Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Kenyataan Media - Chong Eng [ DAP ]

Kenyataan Media Chong Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 22hb Mac 2010:

Imbangi gender dalam semua bidang

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi semalam menyatakan bahawa kementerian beliau akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengimbangi jumlah mahasiswa lelaki dan wanita di institusi pengajian tinggi awam (ITPA).

Beliau berkata, pada masa kini, pelajar lelaki hanya antara 25 sehingga 30 peratus daripada jumlah mahasiswa di IPTA, kecuali di politeknik di mana jumlah pelajar lelaki melebihi jumlah pelajar wanita. Keadan yang sama juga berlaku di negara-negara lain.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa pihak kementerian akan memberi penekanan kepada kursus teknikal dan vokasional supaya dapat menarik lebih ramai pelajar lelaki dan seterusnya mengimbangi bilangan siswazah lelaki dan wanita.

Saya tidak bantah langkah-langkah kementerian untuk mengimbangi siswazah lelaki dan wanita dengan syarat kualiti akademik tidak diabaikan.Saya boleh faham kerisauan terhadap isu bahawa terdapat lebih ramai siswazah wanita berbanding lelaki. Kerisauan ini juga telah banyak kali diketengahkan di Parlimen oleh Ahli-ahli Parlimen.

Antara lain, mereka bimbang graduan wanita akan menghadapi kesulitan mencari jodoh kerana bilangan graduan lelaki tidak ramai. Adalah juga pihak yang risau bahawa sekolah-sekolah yang kini mempunyai 80% pendidik wanita akan mendatangkan kesan yang tidak diingini. Justeru, terdapat perbincangan untuk menarik lebih ramai kaum lelaki menjadi guru sekolah.

Di sektor awam pula, CUEPECS baru-baru ini menyatakan bahawa jumlah wanita yang ramai di sektor awam akan menjejaskan pembangunan negara dalam jangka masa panjang.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa lebih ramai wanita tertumpu di segmen-segmen tertentu dalam pasaran kerja dan di sektor pendidikan. Tetapi jika dilihat secara teliti, tenaga kerja wanita masih jauh ketinggalan berbanding lelaki. Pada tahun 2008, kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) wanita ialah 45% manakala LFPR lelaki ialah 79%. Ini tidak lagi dikira kurangnya wanita di peringkat pembuat keputusan, contohnya hanya 10% Ahli Parlimen wanita, hanya 2 orang Menteri wanita dan hanya 15% ketua jabatan wanita di sektor perkhidmatan awam. Justeru, dapat dilihat di sini bahawa kewujudan peluang pendidikan tidak menjurus kepada kewujudan peluang pekerjaan dan pembangunan.

Oleh sebab itu, saya menyambut baik cadangan Mohd. Khaled Nordin untuk mengimbangi gender di bidang pendidikan, tetapi pada masa yang sama, saya menyeru supaya pihak Kerajaan juga berusaha mengimbangi gender di semua bidang dan termasuk di peringkat pembuat keputusan.


* Chong Eng, Pengerusi DAP Wanita & Timbalan Setiausaha Agung; Ahli Parlimen Bukit Mertajam

 

blogger templates | Make Money Online