Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Pemilih: Mengapa kerajaan enggan daftar automatik

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub (gambar) mempersoal keengganan kerajaan mewujudkan sistem pendaftaran secara automatik ke atas remaja yang berumur 21 tahun dalam usaha meningkatkan bilangan rakyat yang layak mengundi untuk berbuat demikian seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/4feb/salahuddin.jpgSalahudin sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan itu secara serius memandangkan negara ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk melakukan perkara itu.

"Adakah pandangan ini begitu lekeh? Dengan sistem yang ada, dengan dunia teknologi maklumat, langit terbuka, dan sebagainya sehingga maklumat boleh diperoleh dengan cepat malah suatu kajian yang dibuat oleh Zentrum Study hari ini bahawa 8 trilion maklumat dilepaskan di angkasa raya kita.

"Tetapi kita tidak melihat jawapan yang begitu konstruktif dan apa salahnya difikirkan pendaftaran secara automatik ini," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, bukan Pakatan Rakyat sahaja yang mencadangkan sistem itu dilaksanakan malah badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Badan Pemantau Pilihan raya Bebas dan Adil (Mafrel) juga mahu ianya dilaksanakan.

"Ini cadangan dari kami di sini, pandangan daripada NGO, pandangan daripada pihak Mafrel sebagai contoh yang wujud baru-baru ini yang mahukan pendaftran secara automatik ini.

"Jadi apa salahnya jika difikirkan secara serius dan janganlah dibuat anggapan bahawa kononnya tidak boleh ada satu paksaan dalam mengundi dan sebagainya," ujarnya.

Beliau juga berkata, pelaksanaan sistem itu bukan bermaksud untuk melakukan paksaan kepada rakyat untuk keluar mengundi tetapi apa yang penting ialah usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem yang ada kini.

"Memang tidak ada paksaan untuk keluar mengundi tapi sistem perlu ditingkatkan supaya lebih efisyen, yang terkini, bagaimana boleh kita daftarkan pengundi muda dalam negara kita iaitu apabila umur mereka 21 tahun, maka secara automatik mereka boleh menjadi pemilih," katanya.

Ujarnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri sewajarnya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menyelaraskan perkara itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kenaikan gaji di kalangan kakitangan awam yang tidak dilakukan secara menyeluruh kepada semua sektor perkhidmatan.

Katanya, kerajaan seharusnya berlaku adil kepada semua kakitangan dari segi kenaikan tangga gaji atau pangkat.

"Kita mahu satu pendekatan yang bertanggungjawab. Gred gaji atau kenaikan pangkat harus dilihat pada semua mereka yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan.

"Kenaikan gaji kepada sesetengah kakitangan dalam sektor tertentu boleh mengundang rasa tidak puas hati kepada kakitangan yang lain," katanya.

 

Fakta 'terkejut' mengenai PDRM

http://chegubard.blogspot.com   


Tulisan di bawah ini diperolehi dari penghantar email / orang sumber yang sama yang telah mendedahkan maklumat mengenai PDRM dan agen Zionis. Diperturunkan di sini maklumat lanjut dari pendedahan awal tempoh hari.

Singapura


Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura


Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.


Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa)

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM


Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.


Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.


Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel .

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia


Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian


Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.

Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Badrul Hisham Shaharin



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Tarif Elektrik: Buat pengundi Hulu Selangor,tunjukkan protes anda pada BN

Musafir Lalu   

Seminggu yang lepas, adik ipar saya berkunjung kerumah saya bersama suaminya (kira biras la). Semasa saya bersembang dengan Biras saya, beliau menanya kepada berkenaan bil api kat rumah dia.

Katanya, dulu bil api dia setiap bulan lebih kurang RM 240 - RM 260 tapi sekarang sudah sampai RM 330 - RM 350. Beliau tanya saya, adakah tarif elektrik telah naik pasal tambahan yang beliau perlu bayar amat tinggi sedangkan kegunaannya sama sahaja seperti dulu.

Bila tanya saya, saya katakan kemungkinan meter beliau rosak dan saya syorkan agar beliau bawa bil-bil beliau yang lepas dengan yang terbaru ke pejabat TNB buat aduan. Saya katakan lagi berkemungkinan TNB telah mengubah meter baru mereka agar putaran lebih cepat.

Bagi pendapat saya, apabila sesuatu perniagaan dimonopoli oleh satu pihak sahaja, mereka boleh melakukan apa sahaja untuk mengawal. Oleh itu apa yang mereka lakukan ialah mengaut seberapa banyak keuntungan tanpa memikirkan pengguna itu kelas bawahan ke, miskin ke, kurang kaya ke  atau pun memangnya miskin.

Ingatkan rumah adik ipar sahaja yang kena, rupa-rupanya saya pun terkena juga bila terima bil yang terbaru semalam. Saya kena lagi dahsyat, biasa kegunaan tiap-tiap bulan dalam lingkungan RM 115 - RM 125. Kali ini memang dapat durian runtuh, tengok bil pun terkejut beruk.... RM 332.87 sedangkan bil terakhir saya ialah RM 118.10.

Ini baru betul wahai  Najib One Malaysia........ RAKYAT DIDAHULUKAN. Hang nak bagi RAKYAT DIDAHULUKAN makan pasir, bil istana hang puluh ribu tiap-tiap bulan bukan hang yang bayar...... RAKYAT DIDAHULUKAN yang tukang bayar.

Buat pengundi Hulu Selangor, sekarang kuasa mengundi dah kat tangan, inilah masanya untuk anda mewakili kami sebagai rakyat Malaysia agar menolak BN yang korup itu.

Mungkin anda belum terkena lagi kerana Umno/Bn sedang menunjukkan sikap 'pijak semut tak mati'. Inilah masa untuk anda memberi sedikit pengajaran kepada Umno/Bn yang sedang menindas rakyat marhean.


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Agen Israel: Musa boleh rujuk hansard Parlimen

Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 8 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, butiran hansard Parlimen sudah memadai sekiranya Polis mahu menyiasat sejauh mana keterlibatan agen perisikan zionis-Israel di Malaysia.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/3feb/anwar.jpgBeliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan pada media-media tertentu, semalam.

"Dia (Musa) boleh rujuk hansard Parlimen kerana di situ telah ada bukti yang kukuh," jelas beliau di lobi Parlimen.

Tambahnya, Musa tidak perlu memanggilnya untuk membantu siasatan Polis sekiranya kenyataan Musa itu ditujukan kepadanya.

"Apa perlu dipanggil (saya), dia buat kenyataan, apa perlu panggil (saya), siasatlah yang sedia ada," beliau menambah.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut mendedahkan satu lagi bukti berhubung zionis-Israel sebagaimana dirujuk pada suatu minit mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) bertarikh 11 Ogos 2008.

"Haaa...perolehan baru ini yang melibatkan Israel," Anwar membaca kenyataan Datuk Seri Azmi Khalid, Pengerusi PAC seperti dipetik dari minit mesyuarat tersebut.

"Ia (suatu) sistem yang begitu menakutkan, kamu semua tahu (bahawa) rakyat boleh akses semua maklumat (tersebut)."

Sehubungan itu, beliau atas kapasiti Ketua Pembangkang akan mengutuskan surat rasmi kepada Majlis Raja-Raja dalam masa yang terdekat.

Putus asa dengan kedegilan kerajaan, beliau berbuat demikian supaya Majlis Raja-Raja Melayu boleh menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membatalkan hubungan kerajaan dengan Firma Perunding Antarabangsa Apco Worldwide (IAC) dan Asiasoft (M) Sdn. Bhd.

Ini kerana, menurutnya, kedua-dua firma terbabit mempunyai hubungan langsung dengan zionis-Israel.

Turun menyertai Anwar di lobi ialah Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Selasa lalu, Anwar mendedahkan tentang penglibatan dua agen perisik zionis-Israel di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Dalam penghujahannya di Dewan Rakyat, beliau mendedahkan beberapa dokumen sulit untuk membuktikan dakwaannya itu, termasuk salinan surat rasmi dari Unit Cawangan Khas dan Jabatan Logistik.

 
 
 

blogger templates | Make Money Online