Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Judi: Saifuddin minta Ibrahim lihat hansard


Nazri Abdullah   

KUALA LUMPUR, 24 Mac: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail meminta Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) melihat hansard parlimen sebelum mendakwa beliau memfitnahnya berhubung isu memiliki saham dalam syarikat judi.

Dalam pertikaman lidah di antara kedua-dua ahli parlimen itu hari ini, Saifuddin berkata, beliau semalam mendedahkan Ibrahim memiliki saham dalam syarikat Ascot Sports yang dimiliki oleh tauke judi dan bukan memiliki saham dalam syarikat judi.

"Dia ada beza, memiliki saham dalam syarikat judi dengan memiliki saham dalam syarikat yang dimiliki tauke judi.

"Baca hansard parlimen sebab saya punya teks ucapan very guided," jelasnya yang juga Setiausaha Agung PKR.

Ibrahim sebelum itu bangkit mencelah sewaktu Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) membahaskan Titah DiRaja yang menyentuh persoalan fitnah.

Beliau yang bangun, mendakwa telah difitnah oleh Saifuddin kerana menuduhnya mempunyai saham dalam syarikat judi.

Beliau turut bersumpah dengan nama Allah menafikan perkara tersebut.

"Wallahi, wabillahi, watallahi, saya sanggup junjung Quran, saya tidak pernah terlibat sama ada langsung atau tidak langsung dalam mana-mana syarikat judi, ini fitnah besar," katanya.

Beliau juga memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Saifuddin.

Keadaan itu, kemudiannya menimbulkan suasana tegang antara kedua-duanya sehingga Zulkifli meminta mereka menyelesaikan perkara tersebut di luar dewan.

"Saya ingat YB Machang dengan YB Pasir Mas boleh settle di luar (dewan)," katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun kemudian memberikan laluan kepada Zulkifli menyambung perbahasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ibrahim dalam SMS yang dihantar hari ini menggelarkan wartawan Malaysiakini, Salhan K Ahmad sebagai 'penulis dajal' kerana membuat liputan isu tersebut di Dewan Rakyat semalam.

Semalam, ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, Saifuddin turut mengaitkan MP Pasir Mas itui yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkaitan perjudian.

 

blogger templates | Make Money Online