Search Islamic Directory
Keyword:

JOM UBAH!!!

JOM UBAH!!!

UBAH SEKARANG

UBAH SEKARANG

PAS Mahu Forum Ekonomi Islam Dunia Kuala Lumpur Sokong Iran Boikot APCO-Israel

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Forum Ekonomi Islam Dunia (World Islamic Economic Forum -WIEF) kali ke-6 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 18-20 Mei 2010 membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan ekonomi negara-negara Islam dengan Israel secara serius.

 

Forum yang dihadiri oleh ketua-ketua negara yang majoriti rakyatnya Islam harus melihat perkara ini sebagai isu bersama. Jika di Malaysia kita dikejutkan dengan hubungan kayu tiga Malaysia-Israel melalui promosi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, syarikat perunding APCO worldwide, Satchi & Satchi serta pelbagai pertemuan sulit pemimpin Umno dan Menteri Israel. Di negara lain pula ada yang secara terbuka menjalikan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan Israel seperti Indonesia, Turki, Jordan, Mauritania dan beberapa lagi negara.

 

Perkara ini harus diperhalusi oleh setiap ketua-ketua negara yang kononnya menjadi kumpulan simpatisan kepada Palestin yang dizalimi Israel sedangkan mereka semua termasuk Kerajaan BN Malaysia bersekongkol untuk menyokong Zionis Israel. Mereka kena boikot Israel dan semua syarikat yang ada hubungkait dengan pelobi Israel termasuk APCO.

 

PAS yakin umat Islam seluruh dunia menuntut keikhlasan ketua-ketua negara Islam untuk melihat apa yang dilakukan oleh regim Zionis Israel kepada Palestin dan segera memulaukan negara haram yang tidak berdaulat itu.

 

PAS mahu pemimpin-pemin Islam secara terbuka menyatakan komitmen mereka dalam Forum ini untuk menekan Israel sebagaimana Israel kini melobi dengan kuatnya di Majlis Keselamatan PBB untuk menkan negara Iran yang menjadi ancaman mereka.

 

PAS juga mahu, negara-negara Islam menyatakan pendirian mereka terhadap isu di Iraq, Afghanistan dan terkini di Iran. PAS mahu, ketua-ketua negara Islam menunjukan bahawa mereka boleh bersatu mempertahankan Iran dari dikenakan sekatan ekonomi. Inilah masanya untuk mereka menunjukan kepada dunia bahawa mereka bukan budak suruhan Amerika.

 

PAS menanti reaksi Kerajaan Malaysia dan persiapan Forum ini. Diharapkan forum yang akan memfokuskan 8 perkara melibatkan soal pelancongan, Logistik, SMEs, pengurusan air, penjenamaan, teknologi pendidikan, keusahawanan dan etika perniagaan, inovasi dan perbankan Islam ini tidak menutup mata dan pemikiran mereka dari memikirkan soal kezaliman Israel kepada Palestin.

 

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

 

Polis diminta siasat ugutan bunuh Nik Aziz

Rosli Yasmin

KUALA LUMPUR, 1 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menggesa pihak polis menyiasat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh seorang pemilik akaun Facebook, Mohd Safuan Hilmi.

Nasrudin yang membaca kenyataan berbaur ugutan itu pada 30 April 2010 meminta supaya kes tersebut ditangani secara berkesan bagi mengelakkan budaya mengugut yang mengancam keselamatan orang lain berleluasa.

"Saya juga meminta supaya pergerakan Pemuda Umno menafikan bahawa Mohd Safuan ini adalah ahli mereka," kata beliau merujuk pendirian politik Mohd Safuan di dalam profil Facebooknya.

Dalam profil tersebut juga turut menyatakan bahawa Safuan bekerja di Syarikat Prasarana Berhad.

Nasrudin turut menyatakan bahawa Facebook Safuan Hilmi telah di tutup selepas perkara itu menjadi perbincangan orang ramai di laman web sosial tersebut.

"Perkara ini jelas bertentangan dengan norma masyarakat dan adat ketimuran orang Melayu.

"Saya juga menyeru kepada semua pihak supaya mengamalkan politik sihat dan mengelakkan budaya ugut dan kekerasan antara sesama kita," tambahnya yang membuat laporan di Balai Polis Chot Kit, di sini tengah hari tadi.

Turut hadir bersama ialah timbalannya, Azman Shapawi Abdul Rani dan Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu, Nasrudin dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu di Balai Polis Dang Wangi pada jam 3.00 petang ini.

Sumber : Harakahdaily.Net

Harga Kickdefella RM 4 Juta, Apco RM 77 juta untuk lawan Pakatan

http://idrisahmad.wordpress.com

PAS tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella, Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM 4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan BN selama ini.

PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.

PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.

Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya.

Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.

PAS mencabar kickdefella untuk membuat laporan kepada pihak Polis dan SPRM jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukan pimpinan PAS mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda.

Beliau kini terdesak untuk kembali bersama Umno-BN yang baru-baru ini sanggup membayar RM 77 juta kepada APCO Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat.

Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz.

Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah. PAS sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini.

Agen propanganda media seperti Kickdefella hari ini sanggup menjual penulisan mereka untuk mendapat bayaran tertentu dari pihak tertentu untuk mengkhianati rakan dan majikan. Mereka hidup bersendirian, kiri kanan ditikamnya. Bila duduk berhadapan mereka membodek, bila dibelakang mereka bekerjasama dengan musuh.

PAS berharap agar jentera penerangan PAS terus berusaha membongkar kezaliman BN dan menyampaikannya pada rakyat. Setiap fakta dan kebenaran harus dibawa kepada rakyat supaya mereka boleh menilai siapa pembohong, siapa pengkhianat dan siapa pejuang sebenar.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Sumber : Harakahdaily.Net

Bertenang dan tidak terperangkap politik murahan BN.

KENYATAAN AKHBAR


Oleh:

YB. MOHD NASIR BIN MUSTAFA
ADUN KUBANG ROTAN (PAS)

Saya bertanyakan empat soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini, di mana dua daripadanya menjadi kontroversi berpunca dari bantahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahadzir Khalid.

Dua soalan tersebut ialah:

1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

2. Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Setengah-setengah soalan ditanya bukan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan hanya kerana penyoal tidak tahu. Secara ikhlas dan berterus terang, saya mahu pihak yang menjawab menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Itulah hakikatnya yang saya lakukan.

1. Penjelasan terhadap soalan (a):

Dalam soalan (a) saya mahu dijelaskan, apakah Kerajaan Pusat sebenarnya tidak menghormati bidang kuasa KDYMM Sultan Kedah sebagai ketua agama Islam. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat melalui JAKIM telah memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah di SP Inn pada 4 April 2010 hari Ahad di rasmikan oleh YB. Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Hj Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kerajaan Pusat.

Soalan ini timbul kerana kekeliruan saya terhadap tahap campur tangan Kerajaan Pusat terhadap pentadbiran Agama Islam di negeri Kedah. Bahkan bagi saya campur tangan pihak Kerajaan Pusat boleh mengelirukan pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) berhubung bidang kuasa pentadbiran agama peringkat negeri dan Kerajaan Pusat.

2. Penjelasan terhadap soalan (b):

Dalam soalan (b) saya mahu memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak pernah dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid hanya kerana sebab politik kepartian, seperti tuduhan yang dibuat oleh ADUN Bakar Bata, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (UMNO) baru-baru ini.

ADUN Bakar Bata dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2010 bertajuk 'Pegawai Masjid Dipaksa Bersara' telah menghasut pegawai-pegawai masjid tertentu supaya tidak mengisi borang M4 seperti yang diminta oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Tindakan ini terang-terangan telah mencampuri bidang kuasa KDYMM Sultan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedar bahawa pentadbiran agama adalah di bawah bidang kuasa Sultan, sebab itu mengambil sikap tidak campur tangan.

Dengan itu tuduhan bahawa pelantikan dan pemecatan imam adalah kerana 'arahan politik' Kerajaan Negeri adalah tidak benar dan berniat jahat.

3. Kedua-dua soalan tidak mempertikaikan kuasa Sultan

Sama ada secara tersurat atau tersirat, soalan saya langsung tidak mempertikaikan bidang kuasa Sultan seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana. Apatah lagi kata-kata yang bermaksud menghina Sultan.

Saya yakin semua pihak yang waras jika membaca atau mendengar soalan lisan ini bersetuju bahawa tidak wujud walau sepatah perkataan yang mempertikai kuasa KDYMM Sultan, kecuali pihak pembangkang (BN) dan media-media tertentu yang dikuasai mereka. Mereka cuba mengalih dan menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

4. BN membantah untuk menutup tindakan mereka tidak hormat bidang kuasa Sultan

Pertikaian Ketua Pembangkang terhadap soalan dalam Sidang DUN bukan kerana saya 'mempertikaikan kuasa Sultan' tetapi kerana menyedari bahawa hasil dari soalan ini akan mendedahkan tindakan-tindakan mereka selama ini yang mencampuri dan tidak menghormati bidang kuasa KDYMM Sultan.

Oleh itu, mereka telah berhempas pulas untuk memastikan soalan saya tidak dijawab dengan harapan tertutuplah salahlaku mereka yang cuba saya bongkarkan.

5. Penjelasan Terhadap Kenyataan PKDK

Desakan oleh YDP Persatuan Kerabat Diraja Kedah supaya saya memohon ampun kepada KDYMM Sultan tidak timbul kerana:

1. YDP PKDK mungkin tidak meneliti soalan lisan saya sehingga mengeluarkan kenyataan menuduh bahawa soalan saya menghina Tuanku Sultan.
2. Salah faham ini berlaku mungkin kerana YDP PKDK tidak berada di dalam persidangan Dewan dan hanya membaca serta mendengar melalui laporan media.
3. Berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 April 2010 desakan yang sama dibuat oleh Ketua Pemuda BN Kedah, Encik Badrul Hisham Hashim menambahkan keyakinan saya bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh PKDK telah dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian.

Kesimpulannya, saya mengharapkan semua pihak bertenang dan tidak terperangkap politik murahan pihak pembangkang (BN) yang sudah ketandusan isu.


Bertarikh 27 April 2010

 


Zaid kemuka petisyen, saman Utusan

 

Hazayani Zakaria   

PETALING JAYA, 28 April: Calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim akan mengemukakan petisyen membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya itu.

Bercakap pada sidang media di kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort, di sini, hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat apabila mengambil kira pelanggaran undang-undang pilihan raya yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen berlangsung.

"Saya membuat keputusan untuk mengemukakan petisyen untuk mengisytiharkan bahawa keputusan hari itu tidak sah. Peguam saya akan merangka asas-asasnya minggu depan," katanya.

Kesalahan yang nyata dakwanya, tindakan BN memberi rasuah kepada pengundi-pengundi di kawasan berkenaan selain tindakan SPR mengubah tempat pengundian tanpa pengetahuan mereka.

"Ada sesetengah mereka namanya tidak ada dalam daftar pemilih, sesetengahnya diubah tempat memilih tanpa pengetahuan mereka dan mereka juga diberi rasuah yang besar, dijanjikan macam-macam janji yang semua ini menyalahi undang-undang pilihan raya dan ini dilakukan bukan sahaja oleh jentera BN tapi oleh pucuk pimpinan BN sendiri," katanya.

Justeru, beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menyeru mana-mana pihak khususnya pengundi-pengundi di Hulu Selangor sendiri yang mempunyai maklumat agar mengemukakannya kepada mana-mana pejabat parti-parti Pakatan Rakyat.

"Jika ada lagi ada maklumat penting dan jika ada pengundi yang ada maklumat boleh kemukakan bukti ke pejabat mana-mana parti dalam Pakatan," katanya.

Selain itu, beliau juga akan memfailkan saman terhadap SPR yang didakwa gagal menjalankan tugas dengan adil dan telus.

"Selagi SPR tidak menjalankan tugas dengan adil seperti di negara-negara lain, selagi itulah suara rakyat tidak dapat didengari. Sebab itu saya juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPR," jelasnya.

Zaid juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana melabelnya sebagai kaki botol.

"Saya dicop kaki botol dan ini dibiarkan sahaja, dalam Utusan Malaysia sendiri melabel demikian dan tidak ada sesiapa pun ambil tindakan.

"Saya bukan kaki botol. Saya minum tidak lebih daripada apa yang diminum oleh Mahathir dan pimimpin-pemimpin Umno yang lain," katanya.

Bagi memastikan desakan terhadap SPR agar berlaku adil kepada semua parti pada mana-mana pilihan raya, beliau memberitahu Kumpulan Penyokong Pakatan di peringkat antarabangsa akan dilancarkan di London pada Julai ini.

"Ini bagi mendapatkan sokongan antarabangsa untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia," katanya.

Beliau turut menafikan segala kenyataan dan tindakan yang dibuat adalah atas dasar kecewa dengan kekalahannya.

"Tidaklah, kalau saya tidak buat apa-apa pun, mereka akan kata macam-macam juga. Tapi hasrat saya mencerminkan pendapat ramai. Kalau kita biarkan kerja-kerja yang tidak betul ini, mereka akan terus berkuasa," katanya.

BN lulus dengan 'meniru' di Hulu Selangor

 

Abdul Aziz Mustafa   

KUALA LUMPUR, 28 April: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor kerana rasuah tidak ubah seperti murid sekolah yang lulus peperiksaan tapi dengan cara meniru, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Begitulah juga kemenangan dengan cara menipu dan merasuah dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Lulus periksa tapi tiru, menang pilihan raya tapi tipu. Menang pilihan raya tapi rasuah," katanya.

Kekuatan kuasa rasuah yang menggunakan wang negara dan rakyat untuk kepentingan politik mereka adalah faktor yang memenangkan BN, kata Mahfuz.

"Hakikatnya Umno dan BN hanya mampu mendapat kemenangan berasaskan kepada penipuan yang dikongsi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti pembuangan lokaliti mengundi yang berjumlah 200 orang pemilih dikeluarkan dari senarai yang sepatutnya membuang undi di Hulu Selangor, pemindahan nama pemilih dari tempat mengundi sebelum ini yang berjumlah 13,000 orang adalah contoh penipuan yang terancang yang dikongsi bersama SPR," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau menyifatkan kemenangan BN itu langsung tidak menggugat Pakatan Rakyat (PR) khususnya PKR.

"Sepatutnya dengan pengumuman keluar parti oleh pimpinan dan ahli PKR dan dengan operasi beli undi serta RM165 juta yang ditabur serta dijanjikan oleh BN, tiada undi yang patut diperolehi oleh PKR.Sebaliknya PKR terus mendapat jumlah undi yang lebih dari keputusan Pilihan Raya Umum yang ke-12," kata Mahfuz.

Namun, katanya, pemimpin Umno dan BN mendabik dada mengatakan rakyat mula beralih kembali menyokong mereka.

"Yang aneh mereka mendakwa kemenangan itu kerana kejayaan Najib membawa perubahan yang meyakinkan. Najib kononnya dianggap lulus ujian. Pada hal kemenangan ini ibarat seperti murid sekolah yang lulus pepereksaan tapi dengan cara meniru," katanya.

Kemenangan yang disambut dengan gah oleh pemimpin BN itu, katanya lagi, bukan sahaja tidak mencapai sasaran majoriti 6,000 seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah BN hilang penguasaan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baru.

 

blogger templates | Make Money Online