SABTU
Majlis Silaturrahim anjuran MKK Batu Lintang yang merupakan salah satu mukim yang berada didalam Dun Pantai Merdeka berjaya diadakan.
Majlis tersebut turut dihadiri YB.Haji Abdullah Bin Jusoh yang merupakan Adun Pantai Merdeka dan turut dihadiri oleh Penghulu Mukim Simpor.
Pihak penganjur program telah mengadakan pelbagai aktiviti untuk setiap peringkat umur didalam Mukim Batu Lintang bagi memeriahkan acara tersebut.
Persembahan Seni Silat turut memeriahkan suasana
Jangan melakukan aksi diatas sekiranya tidak mempunyai latihan yang cukup.
Didalam kesibukan tugas harian YB. Hj. Abdullah Jusoh meluangkan masa menziarah mereka yang dikenal pasti memerlukan bantuan , khidmat nasihat dan sebagainya didalam Mukim Batu Lintang.