah untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Berbanding dengan kita hari ini, keadaan sudah mula berubah. Kita sudah tidak mampu untuk berpanas di pondok panas. Dalam kepada kita hanya terbayang imbuhan dan wang besar. Pemikiran sebegini adalah cerminan kepada kemajuan yang akan dicapai. Kita akan menghadapi kesukaran memacu kemajuan menjelang 2020, disebabkan cara kita berfikir masih belum maju. Sebab dalam kepala kita mereka hanya ada projek, habuan dan peruntukan, bila berlaku PRK atau PRU.

Kita perlu berubah sebelum rebah seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri. Kita mesti ikhlas dalam perjuangan. Barulah kita akan berjaya. Kita akan kalah jika tidak ada keikhlasan. Jika menangpun, kemenangan itu hanya bersifat sementara. Tidak kekal lama. Masalah pasti akan berulang dan berulang. Kita tidak habis-habis akan menjadi mangsa.

Kita hendaklah menanamkan semangat kepada pengikut kita bahawa ganjaran yang paling besar bukan wang tetapi pahala. Pahala hanya boleh dianugerahkan oleh Allah SWT. Itulah jaminan kesenangan di dunia dan akhirat. Inilah juga semangat pemimpin terdahulu. Mereka sanggup berhujan, berpanas dan berjaga sampai sampai ke pagi, bekerja tanpa kenal erti lelah, hanya kerana mereka mengharapkan habuan syurga. Saya yakin kita boleh pergi ke arah itu, pokoknya kita jangan mudah cair dengan habuan dunia, walaupun tidak nafikan ianya penting.

Ramai yang masih tidak faham bahawa pilihan raya sebenar bukanlah untuk menukarkan kerajaan kerana kerajaan tidak pernah bertukar. Kerajaan telah wujud semenjak wujudnya negara bangsa. Kita tidak boleh menukar kerajaan. Kita hanya boleh menukar parti yang memerintah kerajaan atau ruling party. Adalah salah bila kita menyebut kerajaan pembangkang atau bukan pembangkang. Kerajaan tidak pernah membangkang. Yang membangkang atau menyokong adalah parti yang memerintah kerajaan.

Justeru, sudah sampai masa kita mendidik rakyat apa yang betul, apa yang salah, bukannya siapa yang betul, siapa yang salah. Biarlah rakyat yang menghakimi apa yang betul apa yang salah di Hulu Selangor pada hari ini. Adakah wakil rakyat sebelum ini telah mengotakan janji-janji mereka atau janji tinggal janji?

Dalam sistem demokrasi, kemenangan pilihan raya tidak cukup, sekiranya tidak mendapat dua pertiga majoriti seperti berlaku pada hari ini. Akibatnya parlimen tidak dapat berfungsi dengan baik. Banyak perkara tertangguh disebabkan berlaku boikot-memboikot dalam sidang parlimen sehingga tidak menampakkan kematangan. Justeru, kemenangan dua per tiga adalah amat penting. Dalam mendapatkan kemenangan ini, calon yang berwibawa hendaklah diketengahkan berasaskan kehendak majoriti. Pada saya, jika kaum minoriti tidak mempunyai kawasan majoriti mereka, maka tidak perlu bertanding. Lebih elok kiranya wakil mereka dilantik sebagai senator daripada bertanding dalam pilihan raya. Itulah lebih membawa manfaat dalam menentukan kemenangan dua pertiga.

Kepada pengundi Hulu Selangor, selamat mengundi dan buatlah pilihan yang bijak. Masa depan Selangor berada di tangan anda. Saya pasti saudara semua boleh menilaikan antara kaca dengan permata. — Mingguan Malaysia

* Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, UPNM merangkap Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Sumber : MalaysianInsider.Com

Bas bawa keluar ‘pengundi hantu’ dari IKBN?

Harakahdaily

HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pertak kira-kira jam 3.00 pagi tadi.

Bas yang sebahagiannya penuh dengan penumpang yang dipercayai ‘pengundi hantu’ itu berjaya disekat keluar dari IKBN oleh petugas Angkatan Muda Keadilan.

Keadaan menjadi kecoh dan hampir mencetuskan pergaduhan apabila penyokong Umno/BN tiba di kawasan itu, disusuli pasukan polis tidak lama kemudian.

Walaupun begitu, bas-bas berkenaan akhirnya bergerak keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira jam 6.00 pagi dengan diiringi pihak polis ke destinasi yang tidak diketahui.

Harakahdaily difahamkan, selain bas, berbelas buah kereta juga digunakan untuk membawa ‘pengundi hantu’ dari IKBN.

Dipercayai, mereka dihantar ke beberapa daerah mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang sudah mulai dibuka sejak jam 8.00 pagi tadi.

Sementara itu, Suara Keadilan online melaporkan, Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa berkata, sebanyak lima buah bas kilang didapati diparkir di luar IKBN Pertak sejak pukul 3 pagi tadi.

"Apabila kami sampai sebanyak 15 buah kereta keluar dari IKBN dan kesemua kereta mempunyai antara lima hingga enam orang.

"Kita tidak tahu sejak pukul berapa mereka melakukan operasi membawa pengundi hantu tetapi kami percaya ramai yang telah dibawa keluar," kata Fariz.

Fariz berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi sehingga kini tidak ada respons.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan : IKBN Pertak Sorok Pengundi Hantu? - Kelab Greenboc

Langsung : Hari Pengundian PRK Hulu Selangor

Hazayani Zakaria, Dzulfikar Mashoor, Syukri Mohamad

9:00 am : Jalan menghubung pekan-pekan utama di Hulu Selangor kini sesak dengan kenderaan.

Kenderaan dari jalan Kuala Kubu menuju ke Batang Kali juga kini dilaporkan tidak bergerak akibat kesesakan.

8.50 am: Di pusat pengundian Sek. Ren J.K.C Khing Ming, kawasan pengundi Cina, keadaan juga masih lagi lengang.

Peyokong Pakatan Rakyat dari PKR, PAS dan DAP berbaris di sepanjang jalan membawa bendera dan poster calon.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu. Penyokong BN bagaimanapun tidak kelihatan.


8.30 am : Didapati suasana pengundian sehingga jam 8.30 pagi ini masih belum rancak. Kehadiran pengundi masih lengang di kebanyakan pusat mengundi.

8.20 am : Sekumpulan penyokong BN dipercayai pemuda lasak Umno mula menunjukkan aksi nakal kepada penyokong PR di Sek Keb Bukit Sentosa. Keadaan bagaimanapun masih lagi terkawal.

8.15 am : Difahamkan jam 5 pg tadi, pemuda AMK menahan sebuah bas yang didakwa membawa pengundi hantu berdekatan IKBN Ampang Pecah. Mereka kemudiannya dikepong oleh sekumpulan pemuda lain namun berjaya dikawal pihak keselamatan.


8.05 am : Di Sek Keb. Rasa, Para petugas dari PAS dan Keadlilan memulakan tugas di barung dan tepi jalan dengan mengibarkan bendera parti dan poster calon.

8.00 am : Proses pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor bermula sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka tepat jam 8.00 pagi.

Ianya akan tamat jam 5 petang dan semua peti undi akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Perkembangan Dari Hulu Selangor hari ini… - Pinkturtle2.Wordpress

Teringatkan Sesuatu....

Tikam Batu
Admin

PPSMI ? Ingat lagi ? Apa Sasterawan Negara sebut ?

PAS ada bukti kerajaan promosikan Israel dalam negara



http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang mempromosikan negara Israel dan produk perdagangan mereka melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

PAS telah mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang telah menyediakan satu rak khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan negara Israel.

Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan Industri Israel dalam negara.

Antara yang boleh ditemui diperputakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, Buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.

Ini bertentangan dengan dasar Kerajaan yang sebelum ini tidak mengiktiraf negara berkenaan. Malah dalam senarai garis panduan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada disebutkan bahawa sebarang iklan atau bahan dari negara Israel atau yang berkaitan adalah diharamkan dinegara ini termasuk dalam bentuk majalah atau buku.

PAS hairan, macam mana buku dan majalah ini boleh masuk ke negara ini sedangkan selama ini Menteri MITI mengumumkan di Parlimen bahawa mereka langsung tidak berhubung dengan negara berkenaan. Berkali-kali ahli parlimen tanya tentang hubungan perdagangan Malaysia-Israel tetapi MITI menafikan di parlimen.

Kehadiran rak khas untuk Israel ini membongkar kesangsian rakyat selama ini terhadap dasar Kerajaan yang pada tahun 1994 telah meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel.

PAS juga difahamkan bahawa MITI secara rahsia sebenarnya membenarkan urusan import-eksport ke negara itu dan segala urusan hendaklah dibuat terus kepada Bahagian Kawalan Import Eksport yang mana setiap permohonan akan ditimbang oleh satu jawatankuasa khas.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel dalam majalah Israel-Asia Trade terbitan bulan Mac 2006 dimana beliau begitu gembira dengan cadangan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad dan Menterinya Rafidah Aziz yang berminat untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan Israel.

Nampaknya hingga ke hari ini Kerajaan Malaysia yang dipimpin BN masih lagi bermain kayu tiga dengan Israel di belakang rakyat. Jika Mahathir membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantunya merangka strategi pilihanraya umum 1986, Najib hari ini mengunakan APCO Worldwide untuk persediaan Pilihanraya ke-13.

Dan Mukhriz pula diletakkan di MITI sebagai Timbalan Menteri bagi melindungi rahsia kepimpinan ayahnya yang begitu banyak bergantung harap dengan kepakaran Israel.

Begitulah akrabnya pemimpin Umno-BN dengan organisasi Israel-Yahudi yang mendokong fahaman Zionis.

PAS yakin, lebih banyak maklumat sulit mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel serta lawatan sulit pemimpin negara disembunyikan oleh Kerajaan. PAS mahukan jawapan kerajaan terhadap hubungan kayu tiga ini dan mengapa Malaysia beria-ria mahu mempromosikan perdagangan dengan Israel.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber : Harakahdaily.Net

Berkaitan :
Mengundi: Ingat darah, air mata rakyat Palestin - Naib Presiden PAS
Sebelum undi BN, ingat darah dan air mata rakyat Palestin! - Penarik Beca
Bongkar-Perpustakaan Mini Israel Dalam Bangunan Kerajaan Malaysia! - Sdr. Herman Samsudeen

Selamat Mengundi Buat Warga Hulu Selangor [ P094 ]

Tikam Batu
Admin

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

Buat pengundi kawasan Parlimen Hulu Selangor [ P094 ], Selamat mengundi diucapkan dan menunaikan tanggungjawab sebagai hak dalam sebuah sistem demokrasi yang diguna pakai didalam negara Malaysia yang kita cintai ini.

Setiap undi anda bukan saja menentukan bakal pemimpin yang dipilih, bahkan menjadi penentu masa depan generasi yang akan datang.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda.

Berkaitan :
Esok tentukan corak negara selepas PRU 13 - Zulkifli Sulong
 

blogger templates | Make Money Online