Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

Kelab Penyokong PAS perlu diperkasa lagi





Muhammad Yusri Amin

Fri Jun 20, 08 6:07:33 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS yang kini terdapat di seluruh negara hendaklah diperkasakan lagi dengan menggubal peraturan khas mengenainya.
Ia dianggap perlu dilakukan dengan mengambil kira sokongan masyarakat bukan Islam terhadap parti itu semakin meningkat sekarang.

Desakan mengenai perkara itu terkandung dalam usul yang dibahas pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu Kali Ke-41 di sebuah hotel di sini, hari ini.
Usul tersebut dibentang seorang perwakilan yang berpendapat Kelab Penyokong PAS perlu diperkasakan lagi kerana telah mendapat sokongan padu masyarakat bukan Islam pada pilihan raya umum ke-12, baru-baru ini.

?Bahawa menyedari sokongan diberikan kepada PAS di semua peringkat menyebabkan kemenangan besar parti itu dalam pilihan raya umum lalu, maka PAS Pusat didesak memperkasakan Kelab Penyokong PAS,? katanya.
Manakala usul yang dikemukakan Dewan Pemuda Kawasan, Cawangan Jalan Raja Dewa, Cawangan Paya Rambai, Cawangan Lorong Haji Daud dan Tanjong Mas mendesak diwujudkan institusi khas bagi mengawal keselamatan kampung memandangkan gejala sosial yang semakin serius sekarang.

Selain itu, terdapat juga usul yang mahu jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) disandang kembali pemimpin politik bagi memastikan dasar Membangun Bersama Islam dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Perwakilan juga mahu MPKB BRI lebih berperanan dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memastikan gejala maksiat dan sosial dapat dikurangkan.
Usul yang diterima tanpa bahas dikemukakan Dewan Pemuda PAS iaitu mendesak kerajaan negeri merencanakan program pembangunan usahawan dan ekonomi yang lebih komprehensif bagi mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan belia.
Sementara itu, Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato? Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pendekatan PAS mestilah berdasarkan ajaran Islam seperti dipraktik di Kelantan sekarang.

?Pendekatan yang dibawa Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan terbuka dan sederhana. Ia ternyata diterima oleh masyarakat di Kota Bharu dan Malaysia.
?Pegangan kita terus memperjuangkan Islam sehingga akhir hayat. Tidak ada khilaf dalam hal ini,? katanya dalam ucapan penangguhan.

Beliau juga berkata, ketika orang bukan Islam semakin mendekati perjuangan PAS, adalah diharap tidak wujud pendinding yang boleh menghalang mereka memahami PAS dengan lebih mendalam lagi.
Perasmian mesyuarat itu disempurnakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din. Hadir sama ahli-ahli Kelab Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Cina dan India. - mj _
Admin : Tahniah tapi bagaimana perlaksanaan diperingkat kawasan ?
: Sungai Petani ?
 

blogger templates | Make Money Online