Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Pemilih: Mengapa kerajaan enggan daftar automatik

Hazayani Zakaria   

KUALA LUMPUR, 8 April: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub (gambar) mempersoal keengganan kerajaan mewujudkan sistem pendaftaran secara automatik ke atas remaja yang berumur 21 tahun dalam usaha meningkatkan bilangan rakyat yang layak mengundi untuk berbuat demikian seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/4feb/salahuddin.jpgSalahudin sewaktu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat hari ini meminta kerajaan mempertimbangkan cadangan itu secara serius memandangkan negara ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk melakukan perkara itu.

"Adakah pandangan ini begitu lekeh? Dengan sistem yang ada, dengan dunia teknologi maklumat, langit terbuka, dan sebagainya sehingga maklumat boleh diperoleh dengan cepat malah suatu kajian yang dibuat oleh Zentrum Study hari ini bahawa 8 trilion maklumat dilepaskan di angkasa raya kita.

"Tetapi kita tidak melihat jawapan yang begitu konstruktif dan apa salahnya difikirkan pendaftaran secara automatik ini," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, bukan Pakatan Rakyat sahaja yang mencadangkan sistem itu dilaksanakan malah badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Badan Pemantau Pilihan raya Bebas dan Adil (Mafrel) juga mahu ianya dilaksanakan.

"Ini cadangan dari kami di sini, pandangan daripada NGO, pandangan daripada pihak Mafrel sebagai contoh yang wujud baru-baru ini yang mahukan pendaftran secara automatik ini.

"Jadi apa salahnya jika difikirkan secara serius dan janganlah dibuat anggapan bahawa kononnya tidak boleh ada satu paksaan dalam mengundi dan sebagainya," ujarnya.

Beliau juga berkata, pelaksanaan sistem itu bukan bermaksud untuk melakukan paksaan kepada rakyat untuk keluar mengundi tetapi apa yang penting ialah usaha kerajaan untuk meningkatkan sistem yang ada kini.

"Memang tidak ada paksaan untuk keluar mengundi tapi sistem perlu ditingkatkan supaya lebih efisyen, yang terkini, bagaimana boleh kita daftarkan pengundi muda dalam negara kita iaitu apabila umur mereka 21 tahun, maka secara automatik mereka boleh menjadi pemilih," katanya.

Ujarnya, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Dalam Negeri sewajarnya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menyelaraskan perkara itu.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai kenaikan gaji di kalangan kakitangan awam yang tidak dilakukan secara menyeluruh kepada semua sektor perkhidmatan.

Katanya, kerajaan seharusnya berlaku adil kepada semua kakitangan dari segi kenaikan tangga gaji atau pangkat.

"Kita mahu satu pendekatan yang bertanggungjawab. Gred gaji atau kenaikan pangkat harus dilihat pada semua mereka yang berkhidmat dalam jabatan kerajaan.

"Kenaikan gaji kepada sesetengah kakitangan dalam sektor tertentu boleh mengundang rasa tidak puas hati kepada kakitangan yang lain," katanya.

 

 

blogger templates | Make Money Online